BAB 2

121 11 1
                                    

ANGGUN duduk di sebelah rakannya dan muncungkan bibir. Mahu mengadu apa yang terjadi.

"Kau dah kenapa nak muncung bibir tu. Ingat comel ke. Ha, amacam. Best tak workout kat sini?" Amanda meneguk air 100plus yang dibawanya tadi.

"Tak lansung. Kau tahu? Aku nak guna treadmill , lepas tu tiba tiba ada mamat mana entah rembat tempat aku. Eh panas tau tak hati aku ni. Banyak lagi kut treadmill lain. Pahal nak amik yang aku punya? Benci betul!" Mengadu Anggun.

Rakannya hampir tersembur air 100plus yang diminum. "Weh kau seriuslah? HAHAHAHA." Amanda tergelak besar.

Anggun menjeling tajam. Gelak pulak dia.

"Kau boleh pulak gelak. Benda betul tau. Tu kalau aku pelekuk dia guna sudip dapur, mahu menangis dia. Badan besar ingat aku takut ke." Dia menyilang tangannya ke dada. Perasaan geram masih belum hilang.

Amanda menggelengkan kepala. "Haih kau ni, tu pun nak gaduh ke? Macam budak budak. Mamat mana yang kacau kau tu? Cuba cari, kut aku kenal." Amanda tersengih. Ceh, padahal bukan nak tahu, nak menggatal.

Anggun tercari cari susuk tubuh lelaki itu namun hampa. Lelaki itu tiada. Mungkin dah balik. "Tak ada la weh. Dah mampus la tu. Ah, biarlah dia. Kalau aku jumpa dia lagi, memang aku bantai." Anggun mengempalkan tangannya.

Rakannya memekul lengan Anggun. "Kau ni Rena, tak baik tau cakap orang macam tu. Tak apa Anggun, nanti kita datang sini lagi eh? Mana tahu jumpa dia lagi. Boleh la kau pelekuk dia nanti." Amanda mengekek.

"Ish, macam menganjing aku aje. Dah la, jom kita pergi cari makan. Lapar. Perut aku asyik buat konsert blackpink aje tadi." Anggun mengelus perutnya sambil buat muka monyok.

"Baru burn kalori, kau dah nak bantai makan. Ish ish ish, apa nak jadi la nak muda sekarang. Jom la, tapi kau belanja tau. Aku tak bawak duit ni. Hehe."

***

"HARI ni, kau tak ada kes apa apa ke, Zul?" Tanya Daniel. Mereka rakan sekerja. Dua dua kerja tinggi. Lawyer. Cuma, Edith Zulfan aje lawyer terkenal di Malaysia. Dia akan cover semua kes jenayah. Daniel pula, cover kes rasuah.

"Entah. Tak tahu." Jawab Edith selamba. Penat agaknya baru balik dari gym.

"Rileks betul cara kau jawab ya. Baik kau makan mi goreng kau ni. Nanti sejuk, kau komplen pulak. Dari tadi duk menghadap aje phone tu. Buah hati chat ke?" Kata Daniel sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya.

"Ya ya nanti la aku makan." Kata Edith.

Daniel yang sedang leka makan nasi goreng miliknya, dia pandang ke hadapan. Guess what? Dia ternampak dua orang gadis yang nak masuk ke dalam kedai makan itu.

Daniel sedikit terpegun. Dia nampak, seorang gadis yang bertudung berwarna beige dan seorang gadis lagi berambut perang muda itu.

Ya Allah, bidadari kiriman Tuhan ke ni? Cantik sangat-sangat.

Daniel memukul lengan Edith. "Zul! Tengok tu. Ada awek cantik."

Edith yang sedang sibuk bermain phonenya terganggu gara gara Daniel. "Kalau ya pun, tak payah la sampai nak pukul aku hanat. Mana, cantik san-" Namum, kata kata yang mahu keluar dari mulut Edith terhenti.

Bukan kerana dia terpukau dengan kecantikan mereka, tetapi terkejut.

Perempuan itu.. lagi? Edith mendengus, dia menyorok mukanya dengan topi yang dipakai. Dia mula makan mi goreng yang dipesannya.

"Kenapa minah kepoh tu ada dekat sini? Perlu ke dia makan dekat kedai ni?" Soal Edith dalam hati.

"Kau dah kenapa nak sorok muka bagai. Macam nampak hantu pulak. Amacam, cantik tak awek tu?" Daniel menyiku lengan Edith. Saja mengusik.

"Tak." Jawab Edith ringkas. Malas layan.

***

ANGGUN dan Amanda telah sampai ke kedai makan yang berada di bawah gym itu. Mereka masuk ke kedai makan itu dan mengambil tempat duduk masing masing. Tiada orang di kedai itu, cuma ada dua orang lelaki dan dua orang perempuan yang jarak meja mereka kira-kira 2 meter.

Anggun duduk menghadap ke muka Amanda. Dan, lelaki yang menutup mukanya menggunakan topi.

Anggun mengerutkan dahinya. Dia mengecilkan matanya. Kalau diperhatikan betul betul, topi dan bajunya yang agak ketat di bahagian lengan itu gara gara biceps yang besar, seperti dia kenal. Tapi dimana?

"Kau usya siapa tu, Anggun?" Amanda mengangkat satu keningnya sebagai tanda tanya.

"Tak, aku rasa. Aku pernah tengok lelaki tu. Tapi, dekat mana ya." Anggun tertanya tanya kenapa diri sendiri. Cepat betul lupa, semua salah semut.

"Kau ni, cuba ingat betul betul." Jawab Amanda. Dia sedang fokus melihat menu makanan kedai itu.

"Aku rasa, aku dah tahu siapa dia." Anggun terus bangun dari tempat duduknya dan pergi ke arah meja lelaki itu.

Anggun memukul dengan kuat meja mereka. Merah tangannya, tapi dia buat endah tak endah. "Assalamualaikum, wahai cik abang! Awak ni, bukan yang dekat gym kat atas tu ke? Masalah saya dengan awak belum habis tau!" Jeritnya lantang. Anggun tidak peduli dengan persekitarannya. Bukan ada orang pun dekat situ.

Edith dan Daniel sedikit terkejut. Tiba tiba aje kena jumpscare.

Edith memandang Anggun dengan riak bekunya. "Waalaikumussalam, wahai cik akak. Apahal? Kau tak puas hati lagi ke dengan treadmill tu? Benda dah lepas kan. Kenapa kau nak ungkit pulak?" Edith bengang. Jangan main main, dia lawyer. Pantang orang ajak berdebat ni.

Anggun mengempalkan tangannya yang kecil itu. "Ish! Suka hati saya la nak ungkit ke tak. Sekarang ni, saya nak awak mintak maaf. Tapi, bukan mintak maaf aje. Kena belanja kek red velvet sekali."

"Buat apa aku belanja orang yang aku tak kenal? Membazir duit aku aje. Kalau aku tak belanja, rambut perang kau tu gugur ke? Ya lah, aku mintak maaf. Dah puas?" Edith menjeling gadis itu. "Jom la, Niel. Menyampah aku duduk sini lama lama." Edith menarik rakannya untuk keluar dari kedai makan itu. Dia meninggalkan gadis di hadapannya yang terpinga-pinga.

Hati Anggun masih panas. Minta maaf macam tak ikhlas! Dia melihat kereta PORSCHE berwarna hitam berkilat milik lelaki itu terus pecut meninggalkan kedai makan tersebut. Dia mengambil nafas dalam dalam dan hebuskan. Dia pergi kembali semula ke tempat duduk asalnya.

"Aku tak ada selera nak makan. Kau makan la, Lina. Aku minum air Teh O Ais aje." Kata Anggun. Dia megambil telefon bimbitnya dan melihat group WhatsApp kerjanya. Mana tahu, besok ada shooting, boleh dia setup kamera awal awal.

***

Macam makin hambar pulak, hahaha. Maaf kalau ada kekurangan dan kesalahan tatabahasa. Maaf juga kalau ada typo. Enjoy babies 🤍

EDITH ZULFAN : US (OG)Where stories live. Discover now