011

23 5 8
                                    

' Loker A34 '

Tepat jam 12 malam, terdengar bunyi bunyian dideretan lorong loker. Bunyi dentuman pintu logam. Lebih tepat lagi, bunyi pintu loker besi

Disuatu sudut yang jauh, loker usang yang dihantui itu ditendang tendang daripada dalam. Hingga terkemek pintu lokernya. Sesaat ia terdiam. Namun sesaat kemudian, pintu loker itu terbuka dek ditendang daripada dalam

Terlihat jasad Haechan dengan mulut diikat menggunakan kain dan baju uniform sekolah dikotori dengan darah sendiri. Tidak bermaya hendak menjerit. Bagaikan sedang menanti saatnya nyawa ditarik keluar badan

Mata terasa kabur. Pejam celik cuba untuk kekal tersedar. Namun sekelip mata, kelibat susuk Areum menerpa kornea mata. Mulut terkatup bagai digam tidak boleh berteriak. Tambahan pula mulut diikat ketat. Areum menyeringai suka sambil menilik kepalanya

"Suka? Suka tak? Nak lagi?" Soal Areum penuh ngeri

Haechan tergeleng kepala tidak mahu. Sedikit demi sedikit Areum melangkah kearahnya dengan sebatang pensel di tangan

Haechan cuba untuk menutup mata. Namum Areum, menahan kelopak mata jejaka itu daripada terkatup. Mata tajam pensel dihunus. Tinggi tangan diangkat bersedia untuk menikam bola mata Haechan. Haechan jerit ketakutan. Namun, seinchi mata pensel itu hendak menikam mata, bunyi wisel kedengaran lantang. Muncul pengawal keselamatan berlari ke arah Haechan

Kelibat Areum? Sudah hilang disebalik mata. Lenyap tiba tiba. Haechan terus pengsan tidak sedarkan diri

"Ya Tuhan! Apa dah jadi ni?!"

▼▼▼


SUNWOO POV

"Aduhlah... Tiba tiba datang mood seram malam ni"

Terasa jauh pula rumah bila lalu di kawasan gelap. Elektrik kawasan ini terputus kerana pembaikan tiang elektrik. Kena pula masa aku terbalik lewat. Bagus sangatlah tu

Dah kenapa orang kawasan sini tiba tiba jadi baik? Selalunya mesti akan meriah dengan kanak kanak bermain atau orang melepak. Diorang memang suka tidur awal ke? Tak guna betul... Lepas ni, aku dah taknak balik lambat macam ni dah

Langkah diatur dengan berat. Rasa nak ikut jalan lain pun ada. Tapi rumah dekat depan tu saja. Gelap lah pulak! Ahhh!!

Takkan nak call appa suruh datang sini dan teman aku jalan pula? Hilang kemachoan aku nanti!

"Jalan jela Sunwoo..." Gumam aku sendiri dan terus mengorak langkah walaupun aku sudah terasa ada bunyi tapak kasut lain selain daripada aku. Langkah diatur semakin laju

Sampai sahaja di sebuah simpang, tiba tiba muncul jembalang putih tanpa kepala langgar tubuh aku

"WAARGHHHH!!!!!" Teriak aku sekuat kuatnya seraya berganjak ke belakang dan menutup mata

"Sunwoo sunbae!"

Bila terdengar suara itu, perlahan lahan aku turunkan tangan. Terlihat wajah manis seorang gadis memandang aku dengan riak risau

"Sunbae okay tak ni?"

"Eunha... kau ni. Malam malam buta buat apa dengan hoodie putih tutup kepala hah?! Dibuatnya jantung aku luruh tadi! Siapa nak angkat balik? Kau memang tak ada jalan lain ke? Yang kau, jalan laju laju macam hantu ponti ni kenapa?!"

𝐕𝐞𝐧𝐠𝐞𝐚𝐧𝐜𝐞 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now