part 2

32 5 9
                                    

Mahera yang sedang menyiapkan kerja khususnya itu tersentak saat mendengar bunyi hentaman yang sangat kuat berlaku di dalam rumah jirannya, Encik Wahaz.

Mahera berlari ke luar rumah dan melihat rumah jirannya. Mahera turut memanggil nama jirannya tetapi tiada sahutan.

Sedang Mahera sibuk mengelamun, suara yang sangat lunak memanggil namanya secara tiba-tiba.

"Mahera ? Kamu okey ? Kenapa nampak pucat sahaja muka anak sulung ibu ini ? "
tanya Puan Nazra yang menunjukkan reaksi wajah yang sangat risau.

Mahera hanya menggelengkan kepala dan tersenyum manis ke arah ibunya.

" Baiklah kalau macam itu ibu masuk tidur dulu ye. Jangan lupa kunci pagar dan manggakan pintu before naik atas" arah Puan Nazra sebelum menutup pintu biliknya.

Mahera angguk dan terus mengunci semua jenis pintu di rumahnya.

Selesai mengunci semua jenis pintu tersebut, Mahera ingin menapak masuk kembali ke biliknya namun Mahera ternampak satu figura yang sangat pelik dan tinggi di bilik adiknya, Maheid.

Mahera terus menuju ke biliknya lalu menghempas pintu dan menekan tombol pintu biliknya supaya 'figura' tersebut tidak masuk ke dalam bilik itu.

Mahera menghembus nafas lega dan terus menuju ke meja belajarnya untuk menyambung tugasan yang tergendala akibat bunyi hentaman yang kuat berlaku di rumah jirannya.

" Aku rasa aku penat sangat kot , itu yang berimaginasi sampai macam ini sekali. " bisiknya seorang diri sebelum Mahera ternampak kelibat figura itu berada pada rumah jirannya memegang pisau yang berdarah. Mahera sedar akan dirinya tidak selamat jika dia tidak mengalihkan perhatiannya kembali ke arah kerja khususnya.

" Apa bendalah kau ini Mahera ? Tak perlulah nak overthinking-overthinking sampai tahap- " ayat Mahera tergantung sepi apabila dia sedari lampu biliknya tertutup terbuka seperti seseorang yang menekan suis lampu bilik tidur miliknya dengan sengaja. Tetapi masalah yang di hadapi olehnya adalah suis lampu biliknya berada di sebelahnya sahaja.

Mahera terus berlari ke katil untuk mendapatkan telefon pintarnya tetapi hampa. Hartanya itu berada di luar bilik tidurnya. Mahera teringat bahawa dia meninggalkan telefon itu di meja makan semasa mengunci pintu dapur rumahnya.

Mahera menjerit memanggil nama Puan Nazra tetapi tiada sahutan sehinggalah..

" Why Mahera sayang ? You scared ? Do I scared you this time my happiness ? " soalnya dalam nada perlahan cukup untuk Mahera seorang sahaja yang mendengarnya.

Mahera menggigil ketakutan.

" K-kau , kau s-siapa huh? "

Tiada jawapan.

" J-jawablah ! " nada suara Mahera semakin meninggi menunjukkan amarahnya semakin membara.

" 𝑰 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒊 𝒚𝒐𝒖 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒍 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝑰 𝑴𝒂𝒉𝒆𝒓𝒂 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 "
  jawabnya semakin mendekat dengan Mahera yang berada di dalam gulungan selimut karipap sardin buatan Mahera sendiri .

" Tidak , aku tak kenal siapa kau pun lah!! "
  balas Mahera dengan kuat sehingga Mahera sendiri tidak sedar bahawa figura itu berada betul-betul di sebelahnya.

Selimut Mahera disentap sekuat hati sehinggalah tangisan Mahera yang kedengaran begitu syahdu itu menusuk masuk ke dalam telinga 𝐝𝐢𝐚.

" 𝑵𝒐 𝒏𝒐 𝒏𝒐 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒅𝒐𝒏'𝒕 𝒄𝒓𝒚 𝒎𝒚 𝒉𝒂𝒑𝒑𝒊𝒏𝒆𝒔𝒔. "
  ujarnya dalam keadaan risau tetapi kerisauan itu hanyalah satu rekaan sahaja.

𝐇𝐄𝐑 : 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒂𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 (𝙾𝙶) Where stories live. Discover now