1 - re edit ✔

3K 85 3
                                    

"Elryna Sapphira..?" Namaku diseru lembut oleh sebuah suara yang sangat aku kenali. Ayah. "Iya, ayah? Ada apa?" Aku menyahut semula panggilannya. "Boleh Iraa duduk disamping ayah? Ayah ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan Iraa" itu sudah cukup untuk menangkap rasa curious dari aku. Kening aku pun terangkat sebelah. Segera, aku mengangkat kaki ku dan segera melabuhkan punggungku, duduk disamping ayah.

"Kenapa? Kenapa ayah panggil Iraa?" Soalan ditujukan kepada ayah. Riak wajahnya terdapat seribu satu benda yang mahu dia bincangkan dengan aku. Mulutnya mula terbuka dengan perlahan. "Ayah mahu bincang sesuatu dengan Iraa, boleh?"

Aku tersenyum. "Mestilah boleh, ayah. Ada apa-apa masalah ke yang ayah risaukan? Riak wajah ayah pun lain tahu! Iraa kenal ayah, tetapi kali ini riak muka ayah memang lain. Beritahu sahaja pada Iraa jikalau ayah ada apa-apa hal yang memberatkan bahu ayah ke, okay?"

Lantas terus ayah mulakan tuturannya "tapi.. Iraa okey ke? Hal kali ini berat. Are you ready?" Amboi ber speaking pula ayah!

"Ayah.. Ada apa sebenarnya ni? Gaya ayah sekarang ini buat Iraa risau lah, macam ada perbincangan politik yang serious! Ayah okay ke tak ni sebenarnya?" Ayah tidak pernah ajak aku berbincang seperti ini.

"Memang serious pun, Iraa, tapi jangan risau lah.. Tenang tenang sahaja, bukan nya ayah mahu cakap fasal buang Iraa ke apa. Ayah sayangkan Iraa, memang tidaklah ayah mahu buang kamu ke apa.."  Ayah berpaling wajahnya kearah aku. Pandangannya yang lembut itu dengan perlahan dijatuhkan pada sosok aku yang sedang memandangnya.

"Dah tu? Ayah mahu cakap fasal apa ni? Ayah, dengar ye apa Iraa mahu cakap ini.. Jikalau ayah ada apa apa hal, terus sahaja beritahu Iraa. Hutang ye?" Hidup berdua, ayah ada hutang ke?

"Alah.. Sebenarnya ayah mahu bincang dengan Iraa fasal pernikahan Iraa. Hutang tu erm, ayah dah bayar, jangan risau.

Satu lagi, ayah mahukan jawapan dari Iraa, setuju atau tidak? Calon nya pun ayah sudah jumpa." Jeda. "Ayah mahu menetapkan perkahwinan Iraa dengan Carlo Willie Clyde, satu satunya calon yang ayah jumpa sekarang. Ayah cuma beritahu kamu sahaja, tapi.. Jikalau Iraa tidak setuju, tidak apa lah, ayah akan cuba cari calon yang lain, jikalau ada lah.."

Seramai ramai jejaka dipelusuk dunia ini, kenapa ayah memilih jejaka itu juga? Carlo Willie Clyde, satu satunya jejaka yang pertama menjadi musuh ku. Tetapi kenapa dia?

"Ayah! Kenapa dia??"

"Tiada sebab" hah?! Apa ayah benar benar serious tentang apa yang dia katakan sebentar tadi atau tidak?! Ayah tersenyum. "Tak ada lah.. Ayah ada ikatkan sebuah perjanjian bersama keluarganya, jikalau Iraa mahu menolak ajakkan perkahwinan itu pun susah kerana sebuah perjanjian telah terikat gantung diantara keluarga kita dan dia. Tetapi ayah kasihan sama Iraa, tidaklah ayah mahu memaksa kamu tetapi.. Jikalau ada apa apa ketidakpuasan hati atau apa apa kemusykilan, jangan berberat hati mahu tanya kepada ayah ya? Jadi, apa keputusan Iraa sekarang?"

Walaupun itulah keputusan muktamad ayah, aku tahu.. Didalam lubuk hatinya, dia pun tidak bersetuju sepenuhnya dengan keluarga Carlo.. Kerana apa? Ayah, dia seorang yang perihatin, mengambil berat atas anak anaknya kerana dia tahu, anak anak nya lah tanggungjawab pertama baginya yang berharga. Dia jenisnya, jika dia perlu berpaling belakang demi anak anaknya gembira, dia sanggup lakukannya.

Nafasku dihela, pandangan dialihkan kearah sosok ayah.

"Ayah.. Kalau itu apa keputusan ayah, kalau itu apa yang ayah mahukan, mengapa Iraa perlu lawan? Jikalau itu keputusan muktamad ayah untuk kahwinkan Iraa dengan Carlo.. Iraa rasa Iraa boleh terima dia.. Iraa akan ikut cakap ayah ye?"

Aku tidaklah mahu menjadi anak yang durhaka terhadap orang tuaku sendiri. Aku terima sahaja keputusan ayah.

"Nah.. Good girl lah raa, inilah anak ayah yang baik.. Ayah tahu Iraa akan setuju dengan apa yang ayah putuskan untuk kamu fasal pernikahan kamu itu." Tangannya mengelus lembut pipi ku. "Iraa tidak mahu durhaka kan? Kan anakku?"

𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now