BUNYI ringtone dari telefon Anggun menyapa gegendang telinganya. Dia bangun dan menekan punat snooze yang terpapar pada skrin telefonnya. Dia terus bergegas ke bilik mandi dan menyiapkan dirinya untuk pergi ke tempat kerja.
Sampai sahaja di tempat kerja, gadis itu terus berlari ke studio. Dah lewat. Tak sempat nak ambil sarapan apapun.
"Sorry guys sebab lambat, terbangun lewat. Hehe." Anggun tersengih.
"Ish akak Anggun ni, nasib baik model kita tu tak datang lagi tau! Tadi kan, Mia dengar model kita tu lawyer. Terkenal kat Malaysia ni. Dia nak shoot gambar pun sebab nak letak dekat magazine about lawyers." Terang Mia sambil sibuk menguruskan barang solek.
"Amboi Mia, bab gosip laju aje awak eh. Tapi, seriuslah dia lawyer? Kenapa tak shoot dekat tempat yang high level ke apa. Studio kita ni, biasa-biasa aje."
"Kak Anggun ni, mana Mia tau. Kak Anggun pergi la tanya bos kita tu."
"Tak nak la Mia, malas! Tak pasal-pasal kena dengar dia bercerita."
Kedengaran bunyi loceng yang menandakan ada orang itu menarik perhatian semua pekerja yang berada di situ.
"He has arrived!" Lantang suara seorang lelaki itu menjerit.
Bos Anggun terus pergi ke arah pintu utama dan bukakan untuknya. "Welcome to A' Latune Studio, Mr. Edith Zulfan." Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Edith.
"Anggun! Cepat setting kamera tu. Awak seorang je yang belum siap apa-apa." Ujar bosnya.
"Okayy!" Ringkas jawapan Anggun. Gadis itu fokus menguruskan kameranya dan mengendahkan orang yang baru datang itu.
***
SEBAIK saja Anggun siap menguruskan kameranya, dia memanggil lelaki itu. "Hoi! Sini cepat. Nak amik gambar ni."
"Apa Anggun ni panggil dia macam tu. Dia orang terkenal kut. Dia lagi tua dari awak, hormat sikit." "I'm so sorry, Mr. Edith. Dia memang macam tu. Masuk air sikit." Terang bosnya.
"It's okay, I'm fine." Jawab Edith. Dia pergi ke tempat yang disuruh Anggun itu.
Gadis itu masih belum menyedari bahawa lelaki itu... musuhnya.
"Okay... jom kita start! Cepat posing-"
Anggun terkedu.
"Shit." Bisik gadis itu dengan perlahan.
"Kenapa kak Anggun tak start lagi? Cepatlah, abang Edith dah posing tu. Ni mesti kak Anggun terpegun tengok abang Edith. Yalah, handsome sangat." Mia tergelak kecil.
Edith tersenyum sinis melihat gelagat Anggun itu.
Anggun tersedar dari mengelamunnya. "Hah? Oh, sorry sorry. Ada problem sikit tadi. Okay posing, one two three!"
Kecekak!
Kecekak!
Kecekak!Cahaya dari kamera milik Anggun itu menerangkan ruang A' Latune Studio bersama lampu yang agak besar di sekitar pengambaran itu.
"Done. Awak boleh tengok gambar-gambar dekat pc depan tu ya." Jawab Anggun dengan nada malas.
"Thanks." Jawab Edith dengan ringkas.
YOU ARE READING
EDITH ZULFAN : US (OG)
RomanceVERY SLOW UPDATE Pertemuan yang tak diduga antara Anggun Adreana dan Edith Zulfan. Siapa sangka, seorang gadis yang kecil mungil itu akan bertemu dengan seorang lelaki yang akan berada di dalam hidupnya di tempat begitu. Tapi, ada baiknya juga rakan...