#23

157 9 1
                                    


   SEBAIK sahaja aku menyiapkan sarapan untuk rayden, Ariana datang kepadaku.

"Cis, acah-acah rajin." Ucap ariana sambil menunjukkan muka menyampah.

"Saya bukan rajin, tapi ini memang tangungjawab saya sebagai seorang isteri." Balasku dengan tenang.

Ariana menjeling. Muka tidak puas hati selepas mendengar perkataan 'isteri' dariku.

"Hey, perempuan. Kau tu dapat kahwin dengan rayden pun sebab belaan kau je tau. Kalau kau tak santaukan dia, takkan ada gelaran isteri untuk orang macam kau."

Semenjak kejadian haritu, ariana semakin lancang menghinaku. Daripada 'you' juga bertukar kepada 'aku' dan 'kau'.

Aku tidak membalas. Kalau balas, makin sakit hati je. Diri lebih memilih untuk berdiam.

"Aku kesian dekat rayden. Kene kahwin sebab belaan kau je. Sepatutnya, kalau dia kahwin dengan aku, mesti dia bahagia. Apa jenis perempuan la kau ni kan. Mesti gila harta. Tak pun gila mental. Selalu berangan nak kahwin dengan lelaki hensem. Kalau aku tahu perempuan yang kahwin dengan rayden dari dulu itu kau, aku dah lama cerai-beraikan korang punya hubungan. Ish-ish, kenapalah nasib bakal suami aku ni malang sangat." Ariana menyambung. Memang jenis mulut tu tak boleh nak tutup ke apa minah ni?

Aku tidak mengendahkannya. Ye, sekarang ni aku bukan lagi seorang keysha adelia yang lemah. Mulai harini, aku akan kuat. Aku tak boleh biarkan orang hina dan caci diri aku.

Aku pergi dengan membawa sekeping roti yang bersama telur dan air teh yang diletakkan di dalam dulang. Ingin memberi kepada suami ku, rayden.

Rayden sedang duduk di kerusi makan. Lengan baju dilipat ke atas. Baju suit biru tua dipakai segak. Kami masih berada di Korea. Rayden mempunyai syarikat juga di sini.

Jadi harini, dia ingin ke pejabat setelah lama tidak menjenguk. Syarikat yang berada di Malaysia, diuruskan olehnya. Manakala di Korea pula, RYD's diuruskan oleh sahabat karibnya yang menetap di sini.

Dulang diletakkan di atas meja yang bersaiz besar itu. Makanan diangkat dan disusun di atas meja. Aku mengambil tempat duduk di sebelah rayden.

"Sayang tak makan ke?" Suaranya begitu lembut.

Aku mengelenggkan kepala.  "Tak, dah makan masa tengah masakkan untuk abang tadi." Balasku seraya tersenyum.

Rayden menyuapkan makanan ke dalam mulut. Aku hanya melihat nya yang selera menjamu makanan itu. Seronok tengok rayden.

"Kenapa tengok-tengok abang? Nak abang suapkan ke?" Soalnya seraya menghulurkan garfu yang dicucuk roti.

"Eh takde lah. Abang makan la. Keysha cuma gembira tengok abang suka makan masakan keysha." Tangan sebelah diletakkan di atas meja.

"Mestilah abang suka. Masakan isteri rayden mana pernah mengecewakan. Always tip-top!"  Ibu jari ditunjuk. Tanda sedap.

Aku tersenyum malu. Bersemangat pulak rasa. Nak aje aku masakkan dia banyak-banyak makanan. Seratus hidangan pun aku sanggup. Demi pujian sang suami!

Setelah beberapa minit, rayden selesai makan. Dia bangun dari duduknya dan mendekati ku. Aku pun turut bangun.

"Abang pergi dulu. Kalau apa-apa, bagitahu. Abang balik petang nanti."

"Okey. Hati-hati bawak kereta. Jangan balik lambat tau." Aku menyalam tangan rayden. Rayden juga menyium dahiku sebelum berangkat keluar.

Dia berjalan keluar dari ruangan makan ini, aku mengirinya. Rayden berhenti di depan pintu.

"Jangan lupa rindukan abang!" Ucap rayden. Sempat diberikan flying kiss kepadaku. Aku ketawa kecil.

Kini tinggal aku seorang diri di sini. Hati berdoa supaya tidak ada lagi perkara yang tidak kuingini. Aku keluar dari ruangan makan menuju ke bilik.

Semasa menaik tangga, puan seyoung menegurku.

"Harini, aku nak pergi shopping dengan menantu aku. Kau perempuan, duduk kat rumah ni elok-elok. Jangan sentuh barang kat rumah ni. Nanti kotor rumah aku dibuatnya." Ucap puan seyoung bersertakan amaran.

Aku hanya menangguk. Muka tidak terkesan dengan kata yang dikeluarkan. Aku kemudian sambung menaiki anak tangga untuk keatas.

Pintu bilik dibuka lalu ditutup rapat dan dikunci. Badan dibawa ke atas katil yang empuk itu. Wangian pewangi yang ada di bilik ini, membuatkan aku tenang. Terngiang-ngiang wajah rayden difikiran.

Dia dah sampai ke belum eh?

Tanpa sedar bibir menguntum senyuman kecil. Teringat kembali semua memori kami bersama selama tujuh bulan ini.

Bosan hanya berbaring sahaja. Aku bangun ingin melihat bilik rayden ini. Saje nak tengok-tengok apa yang ada. Laci-laci yang ada dibuka, almari baju juga turut dilihat. Tangan mengambil sehelai baju rayden, lalu menghidu bau yang ada pada baju itu.

Scent dibaju itu dapat ku hidu. Bau rayden masih ada. Senyum di bibir terukir lagi sekali. Kemudian aku meletakkan semula baju itu.

Bilik rayden ini amatlah besar. Besar satu bilik ni boleh dikatakan memenuhi seluas sebuah rumah apartment. Punya la luas bilik ni.

Cat didinding diwarnai oleh warna kelabu. Rayden memang suka warna-warna yang gelap. Di sini juga ada sebuah katil, tandas, computer desk, rak-rak buku, dan pelbagai lagi perabot seperti sofa kecil dan barang-barang.

Mata kemudian tertumpu pada satu laci meja yang masih belum ku buka. Kaki laju meluru ke arah situ. Laci dibuka perlahan. Setelah dibuka, aku melihat ada satu beg hitam kecil didalamnya.

Lantas mengambil beg hitam itu. Zip dibuka, aku melihat isi didalam beg itu. Satu persatu keping gambar dikeluarkan.

Ada gambar rayden ketika kecil. Comel sangat. Tersenyum aku melihatnya. Muka rayden waktu kecik hingga besar, tak berubah langsung. Masih sama. Hensem seperti sedia kala.

Kiyowooo!!

Terdapat juga gambar ketika rayden di universiti Yonsei , korea. Tak sangka, rayden ni pelajar universiti hebat dan terkenal.

Aku melihat lagi gambar rayden yang lain. Pelbagai tempat, negara rayden melancong. Ada juga gambar keluarga rayden. Iaitu Lee Family.

Didalam gambar tersebut, kelihatan rayden, puan seyoung, dan papa rayden sedang tersenyum gembira. Ceria sahaja muka yang ditayang oleh rayden didalam gambar tersebut.

Sampailah tinggal sekeping lagi gambar di dalam beg itu. Saat aku mengambil dan melihat, aku terus terkejut.

Gambar aku ketika aku berada di London. Di dalam gambar itu, aku sedang duduk dibangku berhadapan dengan tasik. Aku memakai headphone dikepala sambil sedang membaca buku.

Ye, aku pernah pergi ke London masa aku berumur 20 tahun. Sekarang aku berumur 22 tahun. Maksudnya, sudah 6 tahun berlalu. Aku mengikuti makcik aku yang bekerja di sana.

Dan ketika itulah, aku bertemu dengan sara. Sara lahir di London. Keluarganya juga menetap di sana. Dia balik Malaysia pun, sebab nak sambung belajar. Kebetulan pula, kami sama universiti.

Gambar yang diambil bersisikan dari tepi diriku. Separuh badan dan muka aku boleh dilihat dari tepi. Dibelakang gambar tertulis

- "The moment I met a girl for my life.
       She was very pretty like an angel.
       I miss her so much.
       Let's meet again ,love."
                                            •  2020,05,22

Mata terbuka luas. Detak jantung semakin berdegup laju. Memori semasa berada di London terlintas kembali.

Bagaikan tidak percaya, rayden adalah lelaki  itu.

LAMARAN TUAN (Unpublish For Editing)Where stories live. Discover now