"Morning MakTimah!"Ucap Ayra dari tangga yang sedang berjalan menuju ke arah dapur MakTimah yang sedang memasak untuk sarapan pagi itu disapa oleh Ayra.
"Morning puan"MakTimah tunduk hormat kepada Ayra lalu tersenyum kecil.
"MakTimah masak apa?"Soal Ayra.
"MakTimah nak masak nasi goreng aje pagi ni boleh ke puan?"Ucap MakTimah lalu melanjutkan kerjanya.
"Boleh je, MakTimah jangan la panggil saya puan panggil je saya Ayra"Ayra mencebikkan bibirnya lalu memeluk tubuhnya sendiri.
"Tak boleh la macamtu tuan yang suruh saya panggil puan ni puan"Ucap MakTimah lalu mengusap perlahan kepala Ayra.
"Yelah tapi saya nak tolong"Ayra ingin menolong MakTimah memasak kerana dia suka memasak boleh dikatakan setiap hari dia ingin memasak.
"Eh tak apa dah nak siap ni daripada puan nak tolong saya kan? puan tolong bangunkan tuan boleh?"Soal MakTimah.
"Em boleh la"Ayra berjalan menaiki tangga lalu ke arah bilik mereka berdua.
"Awak bangun"Ayra mengelus kepala Aydan.
"Awak"Aydan tetap juga tidak bangun dahi Ayra berkerut sebentar kerana melihat muka Aydan yang pucat lalu tangannya yang dari kepala Aydan dilarikan ke dahi Aydan.
"Alamak! demam ke"Ayra bercakap seorang diri lalu dia berlari ke bilik air, kain basah diambil kemudian diperah oleh Ayra lalu diletakkan diatas dahi Aydan.
"Tak pergi kerja lagi la dia ni"Ayra menggelengkan kepalanya lalu mengusap pipi Aydan.
"Em..."Dahi Aydan berkerut kerana merasakan kain yang basah berada diatas dahinya lalu kain itu diambil dengan perlahan matanya pula terbuka.
"Kenapa ambil letak balik!"Marah Ayra lalu mengambil kain yang berada di tangan Aydan diletak ke atas dahi Aydan kembali.
"Kenapa?"Soal Aydan.
"Awak demam, awak kena rehat"Ucap Ayra.
"Tapi aku kena pergi kerja"Aydan ingin bangun dari tempat tidur namun dihalang oleh Ayra.
"Ish kau ni demam-demam nak pergi kerja mengada betul!"Ayra memeluk tubuhnya sendiri.
"Kau cakap apa? ulang sekali lagi"Ucap Aydan lalu memandang tajam ke arah Ayra.
"Yelah tak boleh sikit pun kita cakap aku-kau tapi dia boleh pula"Ayra menjeling ke arah Aydan.
"Lepastu kau nak suruh aku bahasakan diri aku ni apa?"Soal Aydan.
"Abang ke hubby ke tak pun baby"Ucap Ayra.
"Nanti la"Aydan memejamkan matanya kembali.
"Abang"Ayra memanggil nono dengan nama panggilan abang lalu memeluk patungnya.
"Kau panggil siapa?"Aydan membuka matanya kembali apabila mendengar Ayra menyabut abang.
"Saya panggil nono"Ucap Ayra lalu mencium patungnya. Dengan secara tiba-tiba Aydan mengambil patung itu lalu dicampak ke bawah.
"Ish awak kenapa!"Ayra mengambil kembali patungnya lalu diusap perlahan.
"Kau panggil dia abang"Ucap Aydan.
"Biarlah dah awak taknak saya panggil awak abang saya panggil la dia abang tengok dia tak kisah pun huh!"Ayra memeluk tubuhnya sendiri lalu memandang tajam ke arah Aydan.
"Aku cakap nanti bukan tak nak"Ucap Aydan.
"Nanti tu bila? nak tunggu saya masuk kubur dulu baru nak bahasakan diri awak tu abang"Ayra menjeling.
"Kau kubur-kubur jangan buat main eh, aku tengah demam ni kau tak kesian dekat aku ke cinta?"Soal Aydan lalu mencebikkan bibirnya.
"Eleh guna alasan demam pula, dah la saya nak turun bawah sekejap"Ayra ingin bangun dari tempat tidur mereka.
"Nak pergi mana?"Soal Aydan sambil memegang tangan Ayra.
"Nak turun sekejap, nanti saya naik balik awak rehat la dulu"Ayra mengelus kepala Aydan.
"Em okay"Aydan memejamkan matanya.
"Puan"Yanti tunduk hormat kepada Ayra yang sedang berjalan ke arah ruang tamu.
"Ada siapa tu Yanti?"Soal Ayra apabila dia mendengar suara kanak-kanak sedang berbicara.
"Ada Mikha puan"Balas Yanti.
"Oh baiklah"Ucap Ayra lalu berjalan ke arah ruang tamu.
"Hai dino mommy"Ayra memeluk tubuh budak kecil itu lalu pipinya dicium oleh Mikha.
"Hai mommy, i miss you mommy"Ucap Mikha.
"I miss you too, dino datang dengan siapa?"Soal Ayra kepada Mikha.
"Datang dengan uncle Arif tapi uncle Arif dah pergi kerja Mikha yang nak datang sini"Mikha tersenyum kecil.
"Oh Mikha nak teman mommy masak tak?"Soal Ayra.
"Nak! masak apa mommy?"Ucap Mikha.
"Masak bubur untuk daddy, daddy demam sekejap lagi kita naik tengok daddy okay"Balas Ayra lalu mendukung Mikha ke arah dapur.
"Okay!"Ujar Mikha.
***
"Dah siap! jom kita bagi dekat daddy, dino tolong mommy bawakan ubat daddy tu boleh?"Soal Ayra kepada Mikha.
"Okay mommy"Mikha mengambil ubat tersebut lalu membawa ke bilik mereka berdua.
"Awak!"Ayra menjerit apabila sudah memasuki bilik mereka.
"Em"Aydan membuka mata perlahan.
"Tengok siapa datang"Ucap Ayra lalu mengambil tempat disebelah Aydan manakala Mikha pula masih lagi didepan pintu.
"Siapa?"Soal Aydan.
"Mikha!"Ujar Ayra dengan gembiranya lalu memanggil Mikha.
"Adu! lepas patung jadi musuh aku ni budak ni pula datang tambah lagi la musuh aku ingat demam ni bolehlah kita bermanja dengan isteri"Aydan menepuk dahinya.
"Tak baik awak kata macam tu kesian Mikha, dia rindu kita sebab tu la dia datang sini"Ucap Ayra lalu mengelus kepala Mikha.
"Yelah"Aydan pasrah.
*Maaf kalau ada kekurangan*
~Happy Reading~
YOU ARE READING
Aku hanya seorang wanita pendosa
General FictionAku seorang pendosa yang engkau cintai