Chapter 51

1.5K 84 9
                                    

Fariha keluar daripada bilik rawatan Lutfi di dalam keadaan yang tergopoh-gopoh.

Dia sedang mencari Aisyah.

Ternyata Aisyah sedang makan di sebuah kafe hospital bersendirian.

"Aisyah!! Huh! Huh!" Jerit Fariha dengan nada yang sedikit cemas dia juga terlihat mengah dek kerana berlari mencari Aisyah.

Aisyah yang baru sahaja ingin menyuapkan makanan ke dalam mulutnya terus terhenti seketika dan kehairanan.

"Kenapa ni kak?"

"Lutfi.. Lutfi, Aisyah!"

"Kenapa?! Kenapa dengan Lutfi kak?!"

"Dia tengah tenat! Lutfi cari Aisyah, doktor nak tidurkan dia."

"Apa?! Tak.. jangan!" Balas Aisyah dan terus meninggalkan kafe itu lalu berlari menujuk ke bilik rawatan Lutfi.

Mereka berdua tergopoh-gapah berlari bersama.

Perasaan Aisyah sudah mula tidak tenang, dia tidak mahu memikirkan sesuatu yang dia tidak inginkan.

Sesampainya Aisyah di sana, ia melihat seluruh keluarganya dan juga keluarga Lutfi sudah berada di situ. Aisyah juga melihat beberapa orang jururawat dan seorang doktor sedang sibuk merawat dan memeriksa keadaan Lutfi.

Selain daripada keluarga mereka, Aira dan juga Ameer pun turut berada di situ bersama-sama.

Wajah mereka terlihat sayu, Lutfi seperti sudah berada di hujung-hujung waktunya. Aisyah menggagahkan dirinya untuk menghampiri si suami yang sedang tenat.

"A-abang.." panggil Aisyah tersekat-sekat.

Lutfi yang mendengarkan suara lembut itu memanggilnya dia terus menoleh sedikit ke arah suara itu sambil memberikan satu senyuman kepada wanita yang ia cintai itu.

"Aisyah... sini.. datang dekat dengan abang.." pinta Lutfi.

Aisyah terus mendatangi Lutfi lalu mendekatkan wajahnya pada Lutfi namun air matanya sudah bertakung melihat keadaan suaminya itu.

"Puan, izinkan kami tidurkan suami puan.. keadaan suami puan.." belum sempat doktor itu menghabiskan kata.

"Jangan! Jangan tidurkan suami saya... saya tak nak dia ditidurkan.. hiks..hiks.. abang.. abang kena kuat, abang pasti boleh sembuh.." kata Aisyah yang sudah menitiskan air matanya ke atas wajah Lutfi.

"Aisyah isteri abang, Aisyah tak ingat apa yang abang cakap dekat Aisyah hari tu? Abang pesan jangan menangis dan reda dengan apa yang akan jadi dekat abang.."

"Abang.. tolonglah, jangan cakap macam tu.. Aisyah tak nak dengar!!"

"Abang nak bagitahu Aisyah, semalam abang mimpi arwah ayah abang.. abang nampak arwah ayah senyum dekat abang.. abang rindukan dia Aisyah."

Puan Jamilah menahan sebak apabila mendengarkan kata-kata anaknya itu. Dia juga amat merindui sang suami yang sudah lama meninggalkannya selama ini.

"Hiks...hiks.. a-abang.."

"Abang tak pernah jumpa dia seumur hidup abang, abang cuma tengok dia dalam gambar je selama ni.. itu kali pertama abang dapat tengok dia depan-depan dan dapat peluk dia.." kata Lutfi dengan nada yang perlahan.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now