23

58 6 0
                                    

"Syapik..."

MO... MO...

"Syapik, ontot aku sakit sebab kena libas pakai batang penyapu dengan mak aku tadi..." luah Harraz kepada lembu peliharaan kesayangannya. 

Punggung yang terasa sakit akibat dilibas dengan batang penyapu itu digosok perlahan. "Macam mana aku nak berak kalau bontot aku sakit, Syapik..."

Lembu itu hanya duduk sambil memakan rumput yang diberikan oleh Harraz. "Makan aje kerja kau, cuba bersenam sikit, biar kurus macam  aku ni, haha!" ketawa Harraz dihujung ayatnya.

Harraz mengeluh. "Daripada aku bersedih, lebih baik aku dengar lagu BoBoiBoy. Kan Syapik kan!" lembu itu hanya mengembu saja. Seperti biasa lembu itu kembali baring daripada berdirinya. 

"Kau ready tak, Syapik?" tanyanya dengan teruja. Telefon bimbit dikeluarkan dari poketnya, lalu skrin pengunci telefonnya ke atas dan dia membuka kata laluan telefonnya. Logo youtube itu ditekan, lalu dia mula mencari lagu BoBoiBoy. Kelentangan sengaja dikuatkan.

"Jadi kita perlukan penyelamat bumi!" nyanyi Harraz dengan sakit kuat sehingga dapat menarik perhatian manusia yang lalu lalang disitu.

"BOBOIBOY!!!" jeritnya sambil menyanyi. Ni nak jerit ke nak nyanyi?  Harraz kini berdiri dari duduknya, seluar yang sedikit londeh itu ditarik sampai ke pinggang. Kedua belah tangannya pula mula memegang pinggang kiri dan kanan.

"Mari kita bergelek Syapik!!" ajaknya seraya menarik badan lembu tersebut. Lembu itu ditolak ketepi. Harraz kini sudah bersedia untuk menggelekkan pinggannya. "Gelek Syapik, gelek" terujanya. Gelekannya sangat padu dan lentik. Tergoda janda.

Tanpa ia sadari, seorang pakcik tua yang bertongkat dan dua orang cucunya berjalan melepasi Syapik dan Harraz. Tergamam pakcik tersebut manakala cucu-cucunya pula ketawa melihat gelekan Harraz. 

"Atok, kenapa abang tu gelek?" tanya cucu pertama yang berada disebelah kanan pakcik itu. "Dah tak lama dah budak tu," balas atoknya. Kedua-kedua cucunya ketawa geli hati.

"Mira, cuba tengok abang tu gelek, aku rasa dia boleh join Mas Idayu, HAHA!!" kata cucu pertama itu kepada adik perempuannya yang bernama Mira. Mira ketawa mengekek. 

"Mira pun nak join lah! HAHAHA!" jerit Mira setelah itu dia ketawa di hujung ayat. Poninya yang kedepan ditolak kebelakang. 

Dengan pantas gadis berusia empat tahun itu berlari ke arah Harraz yang sedang khusyuk gelek. "Abang, boleh Mira gelek dengan abang?" soal Mira.

Harraz berhenti gelek seketika. Dia memandang wajah anak kecil itu dengan lama. Dari hujung kepala sehingga hujung kaki dia meneliti budak itu lalu dia senyum.

"Ok, kau boleh join aku. Tapi aku nak tengok cara kau gelek dulu," kata Harraz sambil menyilangkan kedua belah tangannya.

Atuk dan juga abang gadis kecil itu menggeleng kepala melihat cucu dan adiknya tergelek-gelek sebegitu. "Rosak cucu aku..." kata pakcik itu seraya menepuk dahinya sendiri.

"Maaf tu bukan adik aku." kata abangnya pula seraya melangkah pergi. Malu. Dia malu melihat adiknya tergelek-gelek begitu.

"Woi, Mira! Jom lah balik! Udah udah lah gelek tu, tercabut pinggang baru tau!" jerit abangnya.

"Ala...kejap lah, best lah pula gelek-gelek ni! Biar adik enjoy sekejap!" Abangnya menepuk dahi. Penat melayan karenah adiknya.

"Abang, berapa lama dah abang belajar gelek-gelek macam ni?" tanya Mira dengan wajah sungguh polos.

Melihat wajah gadis itu sangatlah polos, Harraz mendapat sebuah idea untuk mengusik budak itu. "Well, seratus tahun."

Ternganga luas mulut Mira mendengar jawapan dari Harraz itu. Dengan teruja Mira bertanya lagi "Seratus?! Sumpah lah? Maksudnya abang pernah tengok dinasour lah?" Harraz angguk.

"Ada aje budak tu nak kenakan cucu aku, haih..." gumam pakcik itu ketika melihat cucunya dengan mudah diperdayakan oleh Harraz.

"Abang, Mira nak tanya, apa nama abang?" soal Mira dengan wajah polosnya.

"Harraz."

"Handsomenya nama abang. Patutlah abang handsome..." puji Mira. Tergamam Harraz dibuatnya. Ini merupakan kali pertama dia dipuji oleh kanak-kanak bawah 12 tahun.

"Kau puji aku?" tanya Harraz.

"Haah saya puji abang, handsome sangat abang ni. Sampai saya pun jatuh cinta..." bukan rahang Harraz saja yang terjatuh malah rahang atuk dan abangnya juga ikut jatuh. Amboi kecik-kecik dah menggatal! Hanger mana hanger?

"Abang saya nak minta sesuatu boleh?" tanya Mira. Jari telunjuk kiri dan kanannya dicucuk-cucuk sesama sendiri. Bibir sengaja di mancungkan. Badan pula sengaja digedik-gedikkan.

"Er..apa?" tanya Harraz. Risau juga kalau budak ni minta bukan-bukan. Entah mana lah dia belajar pasal cinta-cinta. Dulu aku kecik-kecik selalu panjat pokok cili je. Ini? Kecik-kecik dah menggedik. Ore kalate oyak 'minta puji'.

"Boleh tak Mira nak nombor telefon abang? Nanti kita boleh sleep sleep call~" kata Mira seraya mengerdipkan sebelah matanya. Harraz menggeleng tanda tidak boleh.

Wajah Mira bertukar sedih. "Ala...boleh lah abang...please...." kata Mira sambil memeluk kaki Harraz. Harraz terkejut. Ingin saja dia menyepak budak itu tetapi sayangnya tidak. Niatnya yang hanya mahu gelek bersama Syapik kini terbantut kerana budak kecil bernama Mira ini.

Harraz merengus. "Okay, aku bagi. Tapi tolong lepaskan kaki aku!" dengan cepat Mira melepaskan pelukannya daripada kaki Harraz. Dia berdiri berhadapan dengan Harraz, tetapi dia terpaksa renguk ke atas untuk melihat wajah Harraz. Maklumlah pendek...

"011234456678" Harraz memberi nombor telefon palsu yang memang tiada siapa yang gunakan. Kalau ada yang guna tu mungkin...

Harraz melihat budak itu mencatat nombor tersebut. Mahu aje dia gelak melihat budak itu mudah diperdayakan. Bukan nak bagi harapan palsu, tapi tengoklah umur. Nanti ada lah yang cakap umur hanyalah angka. Eh kepala lembu kau, budak Mira ni baru umur lima tahun, si Harraz ni 20 tahun. Tak ke jauh beza tu? Agak-agak lah...

"Ni betul nombor abang kan?" tanya Mira sambil menunjukkan nombor yang telah dia tulis di buku contengnya.

Harraz mengangkat kening. Dia cuba mengesan sama ada itu tulis atau bukan. Nampak macam bukan tulisan aje.

"Ho, betul doh tu. Doh gi main jauh-jauh. Jange kacau kawe. Dok cekak aku," kata Harraz.

Setelah melihat budak itu pergi Harraz kembali ke Syapik yang sedang duduk diam tak bergerak. Pelik betul lah lembu ni.

"Woi Pik! Asal diam aje?" tanya Harraz sambil memukul perlahan pundak lembu itu. Lembu itu memandang ke arah lain. Lembu tu merajuk sebab Harraz layan perempuan lain tadi. Manja kali dia.

"Syapik!" jerit Harraz sekali lagi di tepi telinga lembu itu. Namun diabaikan juga. Harraz kini mula jengkel. Lepas satu, satu lagi masalah jadi.

"Agah mung lonim," gumam Harraz sambil menyilangkan tangannya. Tetapi lembu itu masuk memalaunya.

Harraz bangun dari duduk lalu teriak ke lembu itu. "Kuk mung ah!" lalu Harraz melangkah pergi meninggalkan lembu itu.

His Angel (HIATUS)Where stories live. Discover now