Hello everyone! This is my first launched story here ig so lah..eh... HERE! I did it once before on TikTok but deleted them already, hihi>< If I make a mistake, please don't hesitate to tell me, okay? And this story also based on true story tau.. tapi not full la, i ubah sikit
Don't forget to follow me here and..
IG: rosedynaa_
TT: nndoieDon't be a silent reader;( I also want to know if you like the flow of my story .. throw your ideas here too, and, InsyaAllah, I will use them. :3.. Happy reading, sayang<3🤍
————————🌷———————
KRINGGGGG!! KRINGGGGG!!!
Jam loceng berdering menandakan sudah pukul 5 pagi. Berat mata, begitu juga badanku ini untuk bangun apatah lagi ke sekolah. "Mesti best kalau boleh ponteng je hari ni" Keluh kesah di awal pagi memang tidak patut dilakukan tapi apa boleh buat? Malas ni bro. Hampir 10 minit juga baru boleh buka mata ni. Menguap tak payah nak cakap lah, ni mungkin dah kali ke berapa dah. Aku bangun dengan keadaan kusut masai, mengambil tuala warna ungu kesukaanku itu "Nasib baik mandi sebelum subuh ni tak sejuk mana" kaki melangkah masuk ke bilik mandi. Untung juga dah ada siap bilik mandi dalam bilik tidur ni, tak payah susah susah pepagi nak ke dapur sana.
Aku mengenakan pakaian sukan sekolah lamaku. Setelah pindah ke sini pertengahan tahun tingkatan 4, hidupku semakin bersinar. Teragak agak juga nak pindah awalnya, tapi pendirian kita kena teguh, kan?. Allah itu sebaik baik perancang. Semuanya memang BEST!
TUK TUK TUK TUK!
Ketukan pintu membuatkan ku berhenti menggelamun. Pintu bilik ku dibuka. Susuk tubuh wanita yang bertelekung putih itu masuk dan menghampiri ku, berdiri di belakang ku yang sedang duduk 'berdandan' di hadapan meja solek aku itu. "Kakak nak pergi sekolah naik apa? Motor? Hujan sekarang ni" Wanita itu mula membuka kata. "Umi lah hantarkan hihi" aku membalas dengan gelak tawa. Umi tidak membalas dengan kata buat seketika, cuma senyuman yang dilontarkan. "Ye lah.. umi kejutkan adik jap. Tunggu kat luar lepas siap" Umi berjalan keluar dari bilikku. Aku hanya memandangnya melalui pantulan di cermin. Aku bersiap setelah berpuas hati melihat diriku. Vaseline memang wajib guna. Aku ni jenis memang tak boleh kalau bibir kering semacam. Tangan ni gatal je nak tarik sampai berdarah.
"Morning kakak" sapa adikku, baru sahaja menaiki kereta. Ku lihat adikku yang serba segak itu "Kemain wangi, pahal?" Musykir juga ku lihat. Apatah lagi bila budak ni baru je enam tahun. Segak semacam. "Adik kan ada persembahan hari ni, kan umi?" Adikku tersenyum lebar tatkala umi juga menaiki kereta. "Haah.. dia kan graduasi. Nak masuk darjah satu dah anak umi yang bongsyuuu nii" Umi ku menghidupkan kereta dan mulakan perjalanan kami ke sekolah. Umi menghantar aku dahulu kerana sekolah 'agak' jauh sedikit berbanding adik. Tambahan pula adik hanya pra sekolah, cikgu nya juga kawan baik umi. Tak apa lah pergi lewat pun. Kecil kecil dah ber'cable'. Aku memandang langit yang luas lagi indah. Subhanallah. Vibe pagi memang mantap derr.. Kusyuk aku mengambil gambar langit, tidak sedar sudah tiba di sekolah. Umi parkir kereta dan ku cium tangannya. Tidak lupa juga dengan adik lelaki tu seorang ni. Tak habis habis menayangkan riak wajah bangga dengan kesegakkannya pagi ini. Aku menuruni kereta sambil melambai kearah mereka. Kaki ku mula melangkah ke arah bangunan sekolah, bangunan menengah atas.
Fikiranku melayang buat seketika tetapi kembali semula apabila ternampak si dia yang melakar langkah ke kelasnya juga. "Aduhh.. rezeki mata diawal pagi ni" aku berbisik di hati.
YOU ARE READING
Mr Crush, Tuan Amir
RomanceDalam alur perjalanan hidup Mell, seorang dara yang terperangkap dalam belenggu rasa kecintaan terhadap seorang lelaki yang mesra dengan pelbagai perempuan, bukan sahaja dengannya. Sungguhpun lelaki itu mengalirkan kasih sayang yang menyejukkan hati...