_____
Jia's
Aku pejamkan mata sambil menghayati alunan Al Quran. Indahnya. Setiap kali aku mendengar ayat suci Al Quran, diri aku terasa bergitu tenang.
Kalaulah aku dapat baca Al Quran...
"Jia, buat apa dekat sini?"
"Ustaz dah habis baca ke? Maaflah kalau saya ganggu ustaz"
"Jia, berapa kali saya cakap jangan panggil saya ustaz. Saya bukan ustaz, yang ustaz tu ayah saya" balas lelaki itu lembut sambil menayang senyuman nipis.
Luluh hati aku setiap kali memandang lelaki ini. Terlalu sempurna di mata aku.
"Tapi gaya awak boleh jadi ustaz"
"Saya tak layak. Banyak benda lagi yang saya perlu belajar tentang agama"
"Tapi Danish lebih tahu daripada saya. Ajarlah saya tentang islam" pinta aku.
Lelaki bernama Danish itu mengusap dadanya. Tersentuh apabila aku ingin mendalami agama islam.
"Awak memang tertarik dengan islam?"
Laju aku angguk kepala sambil tersenyum lebar. Aku bukan sahaja tertarik dengan islam, malah aku juga cintakan agama itu.
"Kalau awak nak sangat belajar tentang islam. Datanglah rumah saya, isteri saya boleh bantu awak"
Air muka aku berubah secara tiba tiba. Macam manalah aku boleh terlupa bahawa Danish sudah berkahwin. Selama ini aku simpan perasaan terhadap suami orang.
"Awak nak tak? Isteri saya ajar awak?"
"Boleh. Nanti saya bagitahu Danish bila saya lapang.. Saya balik dulu ye. Bye" tanpa menoleh ke belakang aku berjalan menuju ke rumah meninggalkan kawasan surau.
_____
"Assalamua-" aku menutup mulut dengan tapak tangan. Macam manalah aku boleh terlepas cakap. Bagi salam dalam rumah orang non-muslim. Gila gamaknya.
"Hey sayang. Dari mana?"
"Rumah kawan" tipuku sambil larikan pandangan.
"You tipu I ke?" William memandang aku atas bawah. Wajahnya seperti tidak senang dengan kelakuan aku.
"Will, I tak tipu you. Serius"
"Kalau you tipu I. Tahulah nasib you nanti" balas William dengan nada tidak puas sebelum berjalan pergi ke dapur.
"Will, you marah ke? I'm sorry"
Aku mengikuti William ke dapur. Bahunya aku tarik supaya menghadap aku. Mata aku bertembung dengannya.
"I tak marahkan you. Tapi I rasa you ada sembunyikan sesuatu"
Aku mengetap bibir. Patutkah aku ceritakan dekat William apa yang aku rancang saat ini.
"Babe, please tell me. Kita dah janji tak nak ada rahsia antara satu sama lain"
"I nak belajar tentang islam. And I rasa nak convert agama bila sudah tiba masanya nanti"
Air muka William berubah. Dia memandang aku dengan penuh kecewa.
"Kenapa you nak convert?"
"Sebab I nak cari ketenangan, kebahagiaan!"
"Tak cukup ke selama ni I cuba bahagiakan you?!"
"Kekurangan yang ada dalam diri you buat perasaan I makin pudar. Will, I tak boleh tipu diri I lagi. I tak sukakan you"
William meraup wajahnya kasar. Dia memandang aku dengan perasaan penuh marah.
"You suka siapa? Bagitahu I!"
"Danish!"
Suasana menjadi sunyi. Masing masing terkejut. Aku juga terkejut dengan diri sendiri kerana lepaskan rahsia yang sudah lama aku pendam.
"Jia, sedarlah diri. Danish tu kawan I, and dia dah berkahwin. You gila? Suka dekat suami orang?"
"I tak gila! I cuma sukakan dia but that's not mean I mahukan dia. Kalau you nak tahu, sebab Danish lah buat I rasa normal. Setiap kali dia baca Al Quran, I rasa tenang. You tak mampu beri apa yang dia beri dekat I"
William angguk kepalanya perlahan. Barulah dia faham kenapa Jia semakin menjauh. Rupanya gadis itu sudah sukakan seseorang. Malah berbeza agama dengannya.
"Jia, I tahu hubungan kita tak sempurna. I mintak maaf sebab tak dapat penuhi kehendak you. I tak non muslim, and you memilih untuk menjadi seorang muslim. I rasa cukuplah hubungan kita sampai sini saja"
Air mata aku secara automatik jatuh membasahi pipi. Perit hati aku ingin lepaskan William. Lelaki ini banyak berkorban untuk aku. Segala pahit manis kehidupan aku kongsi bersamanya.
"Thank you, will. I tak akan lupakan you"
"Last hug?"
Aku angguk kepala lalu memeluk tubuh William erat. Selepas ini tiada lagi senyuman manis yang sentiasa menyinari hidup aku.
"Take care, Jia. I'm gonna miss you" bisik William lalu cium dahi aku sekilas.
Begitulah kisah hidup aku dan William. Hubungan kami terlarang. Bukan kerana cinta tetapi agama.
_____
[COMING SOON]
Take note : William tu Kim Sunoo
YOU ARE READING
YOU AND ME : OUR HIDDEN LOVE
Fanfiction[FATE SERIES : THREE] [CS] Agama menjadi penghalang untuk mereka bersatu. Tiada gunanya jika kita cintakan seseorang jika berbeza agama. Kerana agama mestilah di dahulukan. Tanpa pegangan agama, siapalah kita. "Jia, apa semua ni? Saya ingatkan awak...