Ding dong!
Aireen bergegas pergi membuka pintu apabila kedengaran bunyi loceng rumah.
"Puan Puteri Aireen Tasneem?" soal abang kurier yang sedang memegang bungkusan barang.
"Ya. Saya." Aireen mengerutkan kening. Barang apa lagi yang dia beli? Rasanya sejak kebelakangan ini dia dah jarang membeli barangan online.
Setelah tandatangannya diambil, abang kurier tadi meminta diri. Aireen menutup pintu semula. Dia bergerak ke ruang tamu sambil membawa bungkusan barang tadi.
Setelah melabuhkan duduk di sofa, dia membelek paket bungkusan itu lagi.
"Apa lagi barang yang aku beli? Rasanya semua dah sampai." Aireen membebel sendirian sambil tangannya mengoyak bungkusan.
"Benda apa ni? Kek ke?" Dahinya masih berkerut. Bila masa pula dia membeli kek?
Jangan-jangan ini kerja dua budak kembar. Pasti mereka membeli dari akaun tiktok. Walaupun akaun tik tok tersebut nama mereka berdua, tetapi data peribadi menggunakan nama Aireen. Nombor akaun juga didaftarkan atas nama Aireen.
"Nana... Caca... come here!"jerit Aireen.
Tak berapa lama kemudian, datanglah budak kembar dua orang itu terkedek-kedek berlari menghampiri Aireen.
"Siapa yang oder kek ni?"soal Aireen.
"Eh, kek tapak kaki dah campai..." Jawab Alina dengan wajah teruja.
"Butan lah... kek tapak kacut!" Bantah Alisa pula.
"Tapak kaki yahh..." Alina bertegas dengan jawapannya.
"Tapak kacutt!" Alisa juga masih tak mahu mengalah.
"Eh... eh... eh... gaduh pula dua budak ketot ni. Mommy tanya ni... siapa yang oder? Mommy tak nak tahu pun nama kek ni."
"Caca!"
"Nana!"
Kedua-duanya menjawab serentak. Masing-masing tak mahu mengaku dan saling menyalahkan.
"Caca yang cuyuh oder... momeh,"adu Alina.
"Caca tak cuyuh pun. Caca cuma cakap macam cedap je. Tapi Nana yang teyus oder,"balas Alisa.
"Cama yah tu... Caca memang nak kek tapak kaki ni kan?"
"Kek tapak kacuuut yahh..."
Aireen pening kepala melayan. Jika mereka dah mula bergaduh, susah untuk dileraikan.
"Dah... Dah... tak payah gaduh. Sampai esok pun tak habis kau orang ni. Silap-silap mommy dan papa dah bertongkat pun kau orang gaduh lagi."
Klak!
Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu rumah dibuka dari luar.
"Papa dah bayikkk...yak yak yeayy!" Alina bersorak riang sambil berlari ke arah Dean yang baru masuk ke dalam rumah.
Dean mendukung Alina lalu mencium pipi tembam anaknya itu. Kaki melangkah ke ruang tamu.
"Papa...jom makan kek tapak kaki cama-cama," pelawa Alina.
"Kek tapak kaki??" Terbeliak mata Dean mendengar nama kek sebegitu.
"Dia orang ni memandai aje beli barang online di tik tok. Mana belajar tak tahu lah." Aireen menggeleng kecil.
"Momeh yah yang ajar...celalu nampak momeh coping-coping kat tik tok,"jawab Alina selamba.
"Haa...tengok tu. Mana tak anak kita suka shopping kalau mommy dia yang tak ajar." Dean menurunkan Alina dari dukungannya.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024