"Ana balik lambat sikit hari ini. Jangan rindu," pesan Iman kepada Hero dan Aqil yang tengah sibuk main tepuk amai-amai tepi hall uni. "Manoi?" Tangan Aqil masih ligat bertepuk tampar dengan tapak tangan Hero. Dia toleh untuk bersemuka dengan Iman.
"Library—"
PPANG!
"Eh...?" Hero terpana. Dia pegang pipinya yang ditampar satu das oleh Aqil. "Eh, Ya Allah! Sorry duh..." Bahu Hero takut-takut Aqil sentuh. Aqil jadi kalut memeriksa sahabatnya dengan kisah perit seorang ini. "Serius tak sengaja!" Terangnya risau. Hero menggeleng lemah. Tanda tak apa, padahal dia terimbau memori di mana ayahnya sanggup terbang ke UK semata-mata untuk sepak dia.
PTSD.
"Ya Allah... sumpah sorry," Aqil gigit jari. Kesian tengok Hero trauma semacam. Hero lambai-lambai tangan dia lagi satu depan Aqil. Tanda tak apa.
Perlahan-lahan dia mengorak langkah lemah pergi sambil mengusap pipinya yang merah.
"Ha, sudah. Tak pasal-pasal aku abuse budak itu." Aqil mengangkat kedua tangannya ke atas kepala. Genggam rambutnya yang mudah gugur. "Eh, rambut aku..." Baru sedar akan aksinya, terus dia simpan tangan elok-elok dalam kocek seluar. Iman dari tadi kembang, kempis hidung tahan gelak tengok gelagat mereka berdua ini.
Jauh sahaja figura Hero yang suram dari pancaindera mata, Aqil berkerut tengok Iman.
"Kesian, PTSD." Aqil mendengus. Cepat-cepat dia kalihkan pandangan daripada bersatu mata dengan Iman. Tangan dah kat depan mulut. Iman gigit bawah bibir.
Dua-dua tahan gelak.
Tak guna. Dasar kawan sejati sungguh.
"Tak apalah, aku pergi tengok dia." Kepala digeleng sekali. Mata dipejam sesaat sebelum bahu Iman ditepuk sekali. "Tak kasi attention nanti dia bertukar jadi emo jadian pula. Kau jangan balik lambat sangat." Iman mengangguk. Usai itu, Aqil mengejar Hero semula. Kepala Hero kena kunci di antara ketiak Aqil yang berbau deodorant feminine. Rambutnya diserabutkan oleh Aqil, ceria. Iman yang menjadi penonton pun tersengih memerhati gelagat mereka.
Usai itu, terus dia mengatur langkah bertentangan dua sekawan itu. Menuju ke library.
•••
Papan kekunci komputer ribanya diketik laju. Jarinya menari-nari. Otaknya sedang ligat mengimbas segala himpunan bahasa yang pernah dia baca di dalam kamus. Semua kosa kata yang sesuai dan gramatis dipakainya sehingga ia menjadi satu puisi indah.
Iman sandar pada penghadang kerusi. Dia melepaskan nafas senang. Skrin laptop dipandang puas.
Dia suka bila lecturer assign assessment baru. Terus dia buat selepas diterima.
Sukanya dia terhadap bahasa adalah melebihi segala-galanya.
Cermin mata yang dipakai ditanggalkan. Pangkal hidungnya diurut perlahan. Jam tangan ditilik.
8:17 Malam.
Matanya melilau di seluruh penjuru perpustakaan.
Kosong.
Lampu pun dah malap.
Earphone di telinga ditanggalkan sebelum dia tutup laptopnya. Kemas-kemas barang untuk beredar.
YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Romance3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...