Aku yang sedang merenung setiap inci bilik Puan Dawisyia tersentak apabila namaku dipanggil." Encik Zefri ? "
" Ya saya Puan Dawisyia. Maaf jika puan panggil saya banyak kali tapi saya tak dengar. Maafkan saya. "
" Eh tidak mengapa. Saya baru sahaja panggil. "
Puan Dawisyia melemparkan satu senyuman manis kepadaku.
" Esok..hari jadi anak Encik Zefri ye ? " soal Puan Dawisyia inginkan kepastian.
" Iya puan esok hari jadi dia. " jawabku tersenyum.
" Oh baiklah. Saya akan hantar Encik Zefri ke rumah bos saya dan kita sambut di sana sahaja. "
" K-kenapa Puan Dawisyia ? " soalku hairan.
" Bos saya yang suruh sebab dia ada meeting sampai pukul 10:30. Jadi dia tak dapat nak jumpa awak sekarang. " jawab wanita di hadapanku ini ramah.
" Oh, tak menyusahkan ke ? " soalku lagi.
" Lagi menyusahkan kalau awak tak accept. "
" M-maaf. Saya terima. Saya terima " jawabku gagap.
" Awak ni polite lah Encik Zefri. Mesti bos saya terima awak sebagai pekerja dia. "
Aku tersenyum malu.
" Tapi awak nak yang jenis bekerja di dalam syarikat atau di luar syarikat ? "
Aku terdiam dan hairan. Apakah maksud Puan Dawisyia ? Di luar atau di dalam ?
" Ada bezakah Puan Dawisyia ? " soalku lagi.
" Ada. Tapi saya tak boleh bagitahu awak. Saya nak awak sendiri yang deal dengan bos saya. " jawab wanita ini dengan senyuman.
" Baiklah puan. "
" Sekarang awak boleh panggil saya puan tapi kalau awak sudah diterima bekerja oleh bos saya, awak perlu panggil saya madam."
" Oh baiklah puan. "
Puan Dawisyia tergelak kecil dan meneruskan kerjanya.
" Hello Fazril, sediakan kereta di hadapan syarikat bos kita sekarang. Okey terima kasih. "
Aku hanya menatap jam di hadapan mukaku dengan penuh taksub. Lawa. Jam yang berbentuk diamond dan bersinar apabila terkena cahaya.
" Mari kita gerak sekarang. Dah pukul 7:15 dah ni. "
Aku hanya mengangguk dan mengekori Puan Dawisyia dari belakang.
" Awak pergi dahulu. Tunggu saya di hadapan pintu utama. " jerit Puan Dawisyia yang semakin menjauh dariku.
____________________________________________7:15 p.m
Auliya membelek-belek kertas kerja di hadapannya dengan penuh teliti.
Tok! Tok! Tok!
" Come in. "
" Puan, saya nak pergi hantar Encik Zefri ke rumah puan sekarang. Ada apa-apa yang saya perlu buat sebelum pergi ? " soal Puan Dawisyia.
" Aku nak tanya kau 1 soalan. "
" A-apa dia puan ? " soal Puan Dawisyia takut.
" Diorang tak sampai lagi ke ? "
" Siapa ? " tanya Puan Dawisyia hairan.
YOU ARE READING
𝐇𝐄𝐑 : 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒂𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 (𝙾𝙶)
Mystery / Thriller-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...