Felicia terkejut besar, saat bibirnya dikucup Ronaldon. Seolah-olah detik itu membeku, seluruh aliran darahnya tersekat, menyebabkan dia pucat lesu. Dia mengambil tindakan memusnahkan detik intim itu, lalu menolak Ronaldon dan menamparnya!
Pakkk! Merah pipi kanan Ronaldon.
Saat itu juga, Amily dan Roland terdiam. Tapi tidak lama itu, Amily tersenyum, menepuk tangan.
“Sangatlah intim!”kata Amily, lalu dia menarik tangan Roland.
Felicia seperti meramal apa yang terjadi dan dia mendapatkan Roland, membawa lelaki itu pergi dari situ. Amily dilanda kemarahan, mengejar mereka berdua dari belakang. Ronaldon juga mengekori mereka keluar dari panggung wayang.
“Kamu nak bawa saya ke mana?”Kata Roland.
Felicia memberhentikan langkah, melihat Roland dan memeluknya dengan erat.
“Saya… sukakan kamu,”Kata Felicia, sambil merangkul pinggang Roland. Roland tidak tahu hendak cakap apa.
Segalanya terlalu cepat baginya menerima kenyataan. Roland melepaskan pelukan Felicia, memerhatikan dia di hadapan.
“Saya dah ada Rachel, Fel. Kamu tentu bergurau ne,”kata Roland. Felicia tidak sedar air matanya sudah gugur.
“Maaf Oby inilah perasaan saya selama ini.. maafkan saya terlalu pentingkan diri,”Kata Felicia, mengesat air matanya.
“Tak tak. Kita hanya kawan,”Kata Roland. Felicia berundur, mengangguk dan melarikan diri dari ruangan panggung wayang itu. Tangisannya tidak dapat dihalang lagi, bersama hati yang sudah hancur saat ayat “kawan” didengarinya!
Felicia berlari sekuat dirinya, lalu dia duduk di kerusi berdekatan sebuah salon yang berada di hujung One Borneo itu. Situ sajalah tempat yang orang sangat jarang kunjungi, menjadi sesuatu yang peribadi untuknya.
Dia mengesat air matanya, tidak tahu apa terjadi dengan mereka sebentar tadi. Tidak peduli lagi dia, asalkan hati terlukanya dapat ditenangkan. Sudah dia agak akan kejadian itu, masih tertutup pintu hati Roland untuk dirinya. Jalinan persahabatan mereka sajalah membatasi segalanya termasuk kemekaran cinta di hati.
Tidak lama itu, Felicia didekati oleh seseorang di belakang, menyelimuti Felicia dengan jaket tebal. Felicia sangatlah berharap susuk tubuh itu adalah Roland, tapi sebaliknya orang lain.
“Kamu… kenapa pergi ke sini? kenapa kucup saya tadi!”kata Felici, geramnya membuak-buak setelah Ronaldon duduk di sebelahnya.
“Hmm. Saya nak Amily fikir kita kekasih itu jak,”Kata Ronaldon, dengan santainya tanpa melihat jendela hati Felicia yang dipenuhi luka.
“Tapi itu sudah keterlaluan. Kita hanya kawan Ronaldon,”
“Tapi sejujurnya, Fel. Saya..”Kata Ronaldon, lalu tunduk sayu.
“Apa dia?”Felicia menunggu jawapan daripada lelaki yang bagi Felicia, hanya dianggapnya sebagai kawan dan tidak lebih dari itu.
“Saya.. sukakan kamu,”kata Ronaldon. Felicia terkejut dan mengambil nafas. Dia menyelak jaket tebal, diberikan semula kepada Ronaldon.
“Maaf. Ron. Saya hanya anggap kamu sebagai kawan saja, tidak lebih. Lagipun kita baru kenal,”kata Felicia dan dia tahu, hal itu bakal melukakan hati lelaki berkenaan.
Ronaldon mengenggam jaket itu dan kembali menyelimuti badan Felicia. Felicia terdiam dan tunduk sayu tanpa menatap Ronaldon.
“Saya, nak bersendirian Ron,”Kata Felicia lagi dan Ronaldon memahami hal itu, lalu meninggalkan Felicia duduk di sana.
………..
Pada pagi hari Rabu, Felicia sedaya-upaya fokus semasa kuliah Selena itu. Kerja video sudah dieditnya dan dihantar kepada pensyarah itu. Namun saat kelas dibubarkan, Selena memanggil Felicia di hadapan. Evy menunggu Felicia di kerusi, tertanya-tanya akan tujuan Selena ingin bercakap dengan Felicia sungguhpun Selena adalah adik angkat ayah Felicia.
“Kamu okey?”Kata Selena.
“Saya okey,”Kata Felicia cuba membuat senyuman terbaik tapi hatinya meronta-ronta dukanya.
“Kamu putus cintakah?”Kata Selena. Felicia ketawa kecil, menyembunyikan perasaannya yang sebenar.
“Tak. Hmm saya okey,”Kata Felicia, cuba menyakinkan Selena yang mengambil berat terhadapnya.
“Datanglah ke rumah saya di kediaman Kingfisher, rumah 13, jalan Pinawantai,”Kata Selena. Felicia tersenyum dan mengangguk.
Sesudah itu, Selena meminta diri keluar dari ruangan bilik belajar itu, meninggalkan Felicia dan Evy dalam keadaan kesejukan dari penghawa dingin. Felicia memberitahu segalanya kepad Evy, sambil berjalan ke foyer, Felicia seperti berkabung, malah ianya lebih teruk. Berdiri Roland di hadapan foyer, iaitu di sebelah mesin tin minuman, sedang bersendirian menunggu seseorang dan orang itu semestinya Felicia.
Felicia malu dan hatinya berdebar, tapi dipujuknya hati mendapatkan lelaki dicintainya itu. Tapi semakin Felicia melangkah ke arah lelaki itu, kekecewaan menyerang pula sanubarinya.
Evy duduk di kerusi, tidak ingin menganggu detik itu, dengan tatapan lembut ke arah Roland.
Felicia berdiri di hadapan Roland, tidak sedar, air matanya gugur.
“Kamu… kenapa datang ke sini?”Kata Felicia.
“Maafkan saya Fel. Saya lukakan hati kamu, tapi … saya nak kamu tahu, saya anggap kamu teman baik saya lebih dari sesiapa di dunia ni, saya… sayangkan kamu sebagai teman,”Kata Roland, membuatkan air mata Felicia lebih mengalir deras.
“Oby.. saya nak kita.. menjauh. Berikan masa untuk saya terima semua ini,”Kata Felicia, mengejutkan Roland. Dia sesungguhnya sangat perit mengatakannya, dengan benaknya menjerit “Jangan menjauh daripada saya!”
Tapi Felicia terpaksa. Dia tahu hatinya lebih luka apabila Roland dan Rachel memegang tangan masing-masing, bermesra sementara dia hancur luluh lemah di ambang pengharapan cintanya.
“Kalau itu terbaik untuk kamu. Saya akan menjauh daripada kamu mulai detik ini,”Kata Roland.
Felicia mengangguk dan berlari meninggalkan Roland, menuju ke bilik air, menangis sendirian, sehinggalah Evy datang ke sana mendapatkan Felicia.
“Lepaskan semuanya,”Kata Evy, sambil memeluk Felicia.
…….....
Hari demi hari berlalu, Felicia tidak pernah sudah menemui Roland, namun kadang kala dia ternampak Roland duduk bersama temannya di sudut kafe, lalu dia cepat-cepat membeli hidangan dan beredar ke bilik asramanya sendirian. Rasa rindu menghimpit dirinya dan meronta-ronta hendak berjumpa lelaki itu.
Tetapi semakin dia menjauhi Roland, semakin hatinya terluka teruk. Sebelum tidur malam, dia akan menangis sendirian di atas katil, sambil berselimut dengan tujuan tidak ingin Rosifah mengetahui keadaan malangnya itu. Evy pula sentiasa menghantar mesej untuk mengetahui keadaan kawannya itu.
Sehinggalah suatu hari, Ronaldon datang ke foyer, menemui Felicia dan Evy. Felicia tidak tahu niat lelaki itu datang menemuinya, tapi tentu ada kaitan dengan kejadian di panggung wayang itu. Felicia masih tidak boleh lepas dari ingatan ketika Ronaldon mengucup bibirnya tempoh hari. Semakin direnung lelaki itu, semakin hatinya berasa geram.
“Kamu kenapa datang ke sini?”Kata Felicia, tanpa senyum ke arah Ronaldon seperti kebiasaannya.
“Fel. Esok adalah pendaftaran sebagai ahli jawatankuasa Pesta Krismas, jom ikut,”Kata Ronaldon, walaupun Felicia tertanya-tanya akan tindakan Ronaldon mengajaknya.
“Kamu tahu, mengingati detik ketika di panggung wayang masih menghantui saya,”Kata Felicia lalu duduk di kerusi.
“Saya minta maaf jika ianya melukai kamu,”Kata Ronaldon, lalu mengeluarkan sekuntum bunga mawar di poketnya, diberikan kepada Felicia.
Ketika itu, semua teman sekelas Felicia menoleh ke arah mereka, terkejut, menekup mulut dan berbisik. Felicia dilanda rasa malu, lalu cepat-cepat mengambil bunga itu dan menyuruh Ronaldon beredar dari foyer fakulti itu.
“Uuuu!”kata suara teman sekelasnya.
“Saya ikhlas,”Kata Ronaldon, tersenyum ke arah Felicia. Felicia tidak dapat menahan lagi rasa kehangatan di dalam hatinya. Lalu, tersenyumlah dia sambil memerhatikan Ronaldon.
“Okey saya maafkan kamu. tapi jangan lagi jumpa saya di sini, malulah…”Kata Felicia, tetapi Ronaldon riang di hadapannya.
“Baiklah,”Kata Ronaldon tersenyum lebar dan dalam hati dia hanya Tuhan yang tahu betapa taman cinta itu sudah mekar melebihi batasan persahabatan di antara mereka berdua.
YOU ARE READING
The Boy That Stole My Heart
RomanceKarya ini mengisahkan mengenai Felicia yang mempunyai cinta pandang pertama terhadap seorang lelaki ketika meneruskan pengajian di mahligai gading. Dugaan datang bertalu-talu sehingga hatinya hancur. Kemudian, satu-persatu misteri hidup terungkai se...