^^Bismillah... Tolak tepi sat naa Hot N Cold and Toucholic.... Tahun baru, aura baru, cerita baru, hero-heroin baru... Walaupun tak tahu lagi cerita ni nak jadi apa dan nak pergi sampai mana... sudi-sudikanlah support ya. Zarith akan cuba buat sebaik dan semampu mungkin. Harap-harap cerita ni berjalan lancar dan bertemu dengan titik penamat. Aminnn 😊
***
BUNYI seperti pintu ditolak dari luar, membuatkan bacaan aku terhenti. Kalut-kalut aku lonjongkan tubuh ke depan untuk bangun dari posisi baring.
Novel di tangan aku campak ke atas meja dengan laju sebelum mengorak langkah untuk menuju ke arah pintu utama kondominium mewah yang tentu-tentulah bukan aku punya. Aku cuma menumpang aje. Tumpang berteduh yang aku sendiri tak tahu sampai bila dan seberapa lama lagi. Itu terserah kepada tuan rumah.
Kedudukan t-shirt pada tubuh aku betulkan. Keadaan rambut yang agak kusut aku rapikan. Bila dah yakin dengan penampilan, cepat-cepat aku berjalan keluar dari ruang tamu untuk menyambut kepulangan encik tuan rumah dari pejabat. Nampak aje muka dia, aku terus menyapa. Dengan gaya mesra seperti biasa. "Hai!"
Dan jenis tindak-balas seperti biasa juga aku dapat dari dia. Kalau ada yang menjangkakan si dia akan balas sapaan mesra aku paling kurang dengan secalit senyuman di bibir, ternyata salah! Salah sama sekali! Nak dengar suara pun payah, apatah lagi senyum. Mimpi sangat! Riak muka dia tu jaranglah tak stern. Senantiasa kot.
"Your grandma sent regards to you." Endahkan muka stern itu, aku sampaikan pesanan yang nenek dia titipkan di dalam perbualan telefon kitorang dua jam yang lepas.
Serunut bunyi pun dia tak keluarkan dari bibir. Angguk tak, geleng pun tak.
"Nenek request kita balik kampung hari Jumaat ni. Ada kenduri untuk arwah atok." Dia respon atau tidak, aku tak peduli. Yang penting, pesanan seterusnya dari nenek aku maklumkan pada dia.
Pun sama... tidak ada tindak-balas berunsurkan perbuatan atau perkataan. Dia boleh pulak terus berjalan untuk masuk ke dalam bilik.
Iihh! Dasar iceberg bergerak!
Tiba-tiba peristiwa yang berlaku pagi tadi, melintas di kepala. Peristiwa di mana aku tanpa sengaja telah tertumpahkan air kopi di atas kemeja yang dipakainya untuk pergi kerja. Tak adalah dia jerit atau tengking aku pun. Tapi aku tahulah dia marah. Sebab lepas aje kejadian malang tak berbau itu, dia terus masuk bilik untuk salin baju sebelum lima minit kemudian dia keluar semula pergi kerja tanpa apa-apa pamitan. Pandang muka aku pun tak. Jadi, fahamlah aku yang dia memang marah dengan kecuaian aku.
Teringat akan hal itu, aku picit sisi dahi sambil bibir bawah tak henti-henti aku gigit.
Rasa bersalah mula kembali menggunung, lantas aku membontoti dia dari belakang. "Awak masih marahkan saya pasal pagi tadi?"
"Kau rasa?" Tebak dia, serta merta mematikan langkah. Dan sepantas kilat juga dia buat pusingan seratus lapan puluh darjah ke belakang.
Srrtt! Itu bunyi secara hiperbola brek kaki yang tak berapa nak makan. Sudahnya dahi aku terhantuk juga dengan dagu dia yang terbelah itu.
"Aduhh..." Rasa sakit pada dahi buatkan aku mengaduh. Itu dagu ke batu? Nak aje aku tanya dia. Tapi takpelah... macam tak berapa berani pulak. Sudahlah mood dia sekarang pun tak boleh nak dibawa bincang. Karang tak pasal-pasal kondo ni diziarahi sang angin lintang dahsyat tanpa bagi salam.
Dia yang cuma berdiri di hadapan aku tanpa berkata apa-apa, mengundang pertanyaan di dalam hati aku. Langsung aku angkat muka untuk pandang dia.
Yang aku lihat cuma muka tak puas hati. Muka tahan sakit tak ada. Ni aku nak kena minta maaf untuk yang kesekian kali ke macam mana?
"Kau rasa...?"
Ohh, dia tak puas hati selagi aku tak jawab soalan dia. "Mestilah rasa bersalah." Aku pandang mata tajam dia dalam-dalam. "Sorry for that. Janji tak buat lagi."
"Oh, really... Naura Nadina?" Dia guling biji mata. Nampak sangat dia betul rasa jengkel dengan aku. Dia halakan padangan maut buat aku barang beberapa saat sebelum berpusing semula untuk menyambung perjalanan ke bilik.
Aku juga sambung menapak. Ikut aje dia dari belakang. "Awak nak makan?"
Senyap. Dia berjalan terus, tak ada belok-belok.
"Atau awak dah makan?"
Masih senyap. Pintu bilik dikuak lalu dia menapak masuk ke dalam.
"Kalau taknak makan, saya nak kemas me-" Ayat aku mati serta merta lepas dia tutup pintu. Tak berkelip aku pandang pintu kayu kat depan aku ni.
Yang tak berkelip tu bukan disebabkan aku kagum dengan ukiran bunga yang sangat cantik pada permukaan pintu. Tapi disebabkan dengan sikap biadap dia yang bertindak menutup pintu dengan kasar di masa aku sedang bercakap.
Ishh, mamat ni! Manner mana, manner?
Apa salahnya cakap baik-baik kalau dia taknak makan. Ini tak, aku punyalah bermanis muka, bermanis mulut cakap lembut-lembut dengan dia, ini yang dia balas?
Urgh! Sombongnyalah manusia sorang ni...
Ini baru beberapa hari aku hidup berdua dengan dia. Macam mana aku nak tempuh hari-hari seterusnya kalau macam ni suami aku punya perangai?
Eh, jap! Belum habis ayat lagi. Masih ada satu perkataan di belakang 'suami' iaitu 'segera'.
Kalau disebut dengan penuh... akan jadi 'suami segera'.
Diulangi... su.a.mi. se.ge.ra.
Dan suami segera aku itu tak lain tak bukan adalah Iffat Nufael Bin Ahmad Arsyad. Lelaki yang mendapat gelaran iceberg bergerak dari aku sejak dari hari pertama aku sedar kewujudan dia.
Ufthh!
***
^^Eh! Baru perasan nama hero dia dekat-dekat dengan nama hero TOUCHOLIC - IZZAT NAUFAL 🤭🤩
^^Zarith dah laaaama sangat tak menulis. Dah berkarat sangat otak dengan jari-jemari ni. Tapi sebab dah rindu dan sebab hari ni is my birthday jadi saya upload cerita baru(hadiah untuk diri sendiri). Rasa-rasa boleh sambung lagi ke?😬☺️
YOU ARE READING
Butterscotch Blondies Untuk Awak
RomanceCumalah satu cerita cinta klise Iffat Nufael dan Naura Nadina❤️