JENDELA kaca itu direnung lama oleh Harraz. Bosan rasanya bila tak dapat jumpa Syapik. Hujan makin lebat daripada lagi tadi. Haih...
"Bila lah nak berhenti hujan ni..." gumam Harraz. "Agak-agak Syapik tengah buat apa sekarang ni eh?" sambungnya dengan menyoalkan dirinya sendiri.
"Ish, tiba-tiba pula aku dapat satu idea. Disebabkan aku ni hamba Allah yang baik tapi tak terlalu baik biar aku nyanyi. Bila hujan makin lebat pokok dapat minum air. Ish! Bijak betul lah aku ni! Kenapa lah dulu cikgu Sakinah denda aku, dia tak tahu ke aku ni budak bijak?" bebel Harraz kepada dirinya sendiri.
Harraz berdehem lalu dia bersedia untuk bernyanyi. "Ehem! Merenung ke luar jendela~
Melihat awek lalu~
Dapatlah ku mencuci mata~
Sebab tengok awek selalu~
Ewah! Rasa nak gelek lah pula,"Harraz berdiri lalu dia mula mengoyangkan pinggulnya. "Tak sangka suara aku terlampau merdu sampai petir pun semakin kuat sekarang ni. Menyesal pula aku nyanyi,"
Tanpa Harraz sedari, ibunya melihat dia menggelek pinggangnya. Lantas Harraz berhenti bergelek apabila menyedari kehadiran ibunya disitu.
"Astagfirullah Harraz! Dah kenapa kau tergelek-gelek ni? Pergi ambil muqaddam, jangan nak gelek aje. Cepat!"marah makcik Husna. Cuping telinga Harraz ditarik sehingga memerah sedikit.
"Ye ibu, ye! Harraz ambil muqaddam sekarang," makcik Husnah melepaskan cubitannya. Geram aje tengok. Potong pinggang tu baru tahu.
Harraz mencari muqaddam nya didalam bilik tetapi tidak jumpa. "Ibu! Mana muqaddam Harraz?" jerit Harraz berharap ibunya dengar.
"Cuba cari dekat rak tu," Harraz mengangkat kening. Rak yang dimaksudkan oleh ibunya benar-benar dihadapan matanya sekarang. Tak ada.
"Tak ada pun, ibu..!"
"Haih, ada! Cuba cari pakai mata!" Harraz merengus. Dia menyelak buku-buku di rak itu namun masih belum jumpa. Dia mula cari di bahagian rak lain.
"Ibu...tak ada!" jerit Harraz.
"Eh kau ni, kalau ibu cari jumpa, siap kau," Harraz mendengar tapak kaki ibunya menuju kedalam bilik.
Makcik Husnah menyelak ram disebelah kanan Harraz lalu muqaddam itu ada disitu. "Ni apa? Sebab tu orang cakap, cari pakai mata! Bukan pakai lutut. Faham..?"
Terbeliak biji mata Harraz. Macam mana? "Aik? Tadi Harraz dah cari lah dekat situ ibu, tapi tak jumpa! Sumpah demi Allah tak tipu!" Harraz mengangkat sumpah.
"Halah, tak payah nak bersumpah sangat. Dah cepat ambil songkok!" kata puan Husnah seraya melangkah keluar dari bilik.
"Ye lah..." pasrah.
"Baca bismillah dulu, Harraz!" marah makcik Husnah. Harraz kalau tak menguji kesabaran ibunya memang tak sah.
"Bismillahirrahmanirrahim, amin." doa Harraz. Doa ke tu?
"Kau nak kena terajang ke kau nak kena penampar, Tengku Harraz bin Tengku Zaiff?" ha ambik kau, dengan nama arwah bapa sekali dia sebut, jangan main-main! Arwah bapa bermaksud arwah suami dia juga tau..!
"Ala...ibu ni tak sporting lah sebut nama ayah, kan Harraz dah rindu..." lirih Harraz. Wajah sedih ditayangkan. Namun wajah itu bukanlah sengaja dibuat-buat. Jelas kelihatan wajah kerinduannya terhadap arwah bapanya.
Terdiam makcik Husnah seketika. Rasa bersalah pula menyebut nama itu sedang dia tahu betapa rindu anaknya terhadap ayah kandungnya.
"Ye lah, ibu minta maaf. Dah kau asyik main-main aje, mana ibu tak naik angin. Dah baca betul-betul" kata makcik Husnah sambil membetulkan songkok anak lelakinya itu. Haih, manja kali dia.
"Bismillahirrahmanirrahim, a-alif, b-ba, t-t-ta, t-ts-tsa, j-jim, wau ya. Ibu dah!" teriak Harraz. Sengaja kan nak buat mak singa tu mengamuk.
"Kepala hotak engkau."
"Kau baca betul-betul malam ni ibu masak ikan siakap tiga rasa," kata makcik Husnah.
Terliur Harraz mendengar ibunya akan memasak ikan siakap tiga rasa untuk dirinya sendiri. "Betul ni? Hariez tak payah kan?" Makcik Husnah mengganguk.
"Iye. Si Hariez tu tak payah lah. Dia dah ada bini. Pandai-pandai bini dia masak untuk dia," balas makcik Husnah. Semakin bersemangat Harraz untuk membaca muqaddam itu. Pantang betul dengan nama siakap tiga rasa ye.
"Uhm...mesti best kan bila dah kahwin. Haih...bila lah jodoh aku nak sampai" rungut Harraz.
"Amboi kau, baca muqaddam pun tersekat-sekat lagi ada hati nak berbini. Pigilah!" usik ibunya.
"Dah! Cepat baca, ibu nak masak pula sekejap lagi" Harraz angguk. Demi siakap tiga rasa, dia rela buat apa saja yang ibunya suruh.
Setengah jam kemudian. Harraz kini selesai membaca muqaddamnya. Adalah perubahan sikit. Nampaklah yang dia sudah pun lancar sedikit demi sedikit.
"Ha! Boleh pun! Mengada kan?" kata makcik Husnah. Bahu anak lelakinya itu ditepuk perlahan.
Harraz tersenyum. "Siakap?" tanya Harraz sambil mengerdipkan sebelah matanya. Aih ingatkan dah lupa.
"Iye lah, sekejap lagi ibu masaklah. Lek lu," makcik Husnah kini bangun dari duduknya. Pinggang yang terasa lenguh ditumbuk-tumbuk sedikit. Huh, letih mengajar. Ibu baru satu orang, belum sepuluh orang lain. Mahu reput pinggangnya.
"Ibu,"
"Apa?"
"Kain ibu tercabut." kata Harraz selamba sambil menunding jari telunjuknya ke arah kain batik ibunya yang tercabut. Mujur pakai seluar dekat dalam...
"Eh kau ni, tak malu ke tengok?!" marah makcik Husnah.
Lantas kain yang tercabut itu disarung semula dengan cepat. Setelah itu, makcik Husnah membetulkan semula kainnya agar tidak tercabut lagi.
"Mana ada orang tengok! Ibu yang pakai longgar, tercabut lah dia!" nafi Harraz. Benar, dia hanya sekali tengok sahaja lalu dia terus menegur.
Harraz kan anak baik, takkan dia nak usha kut...
Harraz melihat kain ibunya seakan mahu tercabut lagi. "Ibu! Ikat lah kuat sikit! Tu berapa langkah aje ibu jalan tercabut lagi tu!" marah Harraz.
Kalau tak tegur nanti kena cakap usha pula, bila dah tegur bukannya nak dengar.
"Tak apa ibu pakai seluar. Bukannya orang nampak pun, kalau duda yang nampak tak apa lah lagi" kata makcik Husnah dengan begitu selamba sambil menuju ke dapur.
Terjatuh rahang Harraz mendengar kata ibunya "Eh orang tua ni," kata Harraz kepada dirinya sendiri.
"Dah tua bukan nak ingat mati, ingat duda pula dia. Macam lah duda nak," umpat Harraz. Harraz melihat ibunya berjalan kedapur sambil tergelek-gelek.
"Aik? Tertukar pinggang ke apa? Asal mak aku pula yang gelek-gelek ni? Haih..." Harraz menepuk dahi melihat ibunya bergelek macam orang tak betul.
"Ya Allah, ana tak mahu jadi anak derhaka, tetapi ana cuma nak cakap yang ibu ana telah gila Ya Allah. Sembuhkan penyakitnya Ya Allah.." doa Harraz. Setelah berdoa Harraz menyapukan tangannya ke muka. Kalau tak termakbul tak tahu lah...
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...