Harini hari isnin, hari persekolahan bagi murid-murid di seluruh Malaysia. Tapi sekolah biasanya masuk pukul 7 pagi, ni dah pukul 9 tapi Raihanaa baru sahaja sampai di depan pagar sekolah. Dia berjalan dengan tenang kerana dia tahu dia ada surat kebenaran untuk masuk lambat. Namun dia tetap ditahan oleh seseorang, siapa lagi kalau bukan pengawas yang jaga pagar.
"Kenapa lambat?" Raihanaa berhenti berjalan dan kepala pusing ke arah suara garau tadi. Seorang pelajar lelaki tinggi berdiri di sebelahnya. Dia memusingkan pula badannya ke lelaki tersebut.
"Saya ada alasan yang kukuh"
"Ada alasan kukuh pun saya tetap kena tulis nama awak"
"Aip, sabar" Lelaki itu mengangkat keningnya tanda bersoal kepadanya. Raihanaa mengeluarkan sepucuk surat dari begnya."Saya ada kebenaran untuk datang lambat sebab saya pergi klinik"
"Hmm, kalau macamtu, silalah masuk. Jangan ponteng kelas pulak"
"Ye saya tahu la"Raihanaa berjalan ke kelas meninggalkan lelaki itu seorang diri di pagar sekolah. Tetapi di sebalik muka yang menunjuk muka seorang yang tegas dan bersikap dingin, hati si pengawas itu mendegup dengan laju. Dan bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman kecil.
Apabila gadis itu menjejak kaki ke dalam kelas, mulalah kawan-kawannya bising.
"Kau ni aku ingatkan ponteng. Pergi klinik ke?" Bertanya kawannya, Qaseh, sambil memusing ke belakang untuk bercakap dengannya
"Haah. Aku kena tahan pula kat pagar dengan si pengawas tu" Dia membalas dengan nada tidak puas hati.
"Ha? Siapa?"
"Aku tak tahu nama dia tapi dia tinggi, kulit takdela putih mana tapi tak tan juga"
"Dia pakai jam tak? Lepastu dia lengan dia bergulung?"Raihanaa pelik, banyak pula si Qaseh ni tahu. Stalker ke?
"Haah. Kenapa? Kau kenal ke?"
"Gila tak kenal. Tu Ashraf Hamzi la! Mamat tu popular kot"
"Oh dia ke"Ashraf Hamzi, itulah nama pengawas yang menahannya tadi. Seorang yang popular di kalangan perempuan dan juga cikgu. Circle dia pun budak-budak pandai, budak athlete dan termasuk ketua pelajar form 5. Patutla pengawas, cable.
Nama pernah didengari, bukan setakat sekali tetapi berkali-kali. Muka je tak pernah nampak. Sehinggalah kejadian tadi.
"Mesti dia handsome kan?"
"Entah, aku rabun"
"Rabun je alasan kau. Pastu spec tinggal kat rumah"