Chapter 34

2.3K 83 20
                                    

"Hann mana kau ? " Jerit Aisyah Damia dengan menangis teresak esak.Dia kehilangan sahabat baiknya. Ya Allah kenapa dia berlari kejar Hanni tadi.Kepalanya diketuk kuat menggunakan tangannya.Aisyah takut Hanni sesat di sini.

Ini semua salahnya cuai kerana berhenti seketika daripada tidak mengikut sekali.Dia juga sesat tidak tahu dimana dia sekarang ini di mana.Perut berkeroncong tanda dia benar benar menahan lapar.

Hari semakin gelap dia semakin takut.Telefon yang berada dalam poketnya dikeluarkan cuba untuk hubungi sesiapa.

Namun dia mengambil nafas yang agak panjang apabila telefon dia mengalami gangguan dengan rangkaian.Tiada langsung signal.Aisyah membaca doa.

Allahumma Inni audzubika minal hammi wal huzni wal ajzi wal kasali wal bukhli wal jubni wal dholaid daini wa gholabatir rijali.

"Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban utang serta tekanan orang-orang jahat."

Aku kena cari jugak kau Hann.Kita kena kuat tahu.Kakinya digagahkan untuk berdiri meskipun kaki dia terluka apabila terjatuh tadi.Terenjut dia melangkah dengan lemah sekali.

Niat Aisyah Damia hanya dua dia mahu mencari air untuk dia minum dan cari Hanni Dalisya rakannya sampai dapat.Selagi gadis itu dia tidak jumpa Hanni Dalisya selagi itu lah dia takkan balik.

*************************************************

Cahaya matahari yang memancarkan di sekeliling tingkap itu menerobos mata Hanni Dalisya.Silauan cahaya  menyebabkan gadis itu terbangun.

Dia membuka matanya dengan perlahan-lahan.Kepalanya terasa sakit.Lehernya Hanni mengosok dengan perlahan.

Matanya sekali lagi berada di tempat asing.Dahinya berkerut.Otaknya ligat terfikir akan kejadian yang telah berlaku pada dirinya.Pelepah apa benda ni ? Di lihat sekelilingnya.

Dia mimpi ke ?

Atau ni betul betul terjadi ? Hanni Dalisya mencubit pipinya dengan kuat.Auch sakit.

Jadi betul la sekarang ni ? Dia masih hidup.

Hanni menekup mulut.Dia tidak sangka dia masih hidup lagi.Kepala dia dipukul tadi rasa begitu sakit sampai boleh buat dia pengsan. Siapa yang pukul dia ni ? Berani dia tunggu la kalau aku dapat tahu siapa yang berani pukul kepala gojes aku memang nahas orang tu nanti dia kerjakan.

Klak!

Bunyi pintu dibuka dari luar.Muncul lah satu figura,melangkah masuk ke dalam bilik itu.Hanni cuba melihat siapa orangnya tapi hampa jejaka itu memakai topeng yang agak pelik hanya menampakkan kedua dua matanya sahaja.

"Amore,lena tidoq ? "

"Awak ke yang pukul kepala saya ? " Soalan itu terpacul keluar dari mulut Hanni Dalisya.Tangannya dikepal bentuk penumbuk menahan pelbagai rasa.

Lelaki itu hanya tersenyum kecil.Aku tanya kau jawab lain ya.

"Saya dekat mana ni ? " Tanya Hanni Dalisya.

"Rumah aku." Jawab dia dengan ringkas.Dingin.

Terkejut Hanni Dalisya memandang lelaki asing itu.Dia mula berdiri.

"Buat apa bawak saya datang rumah awak ni ? Saya nak balik ! " Rungut Hanni.Dia mula melompat dari katil kayu itu.Lantak la nak roboh ke apa peduli apa dia janji dia sampai dekat kem tadi.

"Shhh..Kau pergi mandi dulu Amore.Lepas tu kita makan."

"Tak nak ! Awak tak faham bahasa ke apa ? Saya cakap nak balik kan tepi ! " Teriak Hanni Dalisya dengan marah.Orang cakap nak balik kan kenapa lelaki ini tidak faham lagi.

HAYDEN LITTLE GIRL Where stories live. Discover now