"Fiyah......" Pintu bilik itu dikuak perlahan. Lais melihat seluruh isi bilik itu sehingga pandangannya terhenti pada Lutfiyah yang elok duduk di atas katil.
Lais menghembus nafas dalam. Langkah perlahan dibawa ke arah katil. Lais mengambil tempat di sebelah Lutfiyah. Tangannya membawa satu kotak kit kecemasan yang sempat diambil daripada Puan Rashidah.
"Fiyah..." Sekali lagi nama gadis itu diseru. Lutfiyah terus memalingkan wajah ke arah tingkap tidak mahu menatap wajah Lais. Air matanya sudah berkolam. Dia tidak mahu menangis. Dia tidak ingin tunjukkan kelemahannya di hadapan Lais.
"Maaf." Sepatah Lais berkata. Wajah Lais sudah berubah serius seraya menarik perlahan tangan Lutfiyah mendekatinya. Ditenung telapak tangan gadis itu. Penuh luka dan darah.
"Sakit?." Lais mengusap perlahan kawasan yang sudah terluka dan kulit yang sedikit terseret itu.
Lutfiyah hanya mengangguk sahaja. Kepala masih tidak berpaling.
Lais menuang beberapa titis dettol ke atas kapas lembut. Kemudian kapas itu disapu perlahan di atas luka yang berdarah itu untuk dibersihkan.
Plaster bersaiz kotak kecil ditampal di telapak tangan itu. Ibu jari Lais mengusap perlahan kawasan itu kemudian dihadiahkan kucupan lembut di atas plaster tersebut.
Air mata Lutfiyah mengalir perlahan apabila terdengar suara Lais yang sedang membacakan doa di telapak tangannya.
"Ya Allah, kau buanglah segala kesakitan yang isteriku hadapi. Kau sembuhkanlah luka kecil ini. Kau hilangkanlah pedih pada luka ini. Kau gantikanlah semula kulit yang luka ini dengan keadaan kulit yang lebih baik. Jangan bagi dia sakit Ya Allah." Kemudian Lais perlahan meniup di seluruh telapak tangan Lutfiyah.
"Aku minta maaf." Anak mata Lais setia memandang ke sisi kepala Lutfiyah yang berpaling arah itu.
Lais senyum hambar apabila melihat mata berair Lutfiyah.
"Paklong dah cerita semua benda dekat aku. Aku yang silap. Aku tak selidik dahulu. Aku minta maaf." Kendur suara Lais. Pergelangan tangan Lutfiyah ditarik perlahan. Kepala Lutfiyah terus dibawa ke dadanya. Diusap dan dicium perlahan ubun-ubun gadis kesayangannya itu.
"Aku minta maaf sebab tinggikan suara dekat kau. Aku tak sengaja. Aku penat sangat. Aku terlalu penat." Air mata Lais deras mengalir sambil mengeratkan pelukan buat Lutfiyah. Lutfiyah menyembamkan wajah di dada Lais. Tersebik-sebik gadis itu menangis. Mulut masih dikunci rapat.
"Aku ingat tadi nak terus balik rumah je lepas habis kerja. Esok pagi lepas subuh baru gerak ke sini sebab aku tak larat dah nak drive. Dari office nak ke sini jauh. Tapi aku ingatkan kau. Aku dah janji lepas habis kerja terus teman kau kat sini." Makin laju air mata Lutfiyah mengalir mendengar pengakuan Lais.
"Aku penat sampai tak dapat nak kawal emosi aku. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku marah kau. Aku tengking kau. Aku lukakan kau."
Lutfiyah mengangkat kepalanya dan terus menggeleng.
"Tak. Bukan salah Lais pun. Qisteena yang tolak Fiyah sampai luka. Bukan Lais."
"Memang salah Qisteena sebab lukakan kau. Tapi luka di hati kau tu siapa yang salah? Aku. Aku tengking kau. Luka di tangan tak seberapa. Tapi luka di hati lagi sakit. Susah juga nak dirawat." Kata Lais sambil tangan naik mengusap tubir mata Lutfiyah.
"Kau maafkan aku tak?. Aku dah buat kau menangis. Aku dah lukakan kau harini."
Lutfiyah tidak mengangguk tidak juga menggeleng.
"Fiyah tengah merajuk je ni." Perlahan Lutfiyah menjawab. Mata sengaja membelek-belek plaster yang tertampal di telapak tangannya.
"Tch. Lah merajuk ke ni?. Kalau merajuk memang aku tak layan lah. Biar je. Malas aku nak pujuk budak kecik macam ni." Selamba Lais berkata.
Senyuman nakal terbit di hujung bibir. Sengaja tangannya menepis air mata di muka."Ish Lais ni! Kan Fiyah merajuk ni. Lais kenalah pujuk. Tadi Fiyah menangis. Lepas tu Lais minta maaf. Lepas tu Fiyah dah maafkan tapi dalam hatilah sebab Fiyah malu. Lepas tu Fiyah masih merajuk lagi sekarang ni. Lepas tu Lais kenalah pujuk Fiyah sampai Fiyah okay semula. Lepas tu..."
"Banyak lah lepas tu kau. Dah lepas ni aku nak mandi. Lepas tu nak tidur. Aku penat tau." Belum sempat Lutfiyah menghabiskan ayatnya Lais terlebih dahulu mencelah. Mata Lais disepetkan memandang Lutfiyah. Side eyes ya.
"Kau tidur lah dulu budak kecik. Dah lewat sangat ni." Tubuh Lutfiyah selamba ditolak untuk baring. Selimut ditarik hingga ke paras dada gadis itu.
Tangan perlahan naik mengusap kepala Lutfiyah."Aku sayang kau." Separa bisik Lais berkata.
"Goodnight cantik."
Hilang terus kelibat Lais masuk ke dalam bilik mandi.
"Fiyah sayang Lais juga." Perlahan suara Lutfiyah membalas.
YOU ARE READING
LAIS'S LAWS
Romance"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...