tiga, awan, bintang dan ?

14 0 0
                                    

comforting each other




perasaan kecewa timbul dalam diriku, menyalah anggap dirinya, ku kira dia sudah tidak mahu menyukai diriku lagi, iyalah, aku ini bukanlah seseorang yang layak dicintai, bahkan mencintai, tidak terkejut jika seseorang itu katakan mereka tidak lagi suka padaku

namun, untuk dia, berbeza.

aku rasa seperti kehilangan besar bila dia hanya membalas mesejku begitu, dan ketika aku dapat tahu dia mengalami kemalangan, sungguh, aku nangis

keesokan paginya, kami berdua berbual, bukan berbual kosong, namun berbual untuk menenangkan diri masing-masing, keadaan yang agak huru-hara ini dibaiki semula

meminta maaf, memaafkan, memberi nasihat, dinasihatkan, itu kami

kami yang dulu, kami yang sopan ketika dulu

langkau masa... 28/12

happy birthday to you, happy birthday to you

sudah lama tidak ku dengar nyanyian lagu itu, khas untuk diriku sahaja. 2 tahun tidak silap, tidak menyambut hari kelahiranku, mungkin tidak penting bagi mereka, tidak mengapa, aku sendiri tidak kisah tentang hal itu

sungguh?

bangun pagi sahaja, aku disapa oleh mesej panjang, mesej ucapan selamat hari lahir oleh dirinya, si awan. kulihat waktu dia menghantar mesej tersebut,

12:58 A.M.

orang pertama.

walaupun diriku agar blur waktu bangun itu, tetapi senyumanku terukir di bibirku,

bahagia,

gembira,

rasa dihargai

apabila dapat ucapan yang panjang dan paling bermakna pernah ku dapat.

tidak mahu diri ini kongsikan ucapan tersebut, iyalah, khas untuk bintang kan? hehe

awan dan bintangWhere stories live. Discover now