kegemaran awan
nombor satu mestilah bintang, kan? hehe
selepas tanya kepada si awan, apa favourite moments kami berdua, katanya
sewaktu diri ini mula memanggil dirinya dengan panggilan cherié,
cherié = sweetheart
hehe, manis sungguh, bukan?
katanya lagi, panggilan awan juga kegemarannya, hmm, bintang memang menyukai awan sejak kecil, jadi, hendak memanggil seseorang itu awan memang perlu fikir masak-masak, iyalah, bintang menyukai awan, bintang juga mencintai awan,
nampak perbezaannya? hehe
ketika bintang memberi surat, hati awan juga gembira,
surat yang mana ye, yang memaksa diri awan untuk ambil duit crochet tu ke?
kalau yang itu, betul lah, iya, sudah tiada surat lain yang ditulis untuk awan dari bintang, kan?
diriku juga agak teruja ketika menulis surat itu, pertama kali untuk lelaki, pertama kali untuk crush sendiri, sudahlah ditulis panggilan ae in di hujung surat, malunya hanya Allah sahaja tahu
ketika berbual secara depan-depan-
oh jangan ditanya, merah sungguh muka diri ini jika mendengar suaranya, kegemaran bintang juga, iyalah, merdu, senang didengari olehku, tidak mengapa, sudah besar nanti akan selalu ku dengar ye, hehe
ketika bintang mengatakan bahawa bintang sudah move on dari si dia,
ya, satu keputusan yang agak susah untuk dilakukan, sudah 5 tahun berharap padanya, tiada hasil pun, hanya sia-sia
jadi, dengan menyukai diri awan, mampu membuatkan aku move on dengan sepenuhnya, ajaib.
ketika aku membalas sukanya kembali,
oh, waktu ini memang tidak sangka, hatiku akan menerima seseorang pada masa yang sangat random, iyalah, yang lain sudah ku reject, tiba-tiba muncul lelaki ini, tiba-tiba sahaja merampas hatiku, ish ish ish, tidak baikk
apa-apa sahajalah, asalkan awan bahagia.