Bab 21: Culik

268 5 0
                                    

(Selamat Hari Raya Aidilfitri for my lovely readers!!!)

"Sayang, jom ikut abang" Ajak Edelis

Mereka sedang berjalan dari pejabat Edelis menuju ke arah kereta. 

"Pergi mana?" Tanya Cahaya

"Pergi reunion abang dengan kawan-kawan abang dekat chalet" Kata Edelis

"Tak nak lah" Kata Cahaya

"Kenapa?" Tanya Edelis

"Ni kan reunion awak, bukanya reunion Cahaya" Kata Edelis

"Tahun-tahun yang lepas, abang kena bahan sebab single. Sekarang ni abang dah ada sayang, apa salahnya kalau sayang ikut sekali" Kata Edelis

"Tak nak lah. Cahaya segan. Cahaya tak kenal pun kawan-kawan awak" Kata Cahaya

"Kenapa nak segan? Abang kan ada. Nanti sayang stay je sebelah abang, biar abang yang bercakap" Kata Edelis.

Mata Edelis memandang ke jalan, kadang-kadang matanya melihat kearah Cahaya yang berada di sebelahnya.

"Tak nak lah. Cahaya boleh duduk rumah sorang-sorang" Kata Cahaya

"Abang kena bermalam dekat sana. Lagi pun tempat tu jauh dengan rumah" Kata Edelis

"Yelah. Cahaya pergi"

Edelis tersenyum gembira. Akhirnya, dia dapat memujuk isterinya untuk pergi reunion bersama dengannya.

"Lepas Isyak kita pergi" Kata Edelis

•••••

Reunion di chalet...

Cahaya dan Edelis keluar dari dalam kereta sebaik sahaja meletakkan kereta berhadapan dengan pantai. Edelis yang memakai baju kemeja dan seluar berwarna hitam. Manakala Cahaya memakai dress yang menampakkan bahu berwarna hitam.

Mereka berdua menjadi tumpuan orang ramai. Semua mata melihat kearah Cahaya dan Edelis.Mereka terpukau dengan kecantikan Cahaya dan ketampanan Edelis.

Tiba-tiba kawan Edelis memanggilnya untuk kemari.

"Edelis, sini" Panggil kawan Edelis yang berada di hujung kawasan.

Edelis memandang kearah kawanya itu lalu menarik tangan Cahaya untuk berjalan sekali. Beberapa pelancong mengambil gambar dan video mereka berdua. Cahaya yang malu hanya menunduk kebawah.

Tanpa disedari Muaz dan Isya berada di tempat yang sama dalam khalayak orang ramai. Mereka berdua hanya memerhati kelakuan Edelis dan Cahaya.

"Kau dah sediakan bahan yang nanti kita nak guna?" Tanya Muaz

"Dah. Semua ada dalam beg. Buat sama macam yang kita plan" Kata Isya

"Aku akan pastikan, kau merana" Kata Muaz

Mereka terdengar perbualan Cahaya dan Edelis di universiti tadi. Mereka terus memikirkan cara untuk kenakan Cahaya.

Edelis dan Cahaya menghampiri kawan-kawan Edelis.

"Hi Edelis. Lama kita tak jumpa" Kata salah seorang kawan Edelis.

Edelis bersalaman dengan kawan-kawannya.

"Girlfriend kau ke, bro?" Tanya kawanya yang lain

"Ni bini aku, Cahaya. Puteri Cahaya Malaika" Kata Edelis

Cahaya hanya mampu tersenyum sahaja. Tangannya menggenggam erat tangan Edelis.Kawan-kawan Edelis terkejut. Angin tak ada, ribut tak ada, taufan tak ada, puting beliung tak ada, tiba-tiba dah kahwin.

Prof.Edelis Is My Husband [C]Where stories live. Discover now