Part 1

1.2K 36 0
                                    

Permulaan tahun 2024, tahun baru untuk para karyawan di syarikat BC's Corp. Seorang perempuan yang selalu dilabel dingin dan tegas yang menjawat jawatan CEO yang sedang fokus membaca report kewangan syarikat untuk tahun lalu.

"Irin, tolong saya kemaskan fail-fail atas meja ni. Saya dah siap check and tandatangan. Dan saya halfday hari ni. Jadi, appointment yang lain-lain, tolong cancel, kita tunda pergi esok.

Irin yang still mengumpulkan fail di atas meja tersebut hanya mengangguk faham lalu berjalan keluar meninggalkan bilik CEO tersebut.

Irin yang baru sahaja masuk ke dalam biliknya, didatangi oleh seorang lelaki bertubuh tegap iaitu Alex, bodyguard family Becky.

"Irin". Alex memanggil Irin dan Irin yang berasa dipanggil terus menatap Alex yang berdiri di depan mejanya. "Yes Lex."

"Boss ada? Aku nak jumpa dia kejap." Irin mengangguk dan Alex terus meninggalkan bilik Irin dan mengetuk pintu ruangan tersebut. Setelah mendapat izin, Alex terus masuk ke ruangan tersebut.

Becky yang melihat Alex meletakkan pennya. "Alex, awal kau datang. Kenapa?"

"Saya datang awal sebab tadi masa kat luar, saya dapat mesej dari Tuan Neo. Dia suruh bawa boss pergi cafe petang nanti.

"Ye la Alex. Kau keluar dulu. Pukul 2 kita gerak." Ucap Becky. Alex memusingkan badannya untuk keluar namun dia kembali berpaling melihat bossnya. "Kau dah makan Becky?"

Becky yang memicit kepalanya mengangkat kepalanya setelah mendengar pertanyaan Alex lalu menggeleng.

"Muka kau dah pucat. Kalau dah settle, turunlah. Aku bawa pergi cafe. Tak payah tunggu pukul 2." Alex terus keluar dari ruangan Becky.

Becky melihat Alex yang sudah hilang dari pandangannya terus bangun dan pergi ke bilik air dan mencuci mukanya. Setelah itu, Becky berkemas-kemas dan mengambil beg laptopnya dan menyusul Alex.

Kini, kereta BMW hitam itu membelah kota raya Bangkok. Becky yang masih merasakan sakit dibahagian kepalanya, hanya bersandar sambil memejamkan matanya.

"Kau okey Bec?" Tanya Alex sambil melihat bossnya melalui cermin pandang belakang.

"Aku okey. Kau bawa kereta cepat sikit." Setelah mendengar balasan Becky, Alex terus melajukan kenderaannya.

CAFE

"Hai babyyy." Panggil Nam yang merupakan sahabat Becky dengat kuat. Orang-orang di kafe pula memandang Nam dengan terkejut ketika Nam menjerit memanggil Becky.

Nam yang memeluk Becky, melepaskan pelukannya dan melihat sekelilingnya. "Apa pandang-pandang. Aku tegur kawan akulah." Ucap Nam seraya menjeling ke arah orang di kafe tersebut lalu menarik Freen untuk duduk di meja mereka.

"Nam, yang kau marah diorang kenapa. Kau yang jerit. Memanglah orang tengok bodoh." Ucap Noey sambil menggelengkan kepalanya. Nam yang mendengar, menjelirkan lidahnya. Lalu Nam melihat Becky dengan mengernyitkan matanya.

"Mak aii, pucatnya muka kau. Kau belum makan ke?"

"Aku tak sempat makan pagi tadi. Aku nak cepat. Yang kau Nam, menjerit macam pontianak kenapa? Baru join family diorang ke?" Soal Becky sambil menjeling ke arah Nam.

"Bec, makan dulu. Jangan layan minah ni." Noey menghulurkan makanan kepada Becky untuk meleraikan sesi jeling-menjeling antara Becky dan Nam.

Walaupun Becky seorang yang introvert, namun, dia hanya mempunyai 2 kawan iaitu Nam dan Noey dalam hidupnya. Setelah mengisi perutnya, Noey dan Nam beransur pulang dan meninggalkan Becky.


TBC

Comment if you want next part...

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now