part 23

18 5 0
                                    

" Kenapa bos panggil saya lagi ? " soal Raz menghampiri Aliya yang sedang menyiat-nyiat kulit lelaki yang baru dibunuh olehnya.

" Bukan aku panggil kau. " Aliya hanya membalas sahaja, tidak memandang muka Raz walau sedikit pun.

" Oh ini mesti orang lain ni. Haha let me guess, Aliya, Azliya,Lieya,Zaliya,Alias? Mana satu or ada yang lain yang saya tak tahu? " soal Raz menyebut satu per satu nama split personality Auliya yang dia kenal. Raz dah berkhidmat dengan Auliya sejak Auliya pertama kali bergelar mafia. Auliya tidak selalu minta bantuan Raz tapi Raz selalu jugalah minta tolong Auliya supaya memberinya kerja jika dia berada di dalam kesempitan.

" Yes Auliya yang panggil kau tapi kau kena tolong aku jugak sebab now, aku yang handle badan ni. Get it boy ? " Aliya mengukir senyuman sinis. Dia tahu bagaimana nak bermain dengan orang yang tamak harta bukan amanah.

'Ini mesti Aliya ni'

" Baiklah. Puan nak saya buat apa? "

Aliya tersenyum ringkas. " Easy. Bungkus kesemua mayat ni, buang dekat sungai berdekatan sana. Boleh ? " soal Aliya merenung anak mata Raz tajam.

" Baik puan. Tapi kalau saya nanti kena marah dengan Puan Auliya macam mana Puan ? " soal Raz risau. Ini bukan pertama kali dia kena buat macam ni, dah berkali-kali dan setiap kali dia buat, mesti dia akan dapat hukuman dari Auliya.

" Kau ni banyak tanya lah. Buat jelah. Aku bos kau jugak kan ?! " soal Aliya bengang. Mengapa semua orang rasa dia ni orang luar ? Dia juga pemilik badan ni.

" Maaf Puan. Saya buat sekarang. " Raz terpaksa mengakur apa sahaja yang disuruh kerana dia tahu, tahap kemarahan di setiap diri 'mereka', semuanya berbeza.

" Good boy. Now, pergi buat. And jangan lupa ye bersihkan rumah ni sekali. Hanyir... " Aliya tersenyum kemenangan sekali lagi dan terus keluar dari situ.
__________________________________________

3:47 a.m.

Aku memasuki rumah agamku dengan badan yang agak sakit-sakit sikit. Aku berjalan selangkah demi selangkah menuju ke tangga sehinggalah kaki ku terhenti apabila terdapat dua tangan kecil memeluk erat kakiku.

" Akak Iyaa, abang Jimmy anee ? Adik nantuk.. " Zalikha menenyeh-nyenyeh matanya dengan tangan kecilnya sambil menguap. Matanya kuyu sedikit. Mengantuk sangat-sangat agaknya.

" Ayah kamu mana? " soalku terus melutut untuk menyamakan parasku. Pendek.

" Ayah tak alik agi. Kakak un iyang..(ayah tak balik lagi. Kakak pun hilang.) " terhinjut-hinjut bahu anak kecil dihadapanku ini.

" Jap ye akak panggil abang kamu. " lantas ku bangun dari dudukku dan terus menyeluk poket seluarku.

" Hallo Jim. Datang rumah aku sekarang. Asal budak-budak ni kat rumah aku? Bukan sepatutnya tinggal dengan korang sekali ke ? Jangan cakap korang saje letak dia dekat sini. Hah. Cepat sikit datang. Aku letih ni. "

Bip- panggilan dimatikan. Aku terus menunduk untuk mengangkat Zalikha ke tubuhku.

" Zalikha dah makan? " soalku sedikit dingin.

" Dah! Makan kek kat itu. " jari Zalikha menunjuk ke arah peti sejukku yang tidak berkunci dan aku terus mengorak langkah ke sana. Pintu peti sejukku dibuka dan terserlah lah kesan korek dari anak kecil ini.

" Oh kek ni. Sedap ke? Akak tak pernah rasa kek yang akak buat sendiri. "

" Edap! Rasa stawbeyi hehe.. "  jawab Zalikha perlahan. Mukanya di tonyoh-tonyoh pada badanku. Eyy gediks tapi comel.

" SAYANG, MANA KAMU? ABANG JIMMY KESAYANGAN KAMU INI SUDAH DATANG! " jerit Jim hampir meletop ya gegendang telingaku. Dasar itu budak. Aku kerat 56 kang baru tau.

" Ni, anak buah kau kat sini haa, aku tengah masak dia. " usikku sengaja nak kenakan Jim. Gurau saja maa.

" HUH?! " bunyi tapak kasut Jim semakin mendekat. Nampak sangat takut, anak buah dia kena makan.

" Abang Jimmy kamu dah sampai. " bisikku di sebelah telinga kiri Zalikha.

" YEYY !! Abang Imyy!! ichaa kat inii !! " jerit Zalikha pula. Bagus-bagus. Kalau boleh dua-dua nak jerit. Tak lama lagi bolehlah tukar jadi hospital bahagia. Semua orang jerit keriangan sambil tepuk-tepuk tangan.

" Korang memang dah lama nak rumah aku tukar jadi hospital eh ? " soalku selepas bertukar tangan hulurkan Zalikha pada Jim.

" Icha induu abang Jimmy..abang jimmy gi anee ? Ayah icha tak alekk agi, kakak pun ilang abang.. " keluh Zalikha pada dada Jim perlahan. Jim menepuk belakang Zalikha perlahan-lahan memujuk dia dari menangis. Sekali mata Jim melirik ke arahku. Aku hanya memandang wajah mereka kosong.

" Aku naik atas dulu. Kau tidur dalam rumah aku malam ni. Jagakan anak Zef ni. " ujarku sebelum berlalu ke lif.

" Baik puan. " jawab Jim menundukkan sedikit kepalanya. Jim menghantarku menggunakan anak matanya dan terus melirik kembali ke arah Zalikha.

" Sayang nak abang tidurkan ke nak tunggu ayah ichaa tidurkan? " soal Jim mengucup lembut pipi gebu Zalikha.

" Nak Abang Immy ahh, ayah tak yeti dodoi. Kakak un tak yeti. " jawab Zalikha manja.

" Ngade dia ni. " Jim menepuk sedikit pipi gebu Zalikha dan Zalikha terus tersenyum.

" Icha aparr, ayah tak ayek(balik) agi ke ?  " soalnya membuat muka sedih. Boleh ni jadi Auliya. Drama sangat.

" Jom makam jom. Eh makan! Jom jom. " Jim memapah Zalikha ke dapur. Peti sejuk dijadikan sebagai sasaran utamanya. " Sayang nak makan apa? Abang taktau lah nak makan apa. Sebab hampir semua dekat sini abang dah makan. Adik nak rasa puding karamel tak? Abang pandai tau buat. " bebel Jim panjang lebar tapi balasan dari Zalikha hanyalah menepuk tangan macam monyet.

" Tak angus ke abang Immy uat ? Nak mama Auliya uat. " jawab Zalikha tersenyum lebar.

" A-apa ? Ulang balik Zalikha. " soal Jim terkejut dengar apa yang baru sahaja Zalikha cakap. Mama?

" Ayah akap akak Auliya unye uke ame dengan ibu. (Ayah cakap akak Auliya punya muka sama dengan ibu) " Zalikha tersenyum kembali.

" Ahh, akak Auliya tak sihatlah sayang. Dia letih. Kamu mamam jelah ye apa yang abang masak. Boleh? "

Zalikha mengangguk-angguk kepalanya. Tangan ditepuk berkali-kali riang.
___________________________________________














𝑂𝑘𝑒𝑦 𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑛𝑖 𝑝𝑢𝑛𝑦𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑒𝑘 𝑗𝑒. 𝐸𝑠𝑜𝑘 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑢𝑝𝑑𝑎𝑡𝑒 𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑖𝑘𝑖𝑡. 𝑆𝑒𝑙𝑎𝑚𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑟𝑐𝑢𝑡𝑖 !!






𝐇𝐄𝐑 : 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒂𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 (𝙾𝙶) Where stories live. Discover now