AW | PROLOGE

631 23 0
                                    

Hujan yang semakin lebat turun membasahi bumi tidak dihiraukan oleh seorang lelaki yang masih setia mengusap batu nisan yang terukir nama isterinya, Najwa.

Air mata yang semakin deras mengalir di wajahnya hanya dihiraukan tanpa ada niat ingin menyeka. Kubur yang masih merah itu dipandang dengan pandangan redup

" abang minta maaf... " sayu suaranya berbicara

Tangannya tidak henti henti mengusap batu nisan yang terukir nama aruah isterinya itu. Isteri yang selama ini selalu berada di sisinya, yang selalu setia menceriakan harinya, telah pun kembali kepadaNya meninggalkan dirinya seorang diri.

Namun begitu, isterinya sempat menitipkan dia seorang bayi lelaki iaitu cahaya mata mereka yang terhasil daripada perkahwinan mereka selama 2 tahun ini.

Afwan Al-Harith

Nama indah yang diberikan oleh isterinya sebelum wanita itu menghembus nafas yang terakhir. Isterinya disahkan meninggal dunia selepas melahirkan anak lelakinya yang pertama.

" abang minta maaf sebab tak ada dekat sisi sayang waktu sayang lahirkan anak kita "

Jika dia tahu bahawa waktu itu adalah waktu yang terakhir dia bersama isterinya, dia tidak akan mengikuti adik lelakinya pergi bermain golf waktu itu

" abang bodoh sebab biarkan isteri abang bersalinkan anak kita seorang diri. Abang minta maaf sebab tinggalkan sayang waktu tu " nafasnya semakin tidak teratur mengeluarkan tangisan yang kuat

" kalau abang tahu itu adalah saat kali terakhir pertemuan kita, abang tak akan tinggalkan sayang. Ab--abang tak akan biarkan sayang bersalin seorang diri, abang akan teman sayang dan genggam tangan sayang untuk abang beri semangat dekat sayang " teresak esak dia berbicara disisi kubur itu.

Nama yang terukir di batu nisan itu dikucup lama olehnya dengan mata yang terpejam.

Redho

Hanya itu sahaja yang boleh dia lakukan saat ini. Dia harus meredhoi pemergian isterinya walaupun perkara itu amat perit untuk dia lakukan. Pemergian isteri tercinta sangat membuatkan hidupnya terasa kosong tanpa wanita itu.

Harinya yang selalu diceriakan dengan gelak ketawa isterinya telah pun punah kerana pemergian wanita itu.

" abang janji dengan sayang, abang akan jaga anak kita dengan baik. Tapi sayang jugak kena janji dengan abang... sayang tunggu abang tau dekat sana " ujarnya lagi sebelum bibir mengukir senyuman hambar

Dia menarik nafas perlahan lalu dengan perlahan lahan dia berdiri. Tikar yang terbentang di tanah digulungkan sebelum botol yang berisikan air itu dicapai

Penutup botol dibuka, dengan bacaan basmallah dia terus menyiram kubur yang masih merah itu. Air mata yang mengalir diseka lembut. Dia tersentum tipis lalu botol itu ditutup semula

" abang balik dulu tau sayang, ada masa nanti abang datang semula " dia berdiri tegak lalu merenung sebentar kubur itu

Paling sahaja ke belakang matanya terus tertacap pada tubuh seorang wanita tua yang sedang memujuk seorang bayi lelaki yang tidak henti menangis

Dia menghela nafas perlahan lalu dia berjalan mendekati wanita tua itu

" Afwan dari tadi lagi tak henti nangis ke mama? " soalnya

Risau apabila melihat anak lelakinya yang tidak henti menangis. Bayi itu bertukar tangan, wajah lembut itu dilihat dengan lembut. Warna mata yang sama sepertinya dan kening yang terbentuk cantik seperti aruah isterinya

'papa minta maaf sayang. Papa janji papa akan besarkan awak dengan penuh kasih sayang walaupun tanpa mama dekat sisi kita. Papa janji dengan Afwan, papa akan sanggup buat apa je asalkan Afwan bahagia' bisik hatinya sebelum kucupan singgah di dahi bayi lelaki itu

ADRIAN'S WIFE [ CS ]Where stories live. Discover now