prolog

22 5 0
                                    

Dulu,aku hanya menganggap mu sebagai kawan
Tetapi,adakah kita boleh menjadi lebih dari seorang kawan pada hari ini?

Dulu,kita selalu bersama
Kini,kamu hilang tanpa mengucap selamat tinggal
Tapi,hari ini kamu hadir?
Bolehkah diri ini menerimamu?

Dulu,aku selalu menyangka yang kita tak akan bertemu lagi
Tapi,hari ini..kita berjumpa lagi.

Apakah manusia hanya mampu menyakiti hati kita?
Tidakkah boleh manusia berkata yang baik?

Dia kembali. Kembali dengan versi berbeza.
Tapi tentang masa lalu,masih tidak aku lupakan.

Aku buntu. Patutkah aku menerima dia kembali?
YaAllah, bantu aku.

•Prolog II•

Aku hanya mampu diam apabila aku mendapat berita bahawa Qhayfir Syakir yang dikenali sebagai Hyver sudah tinggalkan aku sendiri. Hati ini sakit,tapi aku sedar aku hanyalah sahabat dia. Tapi terlihat bohong kan kalau aku ni tak sukakan dia? Tiada istilah persahabatan antara lelaki dan perempuan tanpa ada munculnya perasaan suka. Dan cinta di waktu sekolah ini juga tidak boleh kekal selamanya.

Tapi,yang menjadi persoalan aku adalah..kenapa dia tak beritahu aku tentang ini? Selama ini,dia yang menjaga aku sewaktu orang sekitar ku hanya mampu menyakiti hati tisu ini. Tapi dia pergi.

"Syana?." Ujar mama sayu kerana melihat aku yang sedang duduk di luar rumah di waktu malam.

Dingin. Tapi menenangkan fikiran.

"E-eh? Ye,ma?." Balas ku sambil menyesat air mata yang mengalir di pipi.

"Sudah la tu Syana. Tak guna kamu nangiskan lelaki yang bukan halal untuk Syana.. mama tahu sakit bila seseorang pergi tanpa meninggalkan sebarang kata..tapi kamu kena terima." Ujar mama sambil tersenyum. Kata-kata dari seorang ibu cukup membuat aku tenang.

"Syana cuba terima ma..tapi susah.." luah ku.

"Ingat Syana..kita perlu menerima segala ketentuan Allah. Allah pasti dah siapkan perjalanan yang lebih indah untuk Syana. Trust Him,Syana. Trust mama too." Ujar mama lagi .

"Can I hug you,mama?" Ujar ku dengan air mata yang sudah mengalir deras. Selalunya aku sembunyikan air mata,tapi kali ini aku tewas.

"Sure,sayang." Balas mama sambil memeluk ku.

Pelukan yang cukup lama dan mampu menenangkan hati yang resah. Mama juga sempat menyuruh aku untuk mengambil wuduk dan membaca al-quran untuk lebih tenang dan ya,itu sangat la berhasil .

Di dunia ini,aku selalu lemah. Tapi setiap kali aku lemah,mama selalu bersama aku. Aku bersyukur sangat apabila seorang wanita yang bernama Fisha Raudah menjadi sosok ibu yang terbaik di dalam hidup ku.

Syana-

Don't think about people will stay with you, because everyone will leave. But always remember,Allah will always be with you .

Syana-

Kita akan tenang apabila dekat dengan Allah , bukan dengan manusia yang berlagak sempurna .

foreverWhere stories live. Discover now