✨Bab 30✨

24 2 0
                                    

"Ye nak cari siapa?" Soal Mak Jah kepada mereka.

"Ni rumah Dato' Nazri Kamarulzaman kan?" Tanya mereka pula. Soalan dibalas soalan.

"YE ye ni rumah Dato' Nazri Kamarulzaman. Puan datang sini nak jumpa Dato' Nazri ke?" Soal Mak Jah sekali lagi. Dia hairan apabila melihat wajah mereka. Kerana seolah-olah dia pernah lihat wajah ini.

"Sebenarnya kita orang datang ni nak jumpa dengan Dato' Nazri. Dia ada tak?" Seorang gadis yang manis bertudung menayakan soalan tentang keberadaan Dato' Nazri.

"Dato ada sekarang ni, cuma dia tengah makan dengan anak menantu dia. Kalau puan nak jumpa jugak Jom la kita masuk dulu" Panggil Mak Jah kepada mereka.

Apa bila dipelawa untuk masuk, mereka bertiga berjalan masuk ke dalam rumah Banglo itu. Kemudian mata mereka tertumpu pada sebuah fream gambar besar yang tergantung di kawasan ruang tamu.

"Puan tunggu sekejap ye saya nak panggilkan Dato sekejap" Lalu Mak Jah terus berlalu ke kawasan dapur.

AULIA SOFEA POV

Sampai sahaja di hadapan rumah banglo mewah itu, Mereka bertiga berjalan ke pintu utama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja di hadapan rumah banglo mewah itu, Mereka bertiga berjalan ke pintu utama. Sampai sahaja di pintu utama, Aku terus menekan loceng yang ada di pintu rumah itu. 

Kemudian keluar seorang wanita yang sudah berusia dari rumah itu. "Ye nak cari siapa?" Soal wanita itu.

"Ni rumah Dato' Nazri Kamarulzaman kan?" Soalku kepada wanita yang kini berada di hadapaku.

"Ye ye ni rumah Dato' Nazri Kamarulzaman.Puan datang sini nak jumpa Dato' Nazri ke?" Tanya wanita itu lagi.

"Sebenarnya kitorang datang ni nak jumpa dengan Dato' Nazri. Dia ada tak?" Soal Natasya pulak. Susah betul nak jumpa dengan orang kaya banyak je nak kena menjawab.

"Dato ada sekarang ni, cuma dia tengah makan dengan anak menantu dia. Kalau puan nak jumpa jugak Jom la kita masuk dulu" Kata wanita itu lagi.

Mereka mengikut wanita itu untuk masuk ke dalam rumah mewah itu.

Masuk saja ke dalam rumah kami bertiga dibawa untuk menuju ke ruang tamu rumah banglo mewah itu. Sampai sahaja di ruang tamu banglo itu mata aku secara automatik melihat sebuah frame yang besar dan digantung betul-betul di ruang kawasan itu.

Ia merupakan sebuah gambar keluarga. Ye gambar suami bersama anak perempuannya yang sedang tersenyum manis. Bahagia. Mereka sangat bahagia walaupun tanpa dirinya.

Tetiba terasa sesak di dada melihat wajah-wajah yang tersenyum manis suami dan anaknya. Wajah mereka berdua tiada beza ibarat Dato' Nazri versi perempuan je.

"Mummy ok." Soal Nasuha apabila perasaan dengan raut wajah wanita itu berubah. "Ok mummy ok je." Jawab aku lagi kepada mereka.

"Mummy takut ke?" Apabila melihat wajah mummy nya dia tahu apa yang mummy nya rasakan sekarang.

MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now