AIMI POV
Terketar-ketar tanganku bila melihat isi yang terkandung di dalam file ini. Tidak sia-sia pergorban nya selama ini untuk mencari asal usul dirinya. Sudah semestinya perasaan gembira itu hadir namun.....
Kegembiraan itu hanya hadir seketika sebelum perasaan itu bertukar menjadi sedih dan kecewa.
Kecewa dengan orang yang bertanggungjawab membuatkan hidupnya seperti orang yang tidak layak untuk hidup di dunia yang fana ini.
Aku terus mengambil telefon ku untuk menghubungi adikku sedaya upaya aku berusaha untuk mengawal tangisan dari kedengaran.
Tamat sahaja panggilan nya dia terus memecut laju kereta jenis BMW itu untuk menuju ke destinasi yang bakal membongkarkan segala rahsia yang disimpan rapat selama ini.
Benar. Dia bakal membongkarkan segalanya.
Sampai sahaja di banglo itu dia terus parking keretanya. Kemudian dia terus melangkah masuk ke dalam banglo itu tanpa menekan loceng terlebih dahulu.
Masuk sahaja ke dalam dia terus menuju ke dapur kerana dia tahu sekarang ini merupakan waktu makan tengah hari kerana jam telah menunjukkan pukul 2:05.
"Kita bincang dekat depan. Ada perkara penting Aimi nak tahu" Dia terus berjalan ke ruang depan
END POV
Mereka masing-masing mengambil tempat duduk di sofa yang ada di ruang tamu.Kesemua mata memerhati ke arah Aimi yang duduk di single sofa dan sedang memegang sebuah fail berwarna biru gelap.
"Apa perkara yang penting sangat kamu nak bincangkan Aimi sampai nak minta semua orang tunggu kamu?" Dato' Nazri memandang ke raut wajah anak angkatnya dapat dilihat dari mata Dato' Nazri yang mata gadis itu sedikit sembab. Anaknya menangis! Tetapi mengapa?
Aimi tersenyum memandang ke arah daddynya itu. Dato' Nazri melihat senyuman itu mengerutkan dahi. Ini kerana senyuman itu dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Sinis! Senyuman yang sinis diberikan kepadanya.
Aimi menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka bicara. Dia perlu bijak mengawal emosinya dari tertewas tanpa bertanding. Kedua belah tangannya digenggam dengan kuat.
"Daddy ada rahsiakan sesuatu ke dari Aimi? Dari Feisya? Dari kita orang semua?"Dia memandang tepat ke dalam mata Dato'Nazri. Nada suaranya masih lagi tertahan. Dia hanya perlukan kebenaran dari mulut Dato' Nazri sendiri.
"Daddy tak faham apa yang kamu cakap ni Aimi. Apa yang daddy rahsiakan dari kamu semua." Tergeleng kepala Dato' Nazri dengan perangai Anak nya itu.
"Cukup...cukuplah dari tak faham daddy. NOW TELL ME APA YANG DADDY RAHSIAKAN DARI KITAORANG! CAKAPLAH!" Lantang suara Aimi menjerit di hadapan mereka semua. Mereka yang berada di situ semua terdiam. Lagi-lagi perasan ada air mata yang mengalir di pipi Aimi.
"AIMI NADHIRAH DON'T BE RUDE WITH ME I'M YOUR FATHER!" Tinggi Suara Dato' Nazri kerana marah dengan sikap Aimi yang biadap. Ia seakan sudah hilang hormat kepadanya. Marah! Dia sangat marah sekarang ini.
"IF YOU ARE RIGHT MY DAD... PLEASE... PLEASE TELL ME WHAT...Apa yang daddy rahsiakan Selama ni?" Soalnya bersama tangisan yang tadi cuba ditahan namun sekarang di sudah tidak mampu untuk menahanyan lagi. Sakit, Dia sangat sakit. Penat, Dia sangat penat dengan semuanya.
"Sekarang ni Aimi bagi tahu daddy apa yang daddy rahsiakan dari Aimi, dari Feisya dari semua orang?" Pinta Dato' Nazri. Jujur dia katakan sememangnya dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Aimi.
Aimi tersenyum hambar lalu dia mengambil file yang dibawanya dan diletakkan di tengah-tengah meja.
Dato' Nazri mengambil file yang di atas meja itu. Dia memandang Aimi kemudian dia dengan berhati-hati membuka untuk membaca isi yang terkandung di dalam file itu.
Tergamam Dato' Nazri apabila dia membaca isi yang terkandung di dalam file itu. Dia memandang tidak percaya kepada Aimi. Tergeleng dia apabila melihat raut wajah Aimi yang begitu sembab dan comot dengan air mata.
DNA TEST
"Any explanation Dato Nazri Ahmad Kamarulzaman?" Terdiam seketika Dato' Nazri apabila membaca isi yang terkandung itu. Positif! Keputusan positif menunjukkan yang bahawa Aimi merupakan Anak kandungnya sendiri. Tetapi bagaimana benda ini boleh terjadi.
Dia menghalakan pandangan kepada Aulia yang juga terdiam tidak bersuara. Dia yakin hanya Aulia sahaja wanita yang pernah dia sentuh selama ini. Tetapi macam mana pulak boleh wujud Aimi.
Tetiba dia teringat perkara yang berlaku lebih kurang 30 tahun lalu. Dimana mereka berdua pernah terlanjur kerana diperangkap oleh seseorang. Selepas sahaja malam yang membawa mereka kepada maksiat, dia terus menghilangkan diri dan meninggalkan Aulia keseoranggan.
Setelah 2 tahun mereka kembali bertemu dan berkahwin. Maksudnya selama dia menghilang dan lari dari tanggunjawab kerana disebabkan oleh kejadian itu terlahirnya seorang insan yang tidak berdosa.
Tergeleng Dato' Nazri apabila mengingat semula kerjadian yang pernah menghantui hidupnya suatu ketika dahulu.
Amanda terus mengambil file yang berada di tangan daddy nya apabila melihat daddy nya hanya berdiam apabila membuka isi file itu. Terkejut Amanda apabila melihat dan membaca isi yang terkandung di dalam file itu.
"Ap....apa semua ni daddy?" Terketar-ketar Amanda ketika ini. Allah dugaan apa lagi yang berlaku sekarang ini. Mereka yang lain memandang hairan kepadanya. HAikal memandang isterinya sudah mengalirkan air mata ketika membaca file itu.
"Positif?" Soalnya
"Dalam report DNA test ni terbukti yang disangkakan anak angkat rupanya anak kandung." Amanda memandang tepat kedalam mata Dato' Nazri.
"Apa yang daddy sembunyikan dari kitaorang lagi?" Kecewa. Dia sangat kecewa dengan sikap daddynya. Disangkakan baik tetapi rupanya......
"Siapa perempuan tu? TELL ME SIAPA PEREMPUAN TU!!" Jerit Aimi dengan kuat. Seketika dia memandang pula ke arah Puan Aulia yang sedang duduk diam di sisi anak-anaknya. Aimi tersenyum melihat mereka.
"She is that woman, right?..... That woman is my biological mother, daddy." Terdiam mereka semua yang ada di situ. Terutamanya Puan Aulia. Terasa sesak nafasnya sekarang ini.
Rahsia yang disimpanya selama ini akhirnya terbongkar. Dalam satu hari 2 kebenaran yang dibongkarkan.
"MUMMY!" Jerit Natasya dan Nasuha serentak. "Betul ke semua ni mummy?" Dengan nada sedikit kecewa Natasya bertanya.
"Mum......mummy minta maaf" Hanya itu yang mampu dia katakan sekarang ini. Sumpah di benar-benar terkejut.
Amanda, Natasya dan Nasuha masing-masing terdiam. Amanda memandang ke arah Haikal yang sedang memegang tangannya seolah-olah sedang memberikan semangat.
Lama keadaan diam begitu sebelum mereka dikejutkan dengan Natasya yang tiba-tiba bersuara.
"Jadi betul lah apa yang Tasya pernah tengok dalam bilik mummy?" Soal Natasya mampu mengejutkan mereka semua.
"Apa yang Tasya nampak?" SOal Amanda dengan serius. "Bagi tahu semua apa yang Tasya nampak.?"
"Tasya nampak........"
Bersambung
YOU ARE READING
MRS: HAIKAL AIMAN
Любовные романыAMANDA NAFEISYA Mengisahkan tentang hidup seorang wanita bernama AMANDA NAFEISYA yang tinggal berdua bersama ayahnya setelah ditinggalkan oleh ibunya sendiri dan mesra dengan ramai orang tetapi tidak dengan HAIKAL AIMAN... HAIKAL AIMAN Seorang jeja...