Bab 54

307 30 7
                                    

I Iost my mind trying to understand yours.

Keluar saja dari balai polis matanya menangkap wajah tegang Mak Ngah. Perlahan nafasnya ditarik dalam. Jangan takut dengan realiti, Arian.

Tepukan pada bahunya buatkan anak mata Arian mengerling ke sebelah. Taufik. Ya, sejak awal lagi segalanya di bantu oleh Taufik. Bukti penipuan Citra juga berjaya dikumpul dengan bantuan Taufik. Lelaki itu benar benar laksanakan janjinya pada arwah Farraz.

Sekarang Arian rasa dia seperti anak kecil yang perlukan orang dewasa untuk mengatur langkahnya. Bukan kerana dia tak mampu untuk buat keputusan sendiri cuma dia takut. Takut andai kata dia tersilap langkah lagi. Dan andai kata dia terjatuh, siapa yang sudi menghulur tangan membantunya untuk bangun lagi?

Leka dengan mainan minda, sedar tak sedar pipi Arian terasa pijar seketika.

"Makcik!" Taufik tolak tubuh Arian ke belakang. Matanya turun naik memandang tubuh yang tiba tiba saja menampar Arian. Arian ni pun satu, pergi tadah muka tu dah kenapa?

"Diam!" Mak Ngah angkat jari telunjuk di hadapan wajah Taufik buatkan lelaki itu memandang dengan wajah tak puas hati.

"Macam nenek ahli sihir." Selamba Taufik mengomel sambil memeluk tubuh.

"Kau memang anak buah paling tak guna, Arian! Sampai hati kau sumbat sepupu kau sendiri dalam penjara? Kau sedar tak kau tengah rosakkan nama keluarga kita?" Turun naik dada Mak Ngah melepaskan amarah yang terbuku. Tangannya sudah dikepal. Terasa kukunya sudah menghunus ke dalam kulit.

"Sampai hati? Soalan tu patutnya Mak Ngah tanya pada anak kesayangan Mak Ngah tu." Arian picit pelipisnya. Bagaiman lagi dia harus terangkan pada orang tua ini?

"Kau dah mengandungkan dia lepas tu kau sesuka hati pula sumbat dia dalam penjara? Kau dah musnahkan masa depan anak aku, Arian!"

"Saya musnahkan masa depan Citra? Dia yang pilih jalan tu. Saya tak pernah sentuh dia. Kenapa tak tanya pada dia, mana lelaki kelab malam yang mengandungkan dia tu?"

"Bodoh! Kau jangan nak tuduh anak aku yang bukan bukan! Aku kenal dia! Puih!"

Tertutup mata Arian menerima ludah dari Mak Ngah. Taufik di sebelah sudah tercenggang. Buru buru dia keluarkan tisu dari poket sebelum ditarik dan dilap ke wajah Arian.

"Makcik patut terima kenyataan yang anak makcik tu memang layak duduk dekat dalam penjara. Dia tu dah membunuh. Makcik tak tahu kan soal tu?" Taufik berpaling semula sambil matanya memanah tajam wajah tua itu. Suaranya kedengaran dingin dan tegang. Emosinya seakan di pancing. Layanan orang sekeliling tak layak diberi pada Arian. Layanan keji! Sekarang dia mengerti mengapa Farraz sentiasa ada di samping Arian. Sebab Arian tak mampu menentang keluarga sendiri!

"Bunuh?" Mak Ngah berundur setapak bila Taufik maju mendekatinya.

"Ya! Dia yang langgar Farraz! Dia yang fitnah arwah kononnya Farraz dah mengandungkan dia! Dia ugut Arian nak sebarkan perkara ni! Nak tahu apa yang lebih teruk? Dia langgar pula isteri Arian. Dengan harapan Ayra mati!" Taufik tak mampu tahan lagi. Walau dah berkali kali Arian berpesan jangan sesekali buka hal ini di hadapan Mak Ngah tapi apakan daya kesabarannya sudah berada di hujung tanduk.

"A... Apa?" Mak Ngah sentuh dadanya yang terasa sesak. Mulutnya terbuka mencari nafas yang terasa hilang.

"Taufik! Aku dah kata jangan masuk campur!" Tubuh Taufik di tolak menjauhi Mak Ngah. Riak wajahnya sudah pucat bila memandang Mak Ngah yang mengalami kesukaran untuk bernafas. Buru buru langkahnya di buka menghampiri tubuh tua itu.

"Jangan masuk campur? Sampai bila kau nak kena pijak? Kesalahan semua ditala pada kau padahal kau tak pernah salah dalam hal ni! Kau nak makan penumbuk aku ke Arian? Jangan jadi bodoh!" Kolar baju Arian di tarik kasar.

Kerana CintaWhere stories live. Discover now