Bab 2 -MEMA- FM

59 5 0
                                        

"Arghhh! Astaghfirullahalazim!"
Fayyana menjerit sekuat hati akibat terkejut selepas membuka luggagenya.

Mana tak terkejutnya bila buka-buka, terus nampak pakaian dalam lelaki. Dah la bercorak Hello Kitty-confused dia, ni lelaki ke perempuan?

Puan Faridah segera berlari-lari anak menuju ke bilik Fayyana sebaik sahaja mendengar jeritan kuat itu.

Dia membuka pintu dengan cemas lalu meluru ke arah anak perempuannya yang sedang duduk tercongok di hadapan luggage tersebut.

"Ya Allah, adik... kenapa menjerit ni?! Cakaplah dekat mama, kenapa?"
Puan Faridah mengusap lembut belakang anaknya yang masih kaku dalam keadaan terkejut.

"M-ma... tu, ma..." Fayyana menunjuk perlahan ke arah luggagenya.

Ya, kenapa dengan luggage adik tu?" soal Puan Faridah sambil memandang pelik.

"Ma, ni bukan luggage adik la, ma! Cuba mama tengok betul-betul."

Puan Faridah menyelak zip beg tersebut, dahinya mula berkerut.

Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.

"Allahuakbar, adik! Luggage siapa yang adik bawak balik ni?!" serunya, mata membulat.

"Hmm... mana adik tahu? Adik nampak beg tu sebijik macam adik punya, adik ambik je la..." jawab Fayyana, sedikit panik.

Iyalah, dah warna pink, corak Hello Kitty, siap ada riben comel lagi. Mana tak keliru?

Tapi bila diperiksa lebih lanjut... lain macam.
Ada tie, kot, baju pejabat, tali pinggang, dan barang-barang yang langsung bukan milik Fayyana.

"Mama rasa ni beg lelaki la, dik. Tengok ni," kata Puan Faridah sambil menunjukkan tali pinggang dan tie yang terlipat kemas.

"Adik pun rasa macam tu la, Ma... Tapi sekarang ni, macam mana kita nak pulangkan beg ni dekat tuan dia?" Fayyana kelihatan buntu.

"Cuba adik periksa, mungkin ada fail kerja ke, nombor telefon ke..." cadang Puan Faridah.

Fayyana mengangguk dan mula menyelongkar isi beg dengan lebih teliti. Beberapa minit kemudian...

"Ha, Ma! Ni ada fail kerja dia!" jerit Fayyana dengan nada teruja.

"Cuba cari nombor telefon dia, cepat."

Fayyana terus menyelak helaian dalam fail. Tak lama kemudian...

"Ni dia, Ma! Adik dah jumpa nombor dia!"

"Bagus! Call sekarang."

Fayyana mencapai telefon pintarnya dan mendail nombor tersebut.

/Mendail.../

Beberapa saat kemudian, panggilan dijawab.

"Assalamualaikum, ni Tengku Altezza Zayyan ke?" soal Fayyana dengan sopan.

"Waalaikumussalam... hmm?" jawab satu suara garau dan dingin di hujung talian.

"Err... Encik mungkin rasa pelik, tapi saya rasa kita tertukar luggage masa di lapangan terbang tadi."

"Ha? Apa kau merepek ni budak? Aku tak ada masa nak layan benda mengarut," jawab Altezza, seakan mahu menamatkan panggilan.

"Encik! Tunggu kejap! Biar saya terangkan dulu macam mana rupa beg saya."

"Heish... yelah, aku bagi kau lima minit," balasnya, malas.

"Luggage saya warna pink, ada corak Hello Kitty, dan reben dekat tepi zip."

Altezza menoleh ke arah beg yang berada di sudut biliknya. Dia terdiam sejenak.

"...Hm. Betul lah. Ni memang beg kau."

"Pfft-HAHAHAHA!"
Fayyana meletus ketawa sampai terhentak-hentak perut.

Puan Faridah memandang anaknya, hairan. "Kau dah kenapa ketawa sorang-sorang macam kena rasuk ni?"

Altezza di talian pun naik bingung. "Eh, kau ni budak, apa yang lawak sangat tu?"

"Tak percaya je..." kata Fayyana sambil cuba menahan tawa.

"Tak percaya apa pulak?"

"Tak sangka luggage encik... warna pink! Siap Hello Kitty! HAHAHA!"

Sekali lagi Fayyana terguling ketawa. Suaranya menggeletek telinga.

Altezza terdiam. Malu tak bertempat.

"Tu beg adik aku la, budak! Bukan aku punya!" bentaknya, cuba menafikan.

"Hehe, yeke? Macam encik ni slay je. Takpe, saya faham~"
Fayyana mengepit suara dengan nada menggoda, saja menyakat.

"Eish! Budak ni! Aku kata tu beg adik aku!" marah Altezza lagi, suaranya dah naik satu oktav.

"Nyenye nye~ tak percaya~" balas Fayyana, ketawanya masih bersisa.

Altezza senyum sinis. "Entonces haré que me creas."
Talian dimatikan.
("Kalau macam tu, aku akan buat kau percaya.")

Fayyana menggaru kepala.

"Eh, apa dia cakap tadi? Raju? Haa, lantaklah..." Dia mengelap matanya yang berair sebab terlalu kuat gelak.

Beberapa minit kemudian, bunyi enjin kereta kedengaran dari luar.

Fayyana bangun dan mengintai melalui tingkap. Matanya terbeliak.

Sebuah kereta Audi hitam berkilat kini berhenti betul-betul di depan rumah.

"Ma, ada orang datang. Jom turun," ajaknya.

"Siapa tu, Ana?" soal Puan Faridah, terkejut juga.

"Tak tahu la Ma, tak kenal."

Mereka menuruni tangga. Pintu rumah dibuka perlahan. Seorang lelaki kacak bersandar penuh gaya di hadapan kereta mewah itu, sambil bersilang tangan.

Fayyana melangkah perlahan.

"Waalaikumussalam... Encik cari siapa ye?" soalnya dengan nada sarkastik.

Lelaki itu tersedak kecil. Kemudian senyum penuh gaya.

"Haih... takkan kau tak ingat aku kot, sweety," balasnya, tenang.

Fayyana tersentak.

"Encik?! Buat apa dekat sini?! Macam mana encik tahu rumah saya?!"

Altezza senyum psiko, renungannya tajam tapi menggoda.

"It's easy peasy like pea to know your house, cutie."

Fayyana terkedu. Terdiam seribu bahasa.

tbc
peace yoww

maaf jika hambar
keep votingg!!

Author hargai sokongan awak!
(\_/)
( •_•)
( >🧋
nah boba untuk kamu!

MI ENEMIGO, MI AMOR  [og]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang