"Liya dah siap ke belum?"
Kedengaran suara Puan Aleena yang sedang menanyakan anaknya dari dapur"Dah ibu"
Hari ini adalah hari yang mana sepupunya Delila akan menjadi isteri orang. Liyanna hanya memakai jubah yang berwarna hitam berserta shawl yang turut berwarna hitam"Ok semua dah siap, jom"
Mereka semua menaiki kereta Dato' Fakhri atas keputusan Datin Fakhira. Liyanna menyarungkan heels yang berwarna hitam di kakinya dia tersenyum nipis apabila matanya bertembung dengan sepasang mata yang turut melihat kearahnya"Fahim, yang kamu tercegat dekat situ lagi kenapa?"
Fahim tersentak apabila Datin Fakhira memanggil namanya'uh nasib tak perasan yang aku sedang usha anak dara orang'
Tanpa melengahkan masa Fahim terus melangkah masuk kedalam perut kereta sempat dia mengerling ke arah Liyanna yang sedang melangkah masuk kedalam perut kereta Dato' Fakhri.Dia dan Fathi mengambil keputusan untuk menaiki keretanya kerana selepas sahaja habis majlis mereka ingin menuju ke suatu tempat
**
Liyanna melangkah masuk kedalam bilik Delila untuk berjumpa dengan sepupunya sebelum sepupunya sah menjadi isteri orang
"Hai sepupuku!"Delila terus berpaling ke belakang apabila dia mendengar satu suara yang memanggilnya
"Eh Liya"
"Cantiknya sepupu Liyanna Amaira ni"
Liyanna tersenyum melihat sepupunya yang memakai gaun pengantin yang berwarna putih berserta dengan shawl yang turut berwarna putih"Eleh kau pun cantik jugak"
Delila tersenyum nipis kepada Liyanna
"Kau balik KL bila pula Liya?"
"Lusa kot tak pun minggu depan, sebab aku tak ada kelas sampai minggu depan""Ooo"
Sedang mereka rancak berbual tiba-tiba mak ngah datang memanggil mereka untuk turun ke bawah kerana pengantin lelaki sudah pun tiba
"Jom Del tak sabar aku nak tengok kau jadi isteri orang""Hm yelah"
Tanpa melengahkan masa Liyanna berjalan seiring dengan Delila untuk ke bawah. Dari atas lagi Liyanna dapat melihat kelibat bakal suami Delila dari belakang."Tu ke bakal suami kau?"
"Haah"
Entah kenapa bagi Liyanna sosok itu kelihatan tidak asing di pandangannya"We aku nak pergi tandas kejap"
"Kau ni masa ni juga nak pergi tandas"
Delila menjeling kearah sepupunya yang sedang tersengih"Kejap je"
"Yelah"
Tanpa menunggu Liyanna terus melangkah kearah tandas yang terletak di dalam bilik Delila"Haih kenapa aku rasa tak sedap hati eh"
Liyanna memejamkan matanya sambil beristighfarTanpa berlama Liyanna melangkah keluar dari tandas untuk ke bawah namun langkahnya terhenti apabila melihat satu kad jemputan kahwin yang terletak diatas laci yang berada di tepi katil Delila
"T-tak mungkin"Hatinya seakan dihiris apabila melihat nama yang tertera didalam kad kahwin itu
Aiman Mikael
&
Delila NatasyaTubir matanya bergenang apabila melihat nama jejaka yang tertera di situ
"Allah"
Tangannya naik menekup mulutnya agar suaranya tidak kedengaranDia terus melangkah untuk menuju ke bawah namun langkahnya terhenti apabila kedengaran para saksi sudah menyebut sah
"Sampai hati awak buat saya macam ni Mika"Dia hanya melihat bekas teman lelakinya yang sedang menyarungkan cincin di jari Delila
"Patutlah awak beria-ria nak minta putus dengan saya"
Liyanna mengesat air matanya dari mengalir ke pipiDia hanya tercegat disitu sambil memerhati adegan-adegan yang bakal menghiris hatinya
"Semoga awak bahagia dengan pilihan hati awak Mika"
Tanpa menunggu lama dia terus melangkah ke bawah untuk ke ruangan dapur, tidak sanggup lagi untuk melihat aksi-aksi pasangan ituTanpa dia sedari, dari tadi lagi ada sepasang mata yang berada di ruang tamu sedang memerhati gelagatnya
"You deserve a better Liyanna Amaira"HAI2 SORRY BUAT KORANG LAMA MENUNGGU🙌🏻
VOTES AND COMMENT YE💅🏻
![](https://img.wattpad.com/cover/358388443-288-k832964.jpg)
YOU ARE READING
Fahim:Attractive Husband [Revamp]
Ficção Geral[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] Start-18/12/2023 End-16/9/2024