Bab 55

355 32 15
                                    

Normalize not forcing connections. if someone can't see the value in having you by their side, don't try to convince them.

Sekali.

Dua kali.

Masuk kali ketiga menoleh ke arah yang sama, Ayra lepaskan keluhan kecil. Ni dah kenapa muka masing masing macam tapai basi? Dia yang sakit ni rasa nak koma pula bila tengok muka semua orang yang datang seolah olah kehabisan stok senyuman. Dah lah dalam tempoh seminggu hanya Ummi yang melawatnya. Arian hilang entah ke mana. Setelah seminggu baru datang jenguk dia. Katanya nak selesaikan kes Citra namun jangka masa yang diambil terlalu lama buatkan dia ragu ragu.

Arian di penjuru kanan bilik sejak tadi tunduk memandang telefon. Taufik pula duduk di sofa sambil merenung tajam luar tingkap. Nawra di sebelahnya...

Hm, ni lagi sorang. Sejak tadi duk membebel tak jelas dengan kandungannya.

"Nawra..." Ayra tundukkan sedikit tubuh mendekati telinga Nawra.

Nawra jongket kening.

"Arian dengan Taufik tu... Kenapa?" Terluah jua soalan itu dari bibir Ayra. Bukan apa sejak dua lelaki itu masuk ke biliknya, dia dapat rasakan aura tegang antara dua lelaki itu.

"Entah. Tanyalah husband you sendiri." Nawra mendengus kasar. Sakit hati juga dia bila dengar 'laporan' dari Taufik. Mujur saja dia sedang mengandung. Kalau tak, dah lama dia sepak terajang Arian tu biar sedar sikit.

Ayra mengeluh. Tak membantu langsung. "Arian..."

"Yes, lifeline." Arian mendonggak memandang isterinya di atas katil.

"Sakit kat mana?" Buka langkah Arian mendekati Ayra yang berkerut kerut memandangnya.

"Tak sakit." Ayra menggeleng. Sekilas dia mengerling ke arah pasangan suami isteri yang ada di dalam bilik tidurnya. Hubungannya dengan Arian? Entahlah nak kata dah pulih, tak juga. Nak kata masih keruh pun tak juga. Hubungan mereka mendatar. Ada komunikasi dua hala yang wujud antara mereka. Masing masing cuba memulihkan hubungan ini. Ayra dengan caranya. Dan Arian... Entahlah, lelaki itu banyak mendiamkan diri.

Nafas ditarik. "Awak bergaduh ke dengan Taufik?"

Bam!

Terhinggut bahu Ayra dan Nawra. Semua mata berpaling memandang Taufik yang menghentak kasar cawan di tangannya. Bergema seisi bilik.

"Terkejut baby..." Serentak Ayra dan Nawra usap perut masing masing. Nawra sudah menjeling tajam suaminya. Nak marah pun bertempat lah! Terberanak kat sini kang!

"Sorry, wife. Sorry, Ayra. I keluar sekejap tau, wife. Bilik ni rasa bahang lagi lagi ada orang keras kepala kat sini." Taufik bangun dari duduk.

Ayra kerutkan kening tak mengerti dengan tingkah orang orang yang hadir hari ini. "Awak dengan Taufik bergaduh ke?"

Arian buang keluhan. Nawra pasang riak jengkel. "I nak pujuk husband I. Mesti dia penat nasihatkan orang tak reti pakai otak elok elok."

Walau tak mengerti Ayra tetap mengangguk menghantar pemergian Nawra. Hilang saja tubuh itu di balik pintu, Ayra kalih pandangan pada Arian yang juga berura ura hendak keluar. Segera pergelangan tangan itu ditarik sedikit kuat.

Arian berpaling dengan kerutan. Tangan Ayra yang mencengkam ditolak lembut sebelum dia tarik nafas panjang.

"Tangan awak berbalut. Kenapa?" Kening Ayra berkerut. Bukannya dia tak rasakan ada balutan kain kasa nipis di tangan itu.

"Tak ada apa."

"Jangan tipu saya lagi."

"I can't hold myself from doing that."

Kerana CintaWhere stories live. Discover now