⚠️Triggered Warning : Sexual Assaults (read at your own risk)
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Fathiya merenung skrin gelap telefon pintarnya serta langit yang berwarna jingga itu silih berganti.
Entah apa yang membuatkan urusan Zakwan begitu lama di sini. Seingatnya sewaktu berbual dalam telefon dengan Zakwan tempoh hari, lelaki tersebut tidaklah pula mengatakan urusan pentingnya di sini mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Oleh hal itu, Fathiya langsung memberikan kata putus untuk mengikuti lelaki itu.
Al - maklumlah, hotel lima bintang. Kalau ditolak, Bila lagi dia mahu merasai peluang seperti ini?
Namun tak disangka lain pula ceritanya kini. Hampir beberapa jam masa dibuang begitu sahaja dalam ruangan bilik hotel semata - mata untuk menanti kedatangan Zakwan kembali. Katanya bilik jenis hari yang disewa tetapi yang menjadi persoalan dalam diri Fathiya apabila batang hidung Zakwan masih tidak lagi kelihatan meskipun langit sudah mulai bertukar wajah.
Panggilan telefon tak usah dikata. Hampir lenguh tangan Fathiya mendail nombor telefon Zakwan. Sayangnya, panggilan yang dibuat hanya sampai ke peti simpanan suara. Putus asa juga dia.
Dan begitulah cerita Fathiya. Sudahnya, dia hanya terus mengelamun dan mengelamun. Mengisi masa melihat pemandangan kawasan hotel yang kini mula diterangi dengan cahaya kekuningan daripada lampu jalan.
Dalam tak sedar, ada satu tangan entah dari mana tiba - tiba elok melingkar pada pinggang ramping Fathiya. Tersentak dia dibuatnya di situ. Kejung seketika. Otak terasa kosong.Tak pernah lagi berada dalam situasi seperti ini. Walaupun dia dan Zakwan bergelar pasangan kekasih, paling teruk pun mereka hanya sekadar berpegangan tangan. Tak lebih daripada itu yang berani dilakukan.
"Zakwan... awak ke tu?" Fathiya memberanikan diri bertanya.
Senyap. Tiada respons diberi. Menguatkan lagi keyakinan Fathiya bahawa tangan yang sedang mendakap tubuhnya itu bukan Zakwan.
Fathiya teguk liur sendiri. Bahunya sebaliknya memberat layaknya seperti ada sesuatu yang sedang berlabuh di situ. Genggaman pada tangan kanannya dikuatkan. Rasa takut kian menjalar dalam diri.
Satu hembusan panas terasa. Fathiya tak fikir panjang selepas itu. Pantas tangannya naik menyiku bahagian perut gerangan yang sesuka hati memeluknya tanpa sebarang amaran.
Langkah dibuka seribu. Tas tangan yang berada di atas katil dicapai segera. Melihat lelaki asing itu masih menunduk menahan perit, Fathiya menggunakan kesempatan yang ada untuk segera beredar dari situ.
Tombol pintu bilik dipulas. Naik berkerut dahinya apabila mendapati usahanya percuma menemui jalan buntu. Sesekali dikerling dengan ekor mata keadaan lelaki tadi. Tangannya pula masih gigih memulas tombol pintu tetapi terhenti apabila ada satu suara yang menegurnya.
"Sweetheart, don't you know that without the acsess card you can't go anywhere?"
Perlahan - lahan Fathiya memalingkan tubuhnya menghadap lelaki tersebut. Teguran tadi menyedarkan Fathiya yang pintu itu menggunakan kad akses itu keluar masuk. Namun, soal kad bukan menjadi keutamaan pada dirinya tika ini.
Dia tak pekak bukan? Panggilan yang lelaki itu gunakan terhadapnya.
Sweetheart? Eh sekejap, bila masa dia menjadi suri hati kepada lelaki ini?!
Mata Fathiya kini galak merenung lelaki yang berdiri tak sampai sekaki darinya sebelum turun ke bahagian perut lelaki itu.
Agak - agak perbuatannya tadi akan meninggalkan sebarang kesan lebam atau tidak? Dia mengimbas kembali waktu semasa dia menyiku perut lelaki itu.
YOU ARE READING
Wafiq's
RomanceThe Crimson Series Volume One Fathiya Rasyakeen. Hidupnya yang hampir serba serbi sempurna itu teruji apabila Zakwan bertindak serahkannya kepada seorang lelaki secara tiba - tiba pada hari istimewa mereka. Lelaki itu, Tengku Wafiq Nufail. Jejaka ya...