"Macam mana lah aku boleh lupa bawak baju ni?" Gumam hayfa sendiri. Dia baru saja selesai mandi mahu keluar dia malu dengan berkembannya di sebabkan lupa bawak baju.
Aku buka pintu mengintai kiri kanan atas katil juga sudah tiada orang. Aku keluar perlahan-lahan lalu pergi mengambil baju untuk di pakai. Aku bukak wordrobe mengambil pakaian pusing saja belakang.
"Sayang..buat apa ni?" Tanya hawwas sambil memandang hayfa.
"Aa..awak bila masa awak masuk?" Tanya hayfa dengan nada terkejut tiba-tiba saja ada di dalam bilik.
"Dah lama dari sayang masuk bilik air sampai lah sayang keluar bilik air siap dapat tayangan percuma." Aku pandang hawwas dia pandang aku atas bawah. Aku baru perasan yang sekarang aku sedang berkemban di hadapan dia nasih pakai kain batik tidak lah terlalu singkat nampak peha.
Aku dengan gelabahnya lari masuk kedalam bilik air. Hawwas memandang hayfa berlari masuk ke dalam bilik air lalu hawwas mengelengkan kepala.
"Comel." Gumam hawwas.
"Malunya aku.Tadi aku tengok tak ada pun dia dekat dalam bilik tiba-tiba ja ada." Aku menepuk-nepuk pipi ku malu punya pasal.
"Dah siap?" Tanya hawwas sambil memakai jam berjenama tomas dia pergelangan tangan kiri.
"Belum." Sepatah sahaja yang keluar dari mulut hayfa di sebabkan dia sedang ralik memakai tudung.
Hawwas memandang hayfa. " Mari sini aku tolongkan. Lain kali kalau nak minta tolong tu cakap ni tidak membebel sorang-sorang."
"Hm,mana ada membebel sorang-sorang pin tudung ni yang mengada tak nak berkerja sama." Jawab hayfa dengan riak monyotnya.
Hayfa pandang saja wajah kacak hawwas rambut kemas,kening terbentuk elok,hidung mancung,kalau senyum ada lesung pipit.Hawwas yang sedang membetulkan tudung hayfa bukan tidak perasan isteri dia ni duk lirik setiap inci wajahnya.
Hensemnya suami aku ni dalam kasar ada lembut minat betul. "Dah siap." Kata hawwas. Aku memandang cermin lihat hasil kerja hawwas cantik kemas.
"Dah turun pun pengantin baru kita ni ingatkan tak nak turun dah." Usik paksu hayfa.
"Amboi paksu kalau usik hayfa tu paksu lah orangnya kan. Ummi walid hayfa dengan hawwas gerak dulu ye." Aku dan hawwas menyalam semua yang ada di ruang tamu.
"Tak tunggu makan tengah hari dulu ka?" Tanya puan suraya.
"Tak pa lah ummi lagi pun ada barang nak kena ambik dekat butik sat lagi tutup pulak butik." Jawab hawwas sambil memegang bag pakaian hayfa.
"Kalau macam tu tak pa lah hati-hati nah memandu tu." Kata Encik hariz.
"Sila masuk puan fadwa." Hawwas macam biasa di layan seperti permaisuri dia bukakan pintu untuk aku.
"Thank you, abe faqih." Jawab aku sambil mengeyit mata. Hawwas terus memandang tempat lain.
"Ya allah kuatkan lah iman aku. Dia main kenyit mata pula ada yang kena makan sat lagi." Gumam hawwas sambil mengorak langkah masuk kedalam perut kereta.
"Awak kata tadi kita kena pergi butikkan? Buat apa?"
"Oh ya...tadi mama call dia suruh kita ambil baju bersanding esok." Jawab hawwas sambil saling berpandangan satu sama lain.
"Okay. Errmm...hawwas kita tak kenal satu sama lain jadi..."
"Tak apa...kita kenal satu sama lain sama-sama ye. Kalau dalam hati ada terlintas kenapa secara tiba-tiba aku meminang kau jadi kan kau isteri aku yang tu suatu hari nanti aku ceritakan but bukan sekarang." Kata hawwas sambil memengang tangan ku.
YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomanceDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...