Jun menutup matanya sambil menadahkan kedua tangannya. Seokmin di sebelah sudah hairan akan perlakuan jejaka itu.
"Apa yang kau doa tu , Junnie Hyung?" Soal Seokmin.
"Aku doa supaya aku dan group aku tak dapat soalan mengarut. Contohnya , salah satu faktor kenapa Cikgu Myungsoo jadi cikgu dan bukannya jadi askar." Ujarnya selamba.
Cikgy Myungsoo yang terdengar perbualan mereka seraya mendekati Jun. "Nyet , kau fikir aku tak dengar ko kata apa? Sini aku piat telinga ko!" Dia kemudiannya memulas telinga Jun pula.
Mingyu dan Seungkwan hanya tersengih jahat. Goodluck kau lah bang kena piat telinga dengan sir.
"HADEH , SAKITLAH CIKGUUU!!" Laung Jun kesakitan.
Sir Kai hanya menggeleng. Baru setengah hari berkenalan , banyak drama dia dah tengok. Belum hari terakhir nanti , mesti tersedu - sedan mereka.
"Okay ,dah. Penat aku tengok drama korang semua ni. Group akan terbahagi kepada tiga dan saya akan tentukan ahlinya." Arah Sir Kai.
"Dan diingatkan kepada semua , untuk membentangkan tajuk dengan bersungguh - sungguh ye. Due date malam ni pukul 8 , so korang akan ada masa sampai sebelum pukul 8 untuk bincang macam mana untuk present. Pemenang akan diumumkan pada hari terakhir kem. Shh , syarat nak menang , kena random tu je hihi."
Dia pantas mengira ahli. "Group mangkuk , Seungcheol , wonwoo , Hansol dan junnie." Mereka yang disebut lantas membentuk barisan. Seungcheol sudah menggulingkan matanya apabila diberi nama group mangkuk. Tahulah rambutnya seperti mangkuk. Rambut Seokmin yang macam penyapu itu tidak dimention pulak.
"Group mangkuk , mana ketua?" Soal cikgu Myungsoo. Hansol, junnie sudah menolak badan Seungcheol menyebabkan dia tergerak ke hadapan.
"Ok, kau ketua kepada group mangkuk." Seungcheol sudah memandang dengan pandangan siaplah-korang-nanti-aku-kerjakan-korang. Mereka hanya menatap pada tempat lain seakan tidak nampak akan jelingan tajam Seungcheol itu.
Chan yang di sebelah sudah bersorak keriangan kerana tidak satu kumpulan dengan Seungcheol. "Yes huhu ,Kalini aku tak 1 team dgn Cheol Hyung! Kalau tak , asyik nak mengarah aku je." Ujarnya.
"Group penyapu , Seokmin , Seungkwan, Soonyoung, Mingyu dan Jisoo. " Seungcheol tergelak saat dia mendengar nama group itu. Ditutup mulutnya saat dia hampir meletus ketika memikirkannya.
Penyapu = dokyeom.
Mereka yang dipanggil turut membuat barisan baharu. Seungkwan yang melihat Soonyoung itu menyuruh jejaka itu berbaris di hadapan namun jejaka itu menolak membuatkan bibir Soonyoung ternaik.
Eh dorang ni sepak jugak karang.
"Yang berbaki , group Dora! Okay tu jeh pembahagian group." Sir Kai menunjukkan thumbs up kepada mereka.
"Kenapa kitaorang group Dora , cikgu?" Jihoon menggigit biskut yang tersorok dalam poketnya sambil matanya tekun memandang sir Kai.
"Sebab rambut jeonghan kau panjang macam Dora. Nak aja aku potong rambut tu!" Sejurus sir kai membalas , dia ingin mendekati Jeonghan untuk memotong rambutnya. Kebetulan ditangannnya ada gunting. Nasib dia dihalang oleh sir Baekhyun. Kalau tidak , mampus botak jeonghan jadinya.
Jeonghan tersengih. "Hehehehe , balik nanti saya potong." Selorohnya sambil menggayakan peace.
Sir Kai membuat isyarat tangan yang bermaksud kalau-kau-tak-potong-rambut-kau-botak-aku-kerjakan!
"Nah , Seungcheol tolong ambil satu." Arah sir Baekhyun sambil menghulurkan kotak kepada Seungcheol.
Seungcheol pantas mengambil secara rawak sebelum dia mengambil. Dengan gerak yang perlahan , dia mula membaca.
"Apa beza green tea dengan matcha?" kepala Wonwoo terteleng senget saat dia membaca kertas yang berada di tangan Seungcheol.
Apa kejadahnya tanya soalan green tea dengan matcha?
Kalau macam tu pun , Wonwoo tak tahu.
Wonwoo berkalih memandang ke arah Mingyu. "Min , kau tahu tak apa beza green tea dengan matcha?" Soalnya dengan keadaan berbisik.
Mingyu mengangkat bahu. "Kau tanya aku , mana aku tahu. Kau kan ada ipong kau tu. Search lah anjir." Arahnya sambil menuding ke arah telefon Wonwoo di tangan.
"Hehe." Mingyu hanya menjeling. Hm , memang patut pakai cermin mata. Teknologi depan mata tak nak guna.
.
"WEI , AKU NAK CABUT JUGAK" Kedengaran suara bingit menyebabkan perhatian beralih kepada mereka.
"AH TAKDE TAKDE , AKU!!" Jerit Seungkwan sambil merebutkan kotak kecil dengan Dokyeom. Sir Baekhyun , Mingyu serta Jisoo yang tidak jauh dari situ hanya menepuk dahi melihat kerenah mereka bertiga.
"WOIT , AKU LAH YANG CABUT ! AKU KAN KETUA." Soonyoung merampas kotak kecil dari pegangan mereka berdua sebelum-
"Sebelum aku ketuk korang bertiga , duduk diam!" Sir Myungsoo mengugut mereka bertiga tatkala kotak kecil itu berada dalam dakapan Sir Myungsoo.
Dia mengorak langkah menuju ke arah Jisoo sebelum dia memberi kotak kecil. "Nah , cabut untuk kumpulan kau." Katanya.
Jisoo menutup matanya. Dia menggaul isi di dalam kotak sebelum dia memutuskan untuk mengambil satu kertas. Dengan yakin dia membuka sambil ditemani oleh Mingyu.
"Kenapa cinta itu buta ?"
"Wah , aku suka topik ni!" Soonyoung terloncat - loncat sebelum menghampiri Jisoo serta Mingyu sambil derap langkahnya diikuti oleh Seokmin dan Seungkwan.
"Kenapa , kau pernah couple ke?" Mingyu tersenyum hairan saat menatap wajah Soonyoung.
"Kau pernah dengar tak dekat sekolah kita , pakar cinta yang terpaling pakar ? Aku lah tu , doktor pakar cinta Hoshi." Dengan bangganya Soonyoung berkata sambil meletakkan cermin mata hitam pada kedudukan matanya. Kening dinaikkan tanda ingin show off.
"Hoshi , kau tahu tak kau dengan sekolah kitaorang lain ...?" Seokmin dan Seungkwan serentak menghampiri Soonyoung dengan kadar perlahan sehingga menakutkan Soonyoung akibat perubahan mendadak mereka. Iyalah bukan man helok tadi bercakap , ni tiba - tiba mata tak berkelip , mana tak dia takut.
" Kau kan Rose Quartz Highschool , kami Serenity Highschool. Do you got it , Ho..shi?" Jisoo turut memainkan peranan dalam menakutkan Soonyoung yang sudah menelan air liur itu.
"WOI , SORRY WOI JANGANLAH BUAT MUKA CAMTU, NGERI !!!!" Ucap Soonyoung sebelum dia mencabut lari meninggalkan mereka bertiga. Nasib dia tidak ada penyakit kronik , mahu tak dia pengsan pada saat itu juga.
.
Dalam pada yang sama , kumpulan yang terakhir iaitu kumpulan Dora pun turut mengambil tajuk untuk mereka bentangkan malam nanti.
"kenapa orang tak minat kepada sejarah dan matematik?"
Minghao berkerut dahi memandang Sir Baekhyun. "Serious lah , sir ?"
"Tak , ini namanya survey sebab dekat sekolah aku ramai bebudaknya tak faham math dengan sejarah. Tak faham aku. Lagi - lagi si hoshi tu , asal kelas math aku je , ngantuk." Ujarnya sambil bibir dijuihkan pada Soonyoung yang sedang bergelak tawa.
Soonyoung yang seakan mendengar dia sedang diumpat seraya mengangkat langkah berlari ke arah sir Baekhyun. "Sir jangan bukak aib saya!!"
"Welp , tak dapat , tak dapat." Saja Sir Baekhyun mengenakan Soonyoung.
YOU ARE READING
𝗕𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁
Humorseventeen - persahabatan yang terjalin oleh 13 sahabat yang masih berada di alam persekolahan. Melalui perkhemahan inilah , mereka mula mengenal erti persahabatan yang sebenar. "Janji pada aku walaupun kita sudah berpisah di hari terakhir kem ini...