Kini di hadapan BC's Corp, seorang perempuan yang anggun nan cute turun dari keretanya dan bergegas ke lobi utama syarikat tersebut.
"Ni kan company cucu nenek. "Dia ingat aku lagi ke?"
Untuk mengelakkan pemikirannya yang bukan-bukan, Freen terus menuju ke meja reception. Freen mengenalkan dirinya dan terus di hantar tingkat 8 untuk bertemu dengan Irin.
Pintu bilik Irin diketuk dan mereka dijemput masuk oleh Irin. Pintu Irin dibuka karyawan tersebut. "Cik Irin, saya bawak cik Freen. Dia dah sampai." Irin hanya mengangguk dan menjemput Freen untuk duduk.
"Awak Freen kan. Apa khabar. Sihat?" Ucap Irin lalu melihat ke arah Freen sambil tersenyum.
"Emm, saya sihat Cik Irin. Btw saya dah boleh mula kerja ke cik Irin?"
"Belum lagi sebab boss bagitahu dia suruh saya bawa awak jumpa dia dulu di bilik dia. Nanti dia sendiri yang akan bagitahu detail tentang kerja awak." Ucap Irin yang bangun dari duduknya dan membetulkan pakaiannya.
"Jom Freen, kita jumpa boss."
"Baik cik Irin." Freen terus bangun dari duduknya dan mengambil beg laptopnya.
"Panggil Irin je Freen. Tak payah formal sangat dengan saya. Kaku." Irin senyum lalu membuka pintu biliknya. Mereka bergegas ke ruangan Becky yang berada di hujung. Irin mengetuk pintu bilik Becky dan terus masuk ke bilik tersebut setelah diizinkan oleh Becky.
"Boss, saya bawa Freen macam yang boss suruh." Irin masuk bersama Freen dan melihat Becky yang sedang fokus menaip di komputernya. Setelah itu, Becky yang mendengar terus mengangkat mukanya dan bergerak untuk duduk di sofa dalam biliknya dan mempersilakan Freen untuk duduk. Irin pula meminta diri untuk pergi ke Cafe milik Becky.
"So, awaklah Freen yang nenek saya selalu cerita tu. Jiran di sebelah rumah dia. Betul?" Becky melihat Freen yang duduk di sofa di sebelahnya.
"Betul boss. Dan nenek suruh bagitahu boss, nanti rajin-rajin balik." Balas Freen dengan senyuman sambil merenung mata bossnya itu.
"Ye la. Baiklah. Memandangkan semua department dah penuh, saya rasa awak boleh jadi PA kedua saya. Tugas awak sama dengan Irin. Cuma Irin dia akan banyak urus cafe saya. Jadi awak akan urus client-client company ni dengan saya. Boleh?" Becky menerengkannya dengan panjang lebar dan diangguk faham oleh Freen.
"Boleh boss. Bila saya boleh start kerja ya?" Soal Freen.
"Awak boleh mu.." Belum sempat Becky habis bercakap, pintu biliknya dibuka dari luar.
"Haii boss, boleh saya masuk?" Neo mengadahkan kepalanya dipintu bilik Becky.
"Datang dah pakcik tua ni. Masuk la ayah. Kenalkan ni..." Becky melihat ayahnya lalu ingin memperkenalkan Freen namun dicelah oleh ayahnya.
"Haii Freen. Lama tak jumpa. Freen sihat? Ingat uncle lagi?" Tanya Neo lalu duduk di sebelah Becky.
" Haii uncle, saya sihat. Saya still ingat uncle." Balas Freen sambil melemparkan senyumannya.
Becky hanya melihat ayahnya dan Freen bertegur sapa tanpa mencelah.
"Kalau macam tu, jom pergi makan Bec. Bawa Freen sekali. Alang-alang dah waktu lunch and dia pon ada dekat sini."
"Awal lagilah ayah. Becky banyak kerja sekarang." Balas Becky dengan muka malasnya.
"Kerja tu tak akan habis Bec. Jom sekali sekala makan awal. Kamu tu kalau tak paksa, akan terus skip makan. At last, you will be sick again. So, jom." Neo melihat anaknya lalu melihat Freen tanda ajakannya.
"Tapi uncle, boss saya tak izinkan lagi. So, tak apa saya tak ikut. Uncle pergilah dengan boss." Balas Freen. Becky yang mendengar terus bangun dari duduknya dan membenarkan rambutnya lalu mengambil phonenya di atas meja kerja.
"Jom, Bec dah lapar. Bawalah Freen sekali. Saya tunggu kat luar tuan Neo." Becky terus keluar dan menunggu Neo dan Freen di hadapan lift. Neo hanya tersenyum dan mengajak Freen untuk mengikutinya. Mereka terus menuju ke arah lift dan bergerak bersama-sama menuju restoran.
TBC
Please vote dan komen untuk Min tau you guys suka tak dengan cerita min setakat ni. Baru semangat sikit nak terus tulis. Jangan risau, dah tak lama Becky and Freen nak rapat.
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanficKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...