⚠HANYA PROLOG SAHAJA⚠
Selebihnya akan di publish selepas tamat Hajatmu...
-
-
-
-
-
"Papa! Mama! Awish tak shabar mau naik apal erbang tuh!"
Jari si budak kecik molek itu dihalakan pada kapal terbang yang akan dinaiki nanti. Damia Ell dan Ungku Ummar Yud hanya tersenyum ria pada anak pertama mereka yang tidak sabar untuk ke Dubai, Ungku Darwish Yud.
"Mama pun tak sabar sangat nak jumpa aunty Hannah dekat sana, Darwish rindu tak dekat aunty Hannah?"
"Awish, rindu shangat shangat!"
Jawab pelatnya kepada ibu kesayangannya yang sedang dalam kandungan anak keduanya nanti. Baru 3 bulan lepas mendapat berita tentang kewujudan bayi tersebut, dengan gembira dan yakin mereka membuatkan mereka sudah pasti itu akan menjadi anak perempuannya. Nama yang diberi, Dania.
"Nanti kita dah sampai nanti, aunty Hannah ade surprise untuk Darwish nanti tau."
"Ye ko, papa!? Ahdiah wuntuk 'babi' girl tu ada!?"
Tersedak orang di sekelilingi mendengar persoalan pelat si Darwish. Dah lah dalam Airport masa tu, di sekeliling oleh orang ramai sedang menoleh pandangan ke arah mereka bertiga, sedangkan Darwish meyakini soalannya.
"E-eh? Bukan babi sayang, tapi baby"
Ungku Ummar yang menegur anaknya itu pun berasa malu dengan orang sekelilingnya, termasuklah Damia itu. Mereka sendiri hampir kemerahan muka dan hendak menutup muka mereka itu.
"Ooo, shalah ke? Corry, papa!"
--
"Good morning, ladies and gentlemen. This is your captain speaking, Captain Ahmad Nusa. I want to extend a warm welcome to everyone on board Flight A380 inbound to Kuala Lumpur. We are currently cruising at an altitude of 35,000 feet and an air speed of 400 miles per hour."
Suara di speaker kapal terbang sudah berbunyi, sepertinya sudah hampir bertolak ke destinasi mereka.Mereka mengambil first class seat dan tidak ramai juga yang ada di bahagian seat itu.
"Abang, sayang nervous lah."
Tangan suamainya di capai dan digenggam kuat.
"Jangan risau, inshaallah takkan apa-apa. Sayang jangan risau ye?"
"Mama! Papa! Awish nak beyak!"
"Ya Allah, Darwish jom ikut mama."
Damia terus menarik lembut lengan Darwish yang sudah terlompat-lompat tidak tahan itu terus ke tandas. Ungku Ummar hanya menahan tawanya daripada perangai anaknya itu dan sambil menikmati pemandangan di luar tingkap sebelahnya.
"The time is now 10:15 a.m. and the weather outside looks mighty fine- BANG! -what was that!?"
Kedengaran bunyi pistol yang ditembak dan jeritan panik orang ramai dari class belakang membuatkan seluruh kapal terbang terpinga-pinga apa yang terjadi.
Ungku Ummar bergegas bangun dari duduknya dan bergerak ke belakang melihat pada yang terjadi.
"Mama, tadi an shekat shekolah baru Awish an, ada tv! Pastu an mama, Awish nampak shekat shekolah baru Awish tu ada auaium ishkan!" (Mama, tadi kan dekat sekolah baru Awish kan, ada tv! Pastu kan mama, Awish nampak dekat sekolah baru Awish tu ada aquarium ikan!)
YOU ARE READING
Takdir Lama Kini Kembali (PS)
Romance(PROLOG SHJ: Selebihnya selepas tamat Hajatmu...) ||Damia Ell x Fathur Areas|| "Mama! Mama!!" Kedengaran suara arwah anak lelakinya di dalam kepala, Damia Ell terkaku di birai katil hospital-nya tidak berkata apa pun. Setelah kemalangan peristiwa ma...