Bab 17

221 13 0
                                    

"AL."

"Hm?"

"Kau pernah terfikir nak kahwin tak lepas apa yang jadi dekat kau dulu?" Soalan tersebut membantutkan niat Alissa untuk meneruskan suapan. Dia dongakkan kepala. Pandangan yang tadi tearah kepada skrin telefon, gara-gara sedang melihat K-Drama, mula terarah kepada Haania.

"Randomnya soalan..." Kunyahan di mulut ditelan. Dia berfikir sejenak lantas kedua-dua bahu dijongketkan.

"Entah, tapi aku rasa buat masa sekarang, tak kut."

"Kau tak trauma ke?" Pada pandangan matanya, Alisya nampak santai sekali, seolah-olah kejadian yang satu itu tidak pernah dia lalui.

"Sikit la, nak cakap tak tu macam bohong sangat sebab aku dengan dia dah lama kenal kan? Tapi itulah, mungkin dia bukan jodoh aku, sebab itu boleh jadi macam tu. Tapi apa-apa pun, aku tetap bersyukur sebab Tuhan tunjukkan dekat aku perangai sebenar dia sebelum kami kahwin. Kalau aku dapat tahu selama ini dia curang lepas kami dah kahwin, tak ke naya?" Tidak dinafikan hatinya masih lagi bengkak memikirkan perihal bekas tunangnya itu, tetapi dalam masa yang sama, dia tidak terasa seperti mahu menangis. Numb.

Haania hanya memberikan anggukan sebagai respons. Nasi di dalam pinggan itu dikuis buat beberapa kali. Permintaan Khalish sebulan yang lepas, masih lagi berlegar di dalam kepala.

Ya, sebulan yang lepas telah pun berlalu, dan tidak pernah sehari pun dia tidak melakukan solat Istikharah. Dia seperti sudah mendapat jawapannya, tetapi diri tetap mempertikaikan. Alisya yang melihat tingkah laku Haania itu, mula pelik.

"Kenapa? Ada apa-apa jadi dekat kau ke?" tebaknya. Haania sekadar menggelengkan sahaja kepalanya.

"Tak payah nak kelentong aku la Nia. Kenapa? Kau nak kahwin ke?" tebak Alisya lagi dan Haania sekadar ketawa.

"Digelaknya pulak soalan kita..."

"Orang macam aku ni kan, Al, layak ke nak berkahwin?" Itu yang menjadi penghalang. Layakkan insan seperti dia yang tak pernah kenal erti cinta untuk masuk ke dalam dunia perkahwinan?

"Kenapa kau rasa macam tu?"

"Sebab aku tak pernah tahu erti jatuh cinta..."

"Itu tak bermakna kau tak layak untuk jatuh cinta dan kahwin dengan orang yang kau suka. Macam ni la Nia, mungkin kau tak faham apa itu erti jatuh cinta tapi kau kena tahu, once kau sedar yang hati kau dah mula jatuh dekat orang, itu tak bermakna kau bole terus invalidate perasaan kau. No, whatever you are feeling right now, it's valid." Ayat Alisya jeda di situ. Seraut wajah Haania dipandang.

"Khalish ajak kau kahwin ke?"

"Hah?" Haania tersentak. Terkejut dengan tebakan Alisya yang sudah tentu mengena tepat ke sasaran. Melihatkan wajah terkejut Haania itu, Alisya melepaskan tawanya.

"Kalau dah terkejut macam tu betul la. Bila dia lamar kau? Dalam diam eh kau? Aku rasa dah dekat sebulan aku tak dengar pasal dia. Kenapa? Dia bagi kau masa untuk berfikir eh?"

Alisya ni ada kepakaran untuk membaca minda seseorang ke? Setiap tekaannya itu semua betul masalahnya!

"Bulan lepas..." jawab Haania. Malas mahu berdalih lagi.

"Kau suka dia?" Serkap Alisya, membuatkan Haania tergemap. Entah mengapa soalan itu bagaikan susah sekali untuk dia berikan jawapan.

"Kalau confuse, buat solat Istikharah, Nia. Itu je solusi yang kau ada. Serahkan semuanya kepada Allah." Seperti ibu, nasihat Alisya ternyata sama.

"Aku dah buat, dari bulan lepas lagi."

"Then? Dah dapat jawapan?"

"Aku, tak tahu..."

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now