9 | JUTAWAN

8 2 0
                                    

"Iman—awak—"

   "Ya?" Iman panggung wajah. Menghadap Mira yang mengurut pelipis. Tangan Mira lagi sebelah dicekak pada pinggang. "Tak ada apa," balas Mira. Dia kerling Aqil dan Hero yang memenuhi ruang kecil tandas flat miliknya ini.

   Keluhan kecil dilepaskan oleh Mira. Sangkanya, dia jemput Iman sahaja. Dia sendiri pun tak tahu Aqil dan Hero turut dijemput.

   Tak—mereka tak dijemput pun. Nafas berat dilepaskan. Leher yang tak gatal digaru Mira.

   Iman alihkan pandangannya semula. Kembali pada kerja yang tertunggak tadi.

   Dengan selamba badaknya, Iman tolak masuk plumber ke dalam lubang jamban. Bila ia dikedap dengan baik, dia tarik kuat. Sehinggakan air mangkuk tandas itu terpecik kepada dia dan Aqil yang berada di sisi jamban.

   Terus jeritan nyaring seperti perempuan bergema. Hampir sahaja ia memecahkan gegendang telinga mereka semua.

   "Iman!!!" Meleret panjang Aqil menjerit namanya. Bahu lebar Iman ditamparnya sekali. Usai itu, badan Aqil mengeliang-ngeliut.

   Geli.

   Walaupun dia lengkap memakai gogal, mask dan sarung tangan getah yang panjang... warna merah jambu, dia lupa nak pakai sarung kepala.

   "Habis kena rambut aku..." rengek Aqil. Dia mencebik. Terus mengorak langkah ke sinki. Pili air dibuka sebelum direnjis-renjis air pada rambutnya. "Berejam aku siap," omelnya sendiri. "Rosak dah!"

   Mira yang bersandar tepi pintu menekup mulut. Tahan gelak.

   "Sambung, sambung," bisik Hero kepada Iman. Mereka berdua langsung tidak hiraukan kegedikan Aqil. Fokus kembali kepada tutorial di YouTube bagaiman mahu 'unclog the toilet'.

   Iman tahu bagaimana mahu perbaiki tandas, tapi dia tak tahu cara yang betul.

   Maksudnya, dia cuba try and error dan poof!

   Semua selesai seperti magik.

   Ironik, bukan?

   Hero pegang phone di sebelah, talakan pada Iman manakala Iman tekun cuba, try, test prosesnya.

•••

Tuala kering dihulurkan pada Aqil yang kibas-kibas rambutnya. Dia berdiri di tengah ruang tamu.

   "Thanks," ucapnya. Huluran disambut sebelum diletakkan di atas kepalanya. "Don't mention it." Mira tersenyum kecil.

   "Good god, rambut aku dah lah senang gugur," bebel Aqil perlahan, tapi cukup jelas untuk Mira dengarinya. Punggung dihenyakkan pada sofa yang lembut. Rambut perang Aqil lembap.

   "Air panas...?" Tanya Mira. Cuba tawarkan air untuk diminum. "Oh, no. No, thank you." Mira angguk sekali. "Alright..."

   Mereka berdua diam semula.

Tubuh dipeluk dan bibirnya yang kering dikopek. Mira rasa kekok.

Tak tahu nak bual apa.

   Atau mungkin hanya Mira yang tak tahu nak bual apa sebabnya Aqil sedang kusyuk keringkan rambut dia.

   Sofa diduduki Aqil tenggelam sedikit. Menandakan Mira berada di ruang kosong bersebelahnya tadi.

   "Iman kata awak kenal saya," nyata Aqil. Buatkan Mira beralih sedikit. Menghadap sisinya. "Ya...?" Hujung bibir Aqil terangkat sedikit. Mengukirkan senyuman. "Saya famous, eh?"

BLIND DATE [OG]Where stories live. Discover now