𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝟏𝟎

10K 696 63
                                    

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| POV 3 |

"Kau kenal tak siapa lelaki tu?" Rahaikal memandang wajah Azriel yang sedang menyisip white coffee. Azriel menganggukkan kepala sebelum mengeluarkan iPhonenya sebelum mahu diberikan kepada Rahaikal.

"Dia ketua pengarah syarikat The Black D. Dylan Mikael. Syarikat pertahanan terbesar Malaysia, usahawan termuda di Malaysia. Ada hotel, restoran ternama dekat Malaysia dan juga Rusia. Dulu pernah masuk artikel yang dia ada hubungan perniagaan dengan Bratva." Membulat mata Rahaikal mendengar jawapan daripada Azriel. Pantas iPhone sahabatnya itu dirampas dan dia membaca butiran di dalam iPhone itu.

"Ya Tuhan, Humaira." Rahaikal meraup wajahnya. Azriel menggelengkan kepala. Dia pernah dengar tentang jejaka itu. Dingin dan sangat berkuasa. Tetapi dia tidak pernah ingin mengambil tahu dengan mendalam.

"Kau jangan risau. Aku rasa dia minat adik sepupu kau tu." Ternaik hujung kening Rahaikal mendengar kenyataan Azriel.

"Maksud kau apa?" Azriel tergelak kecil memandang wajah Rahaikal. Sayang sangat dekat Humaira. Tapi hari tu sibuk marah tak tentu pasal.

"Dylan tak simpan 'benda' tak penting. Adik sepupu kau tu penting sebab tu dia simpan. Kalau tak, dia takkan bawa Humaira tu ikut duduk sebumbung dengan dia." Rahaikal menghembus perlahan nafasnya. Apabila terfikirkan kejadian lepas, dia menyesal.

"Macam mana nak ambil Humaira balik?" Azriel mengelengkan kepala sambil tersenyum kelat.

"Tak mudah Kal." Rahaikal menutup matanya dan mengurut perlahan pelipisnya. Berdenyut-denyut kepalanya. Salah dia juga.

"Kau sabar je Kal. Humaira baik-baik je tu." Azriel menepuk bahu Rahaikal.

[ ••••• ]

Dylan hanya memaparkan riak mendatar sambil mendengar berita yang disampaikan oleh Zariel. Hanya bebola mata yang bergerak melilau melihat sekeliling anak buahnya itu sambil pinggir bibir naik membentuk senyum sinis. Namun senyum sinis itu pudar dan kepalanya tiba-tiba sahaja berdenyut sakit menyebabkan Dylan memejamkan rapat kelopak mata.

Zariel yang memerhati perilaku majikannya terus berhenti daripada memberi segala maklumat. Zariel kaku tatkala Dylan mencelikkan kelopak mata dan memandangnya.

"Pochemu vy ostanovilis'?" Suara Dylan kedengaran lebih garau dan lebih dalam berbanding biasa. Matanya juga lebih sinis dan renungannya terlalu tajam.

Translate : Pochemu vy ostanovilis'? [Kenapa kau berhenti?]

"Tuan Dy—"

"Net. Eto ne moye imya." Zariel menunduk tidak membalas tatapan mata majikannya, liur ditelan kelat sambil kepala terangguk perlahan. Kepala diangkat serta matanya membalas tatapan mata tajam lelaki di hadapannya itu.

Translate : Net. Eto ne moye imya. [Bukan. Itu bukan nama aku.]

"Tuan Kael." Senyuman sinis terukir lebar apabila Zariel menuturkan nama itu. Zariel hanya senyap memerhati, dia perlu sedar bahawa di hadapannya ini bukan Tuan Dylannya yang biasa.

"Zariel', ty veren." Zariel hanya membisu namun matanya tidak lari daripada membalas renungan majikannya. Sudah lama Zariel tidak melihat sisi majikannya yang ini. Tuan Kael, personaliti Dylan Mikael yang sangat ganas.

Translate : Zariel', ty veren. [Zariel, kau memang setia.]

"Ona ta devushka, kotoruyu khochet Dylan?" Tuan Kael menyoal bersama kepala yang sengaja disengetkan, senyuman sinis tidak pudar dan makin lebar. Anak matanya pula liar meratah wajah Zariel.

Translate : Ona ta devusha, kotoruyu khochet Dylan? [Dia perempuan yang Dylan mahu?]

"G-n Dilan prosto khochet pomoch' zashchitit' g-zhu Khumayru." Jawapan Zariel menyebabkan Tuan Kael tertawa kuat. Terpejam mata lelaki itu sambil kepala digelengkan buat beberapa kali.

Translate : G-n Dilan prosto khochet pomoch' zashchitit' g-zhu Khumayru. [Tuan Dylan hanya mahu melindungi Cik Humaira.]

"Melindungi?" Tuan Kael masih dengan sisa tawanya sebelum bangkit dan berjalan mendekati anak buahnya. Zariel hanya statik tidak bergerak namun matanya mengikut gerak-geri Tuan Kael.

"Macam mana dia nak melindungi orang lain jikalau diri dia pun aku yang jaga?" Tuan Kael berbisik halus namun Zariel tidak memberikan sebarang balasan.

[ ••••• ]— POV 1—[ ••••• ]

Aku yang sedang mengelap rambut sedikit tersentak melihat Kak Linda berada di dalam bilik. Senyum kecil diukirkan buat wanita itu, aku melangkah mendekati Kak Linda.

"Cik Humaira." Kak Linda tersenyum kelat melihat ke arahku. Dia menapak mendekati aku sebelum menarik tanganku supaya duduk di birai katil.

Aku yang baru sahaja duduk di birai katil melihat sepasang baju kurung hitam dengan selendang. Cantik. Warna kegemaranku. Tetapi ini untuk siapa?

"Cik Humaira pakai baju ni. Tuan Dylan tunggu di bawah. Cepat ye?" Aku terkebil-kebil namun hanya menganggukkan kepala walaupun masih tidak faham dengan arahan Kak Linda. Wanita itu terus keluar dari bilik meninggalkan aku bersendirian.

Tanpa banyak berfikir, aku mengenakan baju kurung hitam itu dan melilitkan selendang di kepala. Aku segera turun.

"Cik Humaira." Aku memandang wajah Zariel yang berdiri di sebelah Tuan Dylan yang sedang merenung ke arahku. Mereka semua berpakaian sut hitam lengkap.

Aku lihat Tuan Dylan terus bangun sebelum berlalu keluar dari rumah. Aku terkebil-kebil memandang lelaki itu namun aku faham akan sikapnya yang memang begitu.

"Mari." Zariel tersenyum nipis melihat aku. Aku mengukirkan senyum manis dan mengangguk sebelum mengikut Zariel keluar.

Kereta audi berwarna hitam ditujunya. Aku mengerutkan dahi melihat Tuan Dylan berada di tempat duduk belakang, memejamkan kelopak mata dan seakan sedang sakit sahaja gayanya.

"Masuk Cik Humaira." Zariel membuka pintu kereta kepadaku menyebabkan aku tersenyum manis melihat Zariel.

Aku memberi isyarat, berterima kasih kepadanya. Zariel menganggukkan kepala dan terus menutup pintu kereta apabila aku sudah masuk ke dalam kereta.

[ To Be Continued ]

 Sara hold Dylan Mikael sehingga Danish Uqael keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sara hold Dylan Mikael sehingga Danish Uqael keluar.  Harap readers faham dan setia menunggu

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 | 𝐇 Where stories live. Discover now