Pada waktu petang itu.........
Iman Imani pandang Ziiyad Kyle sekilas.Lelaki itu masih termenung bermain guli di atas tikar.Penat dia panggil lelaki itu tidak menyahut.Setahu dia tadi Ziiyad Kyle beria mengajak yang lain untuk bermain.
Sekarang lain pula jadinya.Lelaki itu hanya diam membisu.
"Kyle kau tak main ke congkak dengan diaorang semua ? " Tanya Iman Imani.Tapi soalannya dibiarkan berlalu begitu sahaja.Gadis itu mula geram apabila dipalau oleh Ziiyad Kyle.
"Woi ! Kyle aku panggil kau ni ! Kau dengar tak ! " Jerit Iman Imani dengan penuh geram.Ziiyad Kyle terkejut apabila mendengar suara bingit di tepi telinganya.Dia memandang kearah Iman.Memikir keadaan Hanni Dalisya dan Aisyah Damia yang berada di hutan itu membuatnya dia tidak boleh fokus setiap masa.Hatinya selalu menjadi gelisah apabila banyak fikir.
Macam mana keadaan mereka berdua di dalam hutan tebal itu.Sudah makan ke sahabatnya itu.Boleh ke diaorang datang sini balik.Henry sepupunya mahu turun sama untuk mencari gadis itu.Semakin pening dia memikirkan tentang pencarian Hanni Dalisya itu.Pensyarah di sini sudah maklumkan bahawa masih tiada lagi jejak gadis-gadis itu.
Iman Imani yang geram melihat wajah Kyle itu mula menegur lagi.
"Kau ni nak main ke tak Kyle.Ish dia ni orang cakap dia termenung lagi."
"Boleh kejap aku tolong." Kata Ziiyad Kyle.
"Apa yang tolong ? " Tanya Iman Imani.
"Datang tolong kau la angkat kayu tu."Ditunjukkan kayu yang berlonggok di atas tanah.Dia memakai selipar berdiri di hadapan gadis itu.Iman Imani menepuk dahinya.Mamat ni orang cakap lain dia cakap lain.
"Bukan aku suruh kau tolong aku angkat kayu tu.Aku cuma tanya kau kenapa kau tak main dengan diaorang tu aja."
"Ouh,Aku tak reti main congkak lah." Di hulurkan guli di tangannya pada Iman Imani.Gadis itu mengambil.
"Tak reti tak pe benda boleh belajar.Meh sini aku ajar kau." Ujar Iman Imani.Ziiyad Kyle mula mengikut belakang gadis itu.
ZIIYAD KYLE berhenti bermain sebaik kena marah dengan Iman Imani.Puas gadis itu tunjuk cara untuk bermain congkak tapi tetap lelaki itu kalah dan salah bermain.
"Weh bukan macam itulah cara mainnya.Yang kau pergi masuk dekat ibu aku kenapa dekat sini ibu kau.Aduh dia ni aku ajar dah elok elok dah ha cara main." Kata Iman Imani.Kepalanya digaru meskipun tidak gatal.Penat mengajar dekat lelaki ini masih tidak faham.Ada ke patut Ziiyad Kyle masuk kan guli itu di bahagian utama Iman.Macam mana nak menang kalau asyik Ziiyad Kyle bagi guli itu pada dirinya sahaja.
"Aku rasa kau kena ajar dia dengan baik baik lah Iman.Kau kasar sangat dengan dia sebab itu dia tak faham-faham lagi." Celah Izzat Zafran begitu juga Aref Daniel hanya mengangguk kepalanya tanda setuju pernyataan lelaki itu.
"Woi,Aku dah ajar dia baik baik dah.Dia ni yang tak faham lagi." Ujar Iman dengan tidak puas hati.Punya lah hari ini dia ajar Ziiyad Kyle dengan elok ada pula Izzat Zafran kata dia kasar mengajar.
"Cuba kau ajar dia balik.Maksud aku cara percakapan kau tu kena lembut sedikit.Ajar dia elok elok dan sopan baru senang untuk dia fahamkan." Cadang Aref Daniel.Iman Imani membulat matanya.Dia nak berlembut dengan lelaki ? Eh memang tidak lah.
"Weh ha itu betul aku setuju dengan Aref.Try lah Iman ajar dia dengan sopan.Confirm kalau kau ajar dia macam itu.Kyle akan faham.Kalau kau berjaya buat Kyle faham main congkak.Aku bagi angpau." Komen Jackson Lee.
"Iman ajar lah dia Iman." Beritahu Syafran firdaus.
Ziiyad Kyle hanya memandang Iman Imani beberapa saat.Gadis itu hanya diam."Yang korang ni beria sangat suruh aku belajar main benda ni kenapa ? Memang lah salah aku tak reti main tapi jangan lah paksa Iman ajar aku macam tu.Korang buat Iman jadi tak selesa pulak nak main dengan aku." Tegur Ziiyad Kyle.Iman Imani menunduk kepalanya terkedu dengar suara Kyle yang seolah membela akan dirinya.Syafiqah yang di sebelahnya dia pandang sekilas.Memang tidak dinafikan dia seorang gadis yang agak kasar tidak seperti Hanni Dalisya dan Aisyah Damia sopan dan lembut.Iman Imani tidak reti menjadi seorang yang sopan buat semua orang.Jari nya dikuis kuis di ribanya.