Black Mask

4.8K 246 23
                                    

Seorang lelaki bertopeng hitam menyelinap masuk ke dalam pejabat Dean. Dia menghampiri sebuah peti besi di dinding yang ditutupi dengan sebingkai gambar.

Setelah bingkai gambar itu dialihkan, beberapa kata laluan ditekan dan akhirnya peti besi itu berjaya dibuka. Namun, ternyata di dalam peti besi itu kosong.

Lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar untuk menghubungi seseorang.

"Bukti tu dah tak ada dalam peti besi ni."

.

Setiap hujung minggu, Aireen akan ke rumah Dean untuk membersihkan rumah suaminya itu. Sejak Dean hilang, dia jarang keluar masuk rumah itu lagi. Disebabkan itu, dia perlu membersihkan rumah Dean agar barang di dalam rumah itu tidak berhabuk.

Sedang Aireen mengemas bilik Dean, Aireen terdengar bunyi sesuatu yang jatuh di ruang walk in closet.

"Bunyi apa tu?" Aireen bergerak menuju ke ruangan tersebut. Dia perlu mencari tahu. Takkan lah ada tikus di dalam rumah ini.

Aireen melihat ada hanger yang terjatuh di atas lantai. Tapi apa yang pelik, hanger itu boleh tercampak keluar sedangkan pintu almari baju tertutup rapat.

Tanpa berfikir panjang Aireen mengambil hanger tadi lalu dia membuka pintu almari dengan menyeret ke tepi. Dia melihat ada baju yang terlepas dari hanger. Jadi dia sangkutkan baju itu ke hanger tadi.

Setelah dia sangkutkan semula pakaian tadi di dalam almari, dia cuba menutup pintu almari itu dengan tenang. Kemudian, dia mengatur langkah keluar dari ruang itu secepat mungkin.

Masuk sahaja Aireen ke dalam rumahnya, badannya terus melorot jatuh di depan pintu. Tangannya menggigil. Air matanya pula mengalir.

Mujur saja dia tak menjerit tadi. Jika tidak pasti nyawanya melayang.

Ketika di rumah Dean tadi, dia ternampak melalui ekor matanya tubuh seorang lelaki bertopeng sedang menyorok di dalam almari. Tapi dia cuba bertenang sebaik mungkin kerana di genggaman tangan lelaki itu ada sebilah pisau.

Aireen lantas mencapai telefon bimbit di atas meja lalu dia cuba menghubungi Mike. Hanya Mike sahaja yang boleh membantunya ketika ini. Jika dia ceritakan pada orang lain pasti tiada yang percaya.

Malangnya Aireen tak dapat menghubungi lelaki itu. Aireen terpaksa menghantar mesej kepada Mike.

Aireen:
Mike, ada orang pecah masuk rumah suami I.

Tak sampai seminit mesej Aireen dibalas Mike.

Mike:
Seriously? What happen?

Aireen:
I nampak ada someone dalam almari baju. Dia pegang pisau.

Mike:
You sekarang kat mana?

Aireen:
Kat rumah I

Mike:
You stay dalam rumah. Jangan keluar. Pastikan kunci pintu. I akan datang ke sana untuk check rumah tu.

Aireen:
Okay. Datang cepat. I takut.

.

Aireen perhatikan Alina dan Alisa bermain dengan binatang peliharaan mereka yang bernama Dodo. Binatang itu pemberian Dean kepada Alisa menggantikan cicak Alisa yang mati akibat tersepit pintu.

Aireen termenung memikirkan keselamatan mereka sekeluarga. Mike cadangkan agar dia tinggal bersama ibu dan ayah mertuanya. Dia risau sekiranya penjahat itu datang lagi ke rumah Dean. Ketika Mike datang memeriksa rumah Dean, tiada sesiapa di dalam rumah tersebut. Penjahat itu telah pun keluar dari rumah itu setelah Mike tiba.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now