BAB 20

74 10 2
                                    

TEPAT di pukul 10 malam, kereta yang dipandu oleh Nael berhenti di hadapan rumah banglo dua tingkat tak berpagar; kediaman keluarga Sephia Jane. Sephia kaku sejenak. Patutkah dia berterima kasih kepada Nael kerana menghantarnya pulang ke rumah? Ah, nanti Nael mengejeknya pula kerana kata 'terima kasih' asing sekali antara mereka. Lalu... 'hati-hati bawa kereta'? Tapi... rumah Nael dan rumahnya berjarak kurang daripada 500 meter.

            "Oh." Nael memecahkan kesunyian. "Tunggu kejap." Katanya lalu melonggarkan tali pinggang keledar dan meninggalkan perut kereta.

            Sephia yang tertanya-tanya ada apa tak berganjak dari tempatnya hanya kerana Nael memintanya untuk tunggu sebentar. Tak lama kemudian, kedengaran bonet kereta ditutup. Dari cermin sisi, kelihatan jejaka dengan rambut hadapan yang beralun berlari perlahan ke arahnya. Lalu pintu kereta dibuka dan ruang diberi untuk dia keluar dari dalam perut kereta.

            "T-Thanks." Tanpa Sephia sedari, mulut sudah tergagap-gagap menutur kata asing itu kepada Nael.

            Reaksi Nael; dia tak mengejek tetapi anggukan kecilnya terlihat kekok sekali. Seakan-akan tubuh dan kepalanya tak dihubungkan oleh leher. Janggal dan kelihatan sedikit robotik.

            "N-Nah!" Beg kertas dihulur.

            Sephia tak bertanya banyak dan terus mengambil beg kertas itu. Isinya dia curi-curi lihat. Ada fabrik putih dan kotak di dalamnya.

            "Aku... tak berapa minat baju-baju yang Izara dengan Janice pilihkan untuk kau. I think this one would suit you better—tapi ikut kaulah! Kalau kau suka, then pakailah tapi kalau tak... I don't know. Simpan jelah. Kut esok lusa nak pakai." Jelasnya panjang lebar, langsung tak memandang wajah gadis di hadapannya itu.

            "Thank you." Ucap Sephia, kali itu memang bibirnya yang mahu.

            Nael mengangguk, kali itu tidak sejanggal tadi. Lalu tanpa berkata apa lagi, Nael terus masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kereta sampailah ke perkarangan rumahnya. Sephia masih di tempat yang sama. Setelah enjin kereta Nael dimatikan dan Nael keluar, Sephia melambai ke arahnya. Nael membalas lambaian itu.

Selamat malam.








SEGELAS air di tangan dipusing-pusing, menanti puting beliung kecil untuk tampil. Tetapi pusingannya terlalu perlahan untuk mencipta fenomena itu, meski kecil. Pada kaunter dapur, ada seorang jejaka mengenakan baju panas dan seluar bercorak genggang coklat sedang bersandar. Sehabis mandi, dia ke dapur untuk membasahkan tekak. Sekali hirup, terus tenggelam dalam lamunan masing-masing.

            Otak tak habis memutarkan kembali imej seorang gadis bergaun putih dengan sejambak tulip di tangan. Berjalan di pertengahan ramainya mata memandang. Rambut keritingnya disanggul kemas dan ada bunga melati kecil disisipkan. Di jari manisnya, ada cincin tersarung kemas, yang akan dia pakai sepanjang sisa hidupnya sambil ditemani oleh seorang jejaka setia di sisinya.

            Deringan telefon pada kaunter dapur memecahkan buih-buih bayangan yang terapung-apung di atas kepala. Nael cepat-cepat meletakkan gelasnya ke atas kaunter marmar itu dan mencapai telefonnya. Ada pesanan ringkas daripada Izara, kawan baharu Sephia Jane.

Izara: Hi, dah tidur ke?

            Nael mengerutkan dahi. Baru saja dia mahu menaip balasan, satu lagi pesanan daripada Izara masuk.

Izara: Tadi lupa nak bagitahu. For men, the theme is red only. Sorry for the short notice.

            Nael berfikir sejenak. Rasanya... tema merah tak menjadi masalah untuknya.

Nael: Ok.

            "Mana motor kesayangan Adik?"

            Suara itu memeranjatkan Nael. Mujurlah dia tak mudah melatah. Dia menoleh ke arah seorang lagi jejaka yang juga ke dapur untuk membasahkan tekak. Melihat gelas di tangan Nael, dia mengubah arah; tak lagi berniat untuk membuka kabinet dapur.

            "Are you still using it?" Belum sempat Nael menjawab, gelas sudah bertukar tangan. Air kosong di dalamnya diteguk sampai ke titisan terakhir. "Thanks." Ucap jejaka itu lalu menyerahkannya semula kepada Nael.

            "Kau—"

            "Oh!" Nusayr menoleh semula ke belakang, baru teringatkan sesuatu. "Please find a new tutor for Sephia Jane in case she's still struggling next semester."

            Riak wajah Nael yang bengang berubah bingung. "Kenapa?"

            "Sebab semester depan Abang tak ada kat sini."

            "Kau nak pergi mana?" Tanya Nael, berpura-pura selamba sedangkan hati ingin memuntahkan beribu persoalan seperti peluru.

            "South Africa for my Master."

            "Kenapa South Africa?"

            Nusayr tersenyum mendengar pertanyaan itu. "Kenapa? Adik takut Adik rindu Abang ke? If you miss me, just tell me. I'll book you a flight ticket."

            Nael menjeling jengkel ke arah Nusayr. Mengundang senyum puas di bibir jejaka itu.

            "Mimpilah aku nak rindu kau! Kalau tak ada kau, hidup aku lagi tenang adalah!" Nael menghempas gelas di tangan ke kaunter marmar dan terus meninggalkan ruang dapur.

            Tangan Nusayr naik ke dada. Ditepuk-tepuk perlahan. Pandangan ditala ke potret keluarga yang digantung di ruang legar berhampiran dapur.

            "Anak Mama yang seorang lagi ni garang sikitlah." Luahnya seraya tersenyum kecil. Tangan masih menepuk dada.








SEPHIA menatap lama pantulan di dalam cermin. Beberapa orang yang diupah untuk menata riasnya untuk hari terpenting Izara itu juga melopong melihatnya yang jauh sekali berubah.

            Rambut keritingnya yang selalu kusut-masai seperti mi segera sekarang lurus dan mengalir dengan lembut seperti sungai yang tenang. Bahagian depan rambutnya disisir rapi ke belakang dengan beberapa helai rambut di bahagian depan dibirkan jatuh ke sekitar wajahnya. Gaya rambut itu menonjolkan wajahnya.

            Kalau beberapa jam yang lalu kulit wajahnya kusam, kini tonanya sekata tanpa ada jurang yang ketara di antara muka dan lehernya. Matanya ditekankan dengan riasan yang lembut; urna coklat muda dan maskara yang memberikan tampilan bulu mata yang lentik. Bibirnya diwarnai dengan lipstik merah Chanel 31 Le Rouge, hadiah daripada Amar Nusayr. Begitu kontra dengan karya memukau yang dia kenakan di tubuh.

            Terbuat daripada kain putih yang ringan dan mengalir dengan lemah lembut, gaun di tubuhnya itu menciptakan siluet yang menawan saat menari di angin. Leher gaunnya dihiasi dengan renda halus sementara lengan gaunnya panjang dan disesuaikan dengan sempurna. Bahagian bawah gaunnya pula meluas dengan lembut ke arah bawah. Gaun itu pula, pemberian daripada Amar Nael.

            Untuk menyempurnakan penampilannya, dia memakai anting-anting berbentuk bunga yang dipercantik dengan batu-batu berkilauan, menambah sentuhan elegan pada wajahnya yang berbinar. Seutas kalung mutiara pula mengelilingi lehernya dan gelang perak yang ringan pula menghiasi pergelangan tangannya, memberikan kilauan yang halus setiap kali dia bergerak.

            Dalam tona yang sama dengan gelang tangannya, penggayanya memilih sepasang kasut bertumit tinggi berwarna perak yang menggilap. Semestinya, tiada lagi sepasang stokin berlainan warna kerana penampilannya hari itu, disudahi dengan sepasang stokin separas lutut yang senada dengan kulitnya.

            "Sooo... how do you feel? Ada apa-apa yang Cik Sephia nak tukar ke?" Tanya penggayanya.

            Entah mengapa, Sephia malah tertawa kecil. "No. This is perfect. I feel... I feel perfect."

*****

Saja update sebab rajin hehe

OVERRATEDWhere stories live. Discover now