Alya mula terjaga apabila mendengar laungan azan menandakan waktu subuh telahpun tiba.Dia bangun dari tidurnya dan masuk kedalam bilik mandi.Setelah selesai membersihkan diri dan menunaikan solat,dia menghampiri suaminya yang masih lena.Dia menarik nafas sebelum mengejutkan suaminya.
"Tuan bangun,dah subuh dah." Ujar Alya,tapi Zyan masih sama tidak terjaga.
"Err tuan bangun tuan waktu su..."
"Eh jangan memekak boleh tak.Aku nak tidur pun tak senang!" Potong Zyan yang masih dengan selimut di badan.
"Tapi tuan waktu subuh dah nak habis."
"Lantak dialah nak habis ke apa.Kau jangan sibuk nak kejutkan aku.Aku nak tidur kau faham tak tidur,kalau kau nak solat kau solat la sorang sorang!"
Alya diam,terkejut dengan kata-kata suaminya.
"Takpela tuan,nanti tuan ganti jee kalau tuan penat sang..."
Pak!
Alya pegang pipinya yang baru sahaja mendapat tamparan dari sang suami."Diam la sial!aku dah cakap kan tadi.Jangan kacau aku jangan kacaulah!tak faham lagi ke!"
Alya masih berdiri tegak memandang suaminya.
Kau tunggu apa lagi dekat sini,berambus lah setan aku nak tidur bukan nak tengok muka hauk kau bediri tegak depan aku!"
Alya tanpa menunggu lama terus keluar dari bilik itu.Tanpa dia sedari Zafran Rafiqie mendengar semuanya,kerana pintu bilik abangnya sedikit terbuka.Niatnya mahu turun kebawah tetapi tersekat apabila mendengar suara abang dan kakak iparnya.Dia menggeleng kepala. Sudah Arif dengan abangnya yang susah bangun subuh.Dia melihat pintu bilik abangnya sebelum turun ketingkat bawa.
"Hai kakak ipar?" Sapa Zafran Rafiqie dengan senyuman manisnya.
Alya yang sedang masak terus berpaling apabila mendengar suara garau itu.Dia membalas dengan senyuman.
"Awal awak bangun?saya belum siap masak lagi"
Ujar Alya."Saja bangun awal.Pael belum bangun ke?" Balas Zafran Rafiqie.
"Belum."
"Ouh,korang dua okey ke?"
Alya mengangguk tanda okey.
"Baguslah kalau macam tu.Eh saya bosanla,meh sini saya tolong awak" Ujar Zafran Rafiqie.
"Takpelah Zafran,awak duduk je dekat meja,nanti siap saya hidang."
"Alaa saya bosan.Bagilah saya tolong awak.Bolehlah boleh eh?"
Alya dengan terpaksa mengangguk juga tanda membenarkan adik iparnya.
Zafran bersorak gembira apabila melihat tanda setuju daripada kakak iparnya.Dia pun mengambil pisau dan mula memotong sayur.
"Liya cuba awak tengok saya,saya dah pandai potong sayurlah" Ujar Zafran Rafiqie pada kakak iparnya.Alya tersenyum sebelum menjawab.
"Iya awak dah pandai."balas Alya.Dia akui,adik iparnya sudah mengetahui banyak benda berkaitan dengan dapur.Manakan tidak,setiap kali dia masuk dapur,mesti adik iparnya sibuk jadi ekor.
"Kan herm kalau macam ni nak ikut Liyalah masak hari-hari."
Alya hanya tersenyum.
Sedang mereka berbual.Suara Puan Sri Rasya yang di ikuti oleh Tan Sri Ziyad kedengaran menegur mereka.
"Liya,Iqie masak apa tu?macam sedap je?"
"Kami masak nasi lemak dengan mee goreng je ma."Balas Zafran Rafiqie sambil tersenyum memandang Puan Sri Rasya.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romance🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...