FIND MY TESORO

631 21 0
                                    

Andrian's POV

Kudat, Sabah Malaysia

Mata terpegun melihat hutan  di bumi Sabah.Dari tadi mata tidak lepas memandang hamparan hijau yang luas.Sebenarnya aku cuba menahan debar didada.Aku akan berhadapan dengan kedua dua orang tua Seroja sebentar lagi.Aku ke Negeri Bawah Bayu  ini dengan ditemani oleh Dorin dan Andrew.

Aku akan berterus terang dengan kedua ibu bapa Seroja.Aku akan perbetulkan segala kesalahan aku.Mungkin keluarganya akan membenci aku. Jika itu nilai yang aku perlu bayar untuk ketelanjuran sikap aku dahulu, aku sanggup.Asalkan kebenaran terungkap.

Melalui maklumat dari informer aku, Seroja dikatakan menghilangkan diri.Puncanya tidak diketahui.Aku perlu mencari tahu penyebabnya.

Bunyi bilah kipas helikopter diluar sedikut sebanyak menggugat rasa hati.Debaran dada semakin deras apabila aras ketinggian helikopter semakin menurun.

"We're descending now.Approaching the ground in 10..9..8..7..6..5..4..3..2..1. Gentlemen we're safely landed at Kampung Bavanggazo,Kudat Sabah Malaysia."

Michael juruterbang kami memaklumkan melalui headset dikepala .

"Well done Michael"

Puji Dorin.Servis perkhidmatan lelaki itu sememangnya terbaik.Juruterbang yang berkhidmat dengan keluarga kami sejak sekian lama.Dia bersama anaknya, Miguel sama sama berkhidmat untuk keluarga Vasile.

Miguel keluar dari kokpit dan membuka pintu untuk kami.Di luar ramai orang berkerumum.Mungkin hairan dengan kedatangan helikopter secara tiba tiba.

Mereka berdiri dalam jarak yang agak jauh demi keselamatan masing masing memandangkan kipas helikopter masih lagi berpusing.

Seorang lelaki lebih kurang sebaya aku menghampiri.Irasnya seperti Seroja.Mungkin ini ahli keluarga Seroja? Mengikut maklumat yang aku terima, Seroja punya 2 abang.Mungkin ini salah seorangnya.

"Good evening sir! Welcome to Bovangazzo Village! My name is Steven!!This way sir."

Jerit Steven agak kuat cuba melawan bunyi bilah helikopter yang kuat.Tangannya dihulurkan kepada kami.Kami berjabat salam dengan Steven kemudian mengekori langkahnya.Kami menghala ke sebuah rumah sederhana besar.Tidak semewah istana Vasile tetapi cukup indah berlatar belakangkan gunung ganang yang kehijauan.Sungguh mendamaikan.

Di muka pintu ada 2 pasang suami isteri dan seorang kanak kanak perempuan.Aku mengagak ini adalah keluarga Seroja.

"Welcome ...welcome .I..Simon"

Ucap lelaki tua kepada kami.Kami berjabat tangan seketika.Benar telahan aku ini adalah keluarga Seroja.

Kami dijemput masuk ke ruang tamu.Keadaan dalam rumah yang lapang.Aku memerhati sekeliling rumah.

"Have a seat please"

Steven menjemput kami duduk.Aku, Dorin dan Andrew duduk di kerusi yang disediakan.Aku menarik nafas berkali kali.Resah yang aku rasakan saat ini.Terasa belakang badan aku diusap perlahan aku menoleh.Dorin senyum kecil.Dia dapat membaca kerisauan aku.

"Terima kasih Tuan Simon.Cantik pemandangan kampung ini."

Tuan Simon agak terkejut mendengar Dorin bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih sekali.

"Kamu boleh berbahasa Melayu?"

Tanya Tuan Simon dengan nada kagumnya.Dia memandang kami satu persatu.

"Ya.Saya, Uncle Dorin dan Andrew boleh berbahasa Melayu"

Sampuk aku dengan senyuman.Cuba menyembunyikan resah dihati.

FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )Where stories live. Discover now