Andrian's POV
Aku hanya duduk berteleku di atas katil kelamin aku dan Seroja.Bingkai gambar perkahwinan kami di dinding aku tatap sayu.Kami kelihatan benar benar bahagia di dalam gambar.
Realitinya kami sememangnya bahagia.Ribut dan badai yang melanda kami berjaya hadapi.Sikap tolak ansur dan memaafkan Seroja membuatkan perkahwinan pertama aku dahulu cukup indah walaupun sementara.
Berbeza dengan perkahwinan aku dan Federa.Selepas berkahwin wanita itu terus menerus menunjukkan belangnya.Ikatan perkahwinan kami cuma tiket untuk dia melepaskan penjagaan anak kepada aku.
Mujur aku mendengar segalanya dari mulut wanita itu sendiri.Segalanya sempat aku rakam sebagai bukti untuk kes penceraian kami.Aku dan Avelyn diabaikan.Bertahun tahun aku menyabarkan diri dengan sikapnya.Kami berpura pura bahagia dihadapan orang ramai.Federa bijak memainkan peranannya. Rasa bertanggungjawab ke atas Avelyn menyebabkan aku terus bersabar.Ini belum lagi berita kecurangan yang aku ketahui dari rakan rakan perniagaan.Federa langsung tidak menghormati perkahwinan kami.Ada masa kami bergaduh Federa mengugut untuk membawa Avelyn bersamanya.
Selama ini Avelyn diabaikan, jika kami berjauhan pasti anak kecil itu terkapai kapai dibiarkan.
Semenjak aku mendengar pengakuan Federa sendiri tentang status Avelyn, aku dan anak kecil itu menjalani ujian DNA.Terbukti Avelyn bukan anak kandung aku.Kecewa rasanya kerana Federa menipu aku bertahun tahun.Aku hilang cinta sejati kerana dia.Aku hilang detik detik bersama anak di dalam kandungan Seroja juga kerana dia.Namun begitu, walaupun Avelyn terbukti bukan anak aku, diri ini tetap merasa bertanggungjawab.Aku menyayangi Avelyn seperti anak sendiri.Aku tak akan izinkan Federa mengambil hak penjagaan Avelyn dari aku.Aku punya banyak bukti kukuh menentang dirinya.Lagipun Avelyn sudah pandai menilai.Kanak kanak itu sendiri merasa takut berhadapan Federa yang bengkeng itu.
Aku membuka semula diari hitam milik Seroja.Terasa sayu hati mengenangkan tindakan aku sendiri malam itu.Tergamak aku mengheret Seroja keluar dari kereta.Sanggup aku menghina dia.Sampai hati aku tinggalkan dia di kawasan hutan lagi gelap beserta hujan lebat.
'Tuhan..kejamnya aku.Ampuni aku'
Jika terjadi apa apa pada kandungannya bagaimana?Aku akan menggalas sesal seumur hidup.
Tindakan bodoh aku memakan diri.Keputusan yang membuatkan aku terjerat dalam perkahwinan tanpa cinta.
Semua janji manis hanyalah dusta.Terasa ringan kepala apabila aku melafazkan cerai pada Federa.Ahli keluarga menyaksikan penceraian kami.Keluarga Laurentiu tidak boleh berbuat apa.Bukti ditangan aku tunjukkan agar penceraian kami tidak dipersoalkan.Federa berpindah keluar dari istana dan ingin membawa Avelyn bersamanya.
Aku mengugut akan menyebarkan video video kecurangan dan pengakuannya jika dia membawa keluar Avelyn dari istana dan Federa terpaksa akur demi nama baik keluarganya.
Aku menarik nafas berat sekali.Aku kehilangan petunjuk.Petunjuk keberadaan cinta hati aku.
'Cinta?Kau tak layak bercakap tentang cinta.Kau pun tak pernah jujur menyintai dia'
'Aku benar benar cintakan Seroja Dianne.Aku perlukan dià.'
'Bulshit! Kalau kau cintakan dia kau tak akan khianat dirinya berkali kali.Kau hanya gunakan dia.Untuk nafsu kau.Kau gunakan dia untuk kesihatan kau.Erti ikhlas menyintai itu tiada dalam kamus hidup kau.'
Mahu sekali aku menjerit bahawa aku menyintai dirinya sepenuh hati.Bertàhun tahun kami berpisah sekalipun aku tidak meniduri Federa walaupun wanita itu berusaha menggoda aku.Ibarat aku mengkhianati Seroja jika aku berbuat demikian.
'Baby..please comeback.Please.'
Aku merayu di dalam hati.Aku benar benar tidak terurus sekarang ini.Siang malam aku mencari maklumat tentang Seroja Dianne.Kemana sahaja wanita itu menyembunyikan dirinya.
YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )
RomanceMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...