"Mira, aku—" Hero gulum bibir dia. Iman raup wajahnya kasar. Keluhan panjang dilepaskan. "Hero, out."
"I'm so sorry..." Mira yang menunduk dipandang Hero. Dia juga tundukkan wajahnya sedikit untuk mencari raup wajah Mira.
"Mira—"
"Hero, kalau kau buka mulut hanya untuk mengguris perasaan orang je... you better out."
"Now." Tegas Iman memberi arahan. Hero kaku buat beberapa saat.
Dia sendiri terpana dengan kata-kata Iman.
Tak lama selepas itu, Hero bingkas bangun lalu mengorak langkah keluar tanpa membahas.
"Maafkan dia," pinta Iman. Dia mengeluh sekali. "Hero bergelut dengan diri dia sendiri." Mira angkat wajah. Bertentang mata dengan mata kelam Iman.
"Mungkin dia kedengaran kasar, tapi percayalah. Dia cuma risau."
"He just—he doesn't know... how to sound polite."
"All he knows is hatred and rage."
"Hero tak tahu nak pantulkan perasaan dia dengan betul," terang Iman lancar kepada Mira. "Dia tak maksudkan apa-apa pun."
"He's a good kid." Kali ini, Aqil pula yang bersuara. Intonasinya kedengaran sangat tulus.
"Tak... Dia tak salah pun." Mira menggelengkan kepalanya laju. Pada matanya, Hero tampak seperti seorang mangsa. Wajah diraup sekali. "Saya yang tiba-tiba lepas cakap tentang kisah silam sendiri macam itu je."
"Saya—saya tak sepatutnya cakap benda yang boleh mengejutkan awak semua."
"Saya sepatutnya perlu fikir sebelum cakap dahulu."
"It was rude of me."
Kali ini, Aqil pula yang menggeleng. Membantah kata-kata Mira yang hanya kedengaran seolah dia menyalahkan dirinya semula. "Tak ada sesiapa pun yang bersalah."
"You can tell us whatever is on your mind," ujar Aqil ikhlas.
Kata-katanya sangat hangat kepada Mira. Seolah-olah Aqil sedang memberikan pelukan yang hangat kepada Mira yang sangat memerlukan kawan di negara asing ini.
Aqil menyambutnya dengan alu-aluan.
"Mulai sekarang Mira... kita kawan."
"Kalau awak tak anggap kami sebagai kawan awak pun... awak tetap kawan saya!" Penuh semangat Aqil luahkan isi hatinya. Kedua bola mata Mira terus terpancar cahaya. "Tak—"
"Maksud saya... ya."
"Ya... saya nak jadi kawan awak."
Dari tadi pandangan Aqil tertancap pada Mira.
Tak lepas walaupun sesaat.
Mira tertunduk malu. Kedua tangannya diletakkan di atas paha. Menggenggam erat kain yang dipakai.
"Friends..."
YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Romance3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...