Seroja's POV
MADRID, SEPANYOL
"Alex, nanti jangan nakal nakal tau tinggal dengan Kak Lola.Mummy pergi kerja dulu.Nanti petang kita jumpa ya"
Rambut kanak kanak lelaki berwarna perang keemasan itu dibelai perlahan.Hari ini merupakan hari terakhir aku menghadiri konvensyen sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.Aku dan 3 orang doktor mewakili USA.
Konvensyen kali ini aku membawa Alex dan pengasuh sekali.Usai konvensyen kami akan terbang ke St. Petersberg untuk bercuti.
Alex mengangguk kepalanya sambil tersenyum.Kami berpelukan seketika sebelum berjalan ke arah pintu apartment.
"Lola..kamu tolong tengokkan Alex ya.Kalau nakal rotan saja"
Ugut aku sambil membuntangkan mata.Tangan pula sibuk menggeletek kanak kanak lelaki berusia 5 tahun yang berbadan agak gempal.
"Baik puan.Nda payah khuwatir, Alex ini baik saja ulahnya."
Lola senyum manis.Wanita itu kemudian membelai rambut Alex perlahan.
"Mummy..Alex is a good boy ok.Kak Lola pun cakap Alex baik...kan kak?Mummy tu please stay awal from Uncle Joseph.I dont like him."
Getus Alexandru Sebastian sambil berpeluk tubuh.Bibirnya dimuncungkan.Aku ketawa kecil.Sikap cemburunya seperti aku ini kekasih dia pula.
"Alex...Uncle Joseph tu good guy okay.May I know kenapa Alex tak suka Uncle Joseph?"
Aku menunduk seketika dihadapannya.Pipinya aku tarik perlahan.
"I dont know la mummy.Eeeeeee Alex pernah nampak Uncle Joseph kissed.....hmmphhhh hmphhhh."
Lola segera menutup mulut Alex.Dahi aku berkerut seribu.Ada apa yang dirahsiakan hingga Lola menutup mulut Alex?
"Lola??Apa ni?"
"Maaf Puan Alex mungkin tersalah pandang.Alex..no.."
Lola menggelengkan kepalanya ke arah Alex.Jelas muka Alex seperti tidak berpuas hati.Dia mendengus kasar.
"Uncle Joseph kissed Uncle Oliver"
Laju laju Alex berkata.Dia kemudian menayangkan sengihannya pada Lola yang seperti tidak senang duduk.
Aku mengetap bibir kuat.Lola yang seperti cacing kepanasan aku pandang tajam.
"Betul ke Lola? Bila kamu nampak?"
Tanya aku dengan suara mendatar.Rasa geram pula kerana mereka berdua menyimpan rahsia tentang kelakuan Joseph.
Joseph dan Oliver juga adalah doktor psikiatri.Kami sama sama ke Madrid.Joseph telah melamar aku sebelum kami ke Madrid.Aku sahaja yang masih belum memberi jawapan tentang lamarannya.
Joseph lelaki yang baik.Ketika aku merantau di Negara Uncle Sam itu, Joseph banyak bersama aku.Susah senang.Sakit dan perih aku Joseph sentiasa menyokong dibelakang. Hubungan kami sangat akrab dan akhirnya membenihkan rasa cinta pada Joseph.Lantaran luka lama yang masih belum sembuh aku meminta Joseph masa berfikir sedalam dalamnya.Pada mulanya lelaki itu agak kecewa juga.Namun begitu dia kemudian bersetuju untuk menunggu aku.
"Sebelum kita kesini Puan."
Lola menundukkan kepalanya.Mungkin dia merasa serba salah kerana menyembunyikan perkara sebenar.
Aku mengukir senyum kecil.Aku perlu melihat dengan mata dan kepala sendiri dahulu, baru aku percaya.Kalau benar maka aku terlepas dari lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas aku.
"Okay Lola.Saya pergi dulu.Pukul 5 jumpa saya di mall hadapan apartment ya"
Pesan aku sebelum menyarung kasut.Aku mengerling cermin besar bersebelahan pintu.Berpuas hati dengan penampilan diri aku seterusnya memeluk Alex kuat.Pipinya aku cium berkali kali.Habis berbekas pipinya dengan kesan lipstick.
YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )
RomanceMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...