"Kemas barang kau ikut aku balik"
Alya yang sibuk membersihkan rumah menoleh kearah suaminya yang sedang berdiri di hujung tangga.
"Balik kemana tuan?"
"Jangan banyak bunyi,kau kemas barang kau cepat"
Alya mengangguk faham dan terus naik kebilik suaminya.
"Eh Pael nak pergi mana ni smart bagai ni?" Soal Puan Sri Rasya apabila melihat anak sulongnya.
Anak bongsunya pula awal pagi lagi sudah hilang bersama suaminya."Pael balik rumah Pael."
"Sekarang ke?"
"Ha'ah ma."
"Hmm yelah kalau kamu kata macam tu,ni kamu dah bagitahu Liya,kamu pindah ni?"
"Dah,dia tengah kemas barang tu."
"Ouh,hah ni mama nak ingatkan,kamu janganlah garang sangat dengan isteri kamu tu,kesian mama tengok dia takut je dengan kamu.Kamu kan dah sah jadi suami dia kenalah berbaik,Liya tu mana pernah kurang ajar dengan kamu,jadi kamu layan lah dia elok-elok."Ujar Puan Sri Rasya panjang lebar.Manakala Zyan pula sudah membuat muka menyampah tanda suka.
"Kamu dengar ke ni Pael?"
"Ye ma Pael dengar."
"Baguslah,ni kamu nak tunggu papa dengan adik kamu balik ke atau kamu gerak sekarang?"
"Gerak sekaranglah,lagipun ni dah petang.Mama jangan risau Pael dah bagitahu diorang."
Puan Sri Rasya mengangguk faham.Dan pada ketika itu juga tubuh kecil menantunya turun dari tingkat atas bersama bag pakaiannya dan bag sandangnya.Zyan Rafael hanya memandang isterinya tanpa niat mahu membantu.
"Pael kenapa tengok je,tolonglah isteri kamu ni"
"Eh takpe puan,tak berat pun saya boleh bawa sendiri."Balas Alya dengan pantas.
"Mana boleh macam tu Liya,kamu dah ada suami,suami kenalah bertanggungjawab."
"Ma kalau dia dah kata macam tu biar jeelah dia."
Balas Zyan pula.""Ish kamu ni"
"Okeylah ma dah lambat ni,kami pergi dulu kalau ada apa-apa mama call jee."
"Hah yelah,kalau mama suruh kamu balik sini kamu balik ye."
"Baik ma" Ujar Zyan sambil menyalam tangan ibunya.Alya turut mengambil tangan ibu mertuanya lalu di salam lembut.
Puan Sri Rasya tersenyum memandang wajah lembut menantunya yang sedang mencium tangannya.Dia mengusap kepala menantunya yang berlapik tudung bawal.
Zyan hanya melihat mereka.
"Saya pergi dulu Puan."
"Mama la,kan Liya dah jadi menantu mama kenalah panggil mama."
"Bolehke puan,saya kan..."
"Bolehlah,apapula takboleh mama lagi suka kalau Liya panggil mama."
Alya mengangguk sambil tersenyum manis.
"Dah dahlah tu,dah nak malam dah ni."
"Ish Pael ni.Yelah Liya kalau Pael marah atau buli kamu,cepat-cepat bagi tahu mama tau.Tahulah mama nak ajar dia nanti."
Alya hanya tersenyum.
"Bye ma."
"Ye hati-hati drive tu jangan laju sangat."
Zyan mengangguk dan masuk kedalam perut kereta di ikuti Alya.
Puan Sri Rasya melambai kearah kereta anaknya hingga hilang dari pandangan.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Storie d'amore🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...